Total Pageviews

Friday, August 12, 2011

tak sampai hati...

hari ini genap sebulan aruah mak meninggalkan kami....awalnya mungkin Yah turut terasa kehilangan.sebab itu pada peringkat awal menjaga Yah, mama tiada apa2 masalah sangat....kerana Yah waktu itu menurut kata, hanya sesekali dia meragam.  Kini setelah genap sebulan, Yah dah mula 'tunjuk taring'.  Yah dah mula garang dan selalu mengamuk.  Bila mama adukan kpd adik2 ipar, mereka kata Yah dah kembali 'normal' kerana itulah Yah yg sebenarnya sebelum kematian mak.  Kesian mak....menderita sungguh menjaga Yah hingga ke saat akhir hidupnya.  Tapi hati seorang ibu selalunya menidakkan kelakuan negatif anak...sebab itu setiap kali Yah menjerit dan mengamuk, mak akan urut kepala Yah.  Katanya Yah sakit kepala....dulu, bila anak2 lain menyarankan mak bawa Yah ke doktor, aruah mak selalu ada alasannya sendiri.  Cuma sejak tiga atau empat tahun kebelakangan ini Yah ada rawatan psikatari.  Ubatnya hanya ubat penenang utk dimakan sebiji setiap hari.

Mama masih ingat lagi, tahun2 awal mama masuk kedlm keluarga ini, Yah sering sawan, mengamuk dan sukar dikawal.  Kalau malam2 hari, org lain nyenyak tidur, kami yg serumah dgn Yah terpaksa tahan telinga mendengar jeritan dan amukan Yah.  Tetapi sejak makan ubat penenang, nampaknya malam kami tidak lagi terganggu kecuali kalau Yah terkencing dsb.

Petang semalam, beberapa minit lagi sebelum berbuka, Yah buat hal.  Mama hidangkan Yah sepinggan mee goreng dan sepotong kuih.  Biasanya Yah akan makan.  Tapi semalam, Yah tiba2 mengamuk dan membaling pinggan mee ke lantai. Habis lantai dapur dgn mee yg bertaburan.  Tak cukup dgn itu, Yah angkat kerusi dan cuba mencampakkannya.  Waktu itu kelam-kabutlah anak dara mama menyelamatkan pinggan dan cawan2 yg telah tersedia di atas meja makan, takut dibaling Yah.

Abah cuba membantu.  Dia cuba urut kepala Yah dan berselawat, malangnya badan abah Yah pukul berkali2. Saat itu mama nampak merah muka abah dan ada airmata bergenang ....mama sungguh tak sampai hati!!!kesian sungguh orang tua itu, menahan kesedihan dan bersabar dgn anak yg bernama Yah.  Anak2 mama yg lain terdiam.  takut nak dekat dgn meja makan.  Mama cuba bertenang dan ambil penyapu.  Suami mama pula mengemop lantai yg berminyak kesan mee goreng tadi.  Ketika itulah juga mama nampak kain yg dipakai Yah sudah basah dan bau hancing menusuk hidung.  Mama pujuk Yah ke bilik air.  Yah menurut tetapi wajahnya garang merenung mama membuatkan mama seram sejuk.

Mama bacakan ayat2 suci.  Saat mama memandikannya, Yah meradang dan cuba ketuk mama dgn gayung yg dicapainya.  Aduhai, tercabar sungguh kesabaran mama saat itu.  Selepas magrib, seperti biasa mama keletihan....kini, mama dpt 'penyakit' baru....mengantuk tak kira di mana dan masa...waktu mengajar pun mama boleh terlelap...aduhai....kadang2 semasa memandu pun mata mama kelam semacam.....jadi, sebelum pulang ke rumah, mama akan cuba melelapkan mata barang lima atau sepuluh minit..kemudian barulah mama memandu pulang....................




1 comment:

notie said...

Agaknya ko penat sangat tu sebab tu senang je nak lolap. Apa pun kesihatan perlu juga di jaga ya. Semuga Allah kurniakan ko kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin