Total Pageviews

Tuesday, August 23, 2011

maid, maid. maid...........

Kawan sekerja, Zed, tiba2 bertanya mama ttg Yah.  Katanya kenapa tak ambik maid..Zed tinggal sekampung jadi dia tentu tahu yg mama dah berpindah.  Macam2 cadangan yg dikemukakan oleh Zed.  mama cuma diam dan mengiyakan saja.  mama kata, kuasa bukan di tangan mama.

mama sampai ke rumah jam 3.00 pm, waktu hujan lebat.  Sepuluh minit kemudian, Ani pulak  sampai dr tpt kerjanya.  Dia bawak 2 psg baju kurung baru utk Yah.  Katanya mak Itam yg jahit dan kain dibeli oleh abgnya, A'ei. Jam 5 ptg Cah balik.  Banyak biskut raya yg dibawaknya utk rumah ni. Cah beli sate dan mertabak utk berbuka.

selepas magrib, tiba2 suami mama ajak berbincang pasal maid.  mama kata tak kisah, yg penting ada org yg boleh uruskan Yah.  Tunggu dan lihat sajalah...  mama sendiri dah rasa letih dan stress apalagi kalau Yah meragam.  Awal pagi tadi, mama ke dapur utk siapkan hidangan sahur.  Yah datang dan siap duduk kat meja.  Mama beri Yah 'sahur' dulu....mama tak perasan rupanya Yah dah basah lagi....lepas Yah makan, mama uruskan Yah pulak....sambil tu mulut mama bising...nasihatkan Yah macam Yah faham cakap mama...mama kata mama tak nak Yah degil, kalau sebelum tidur mama ajak kencing, Yah kencinglah.  Ini tidak, bila diajak ke tandas Yah marah2 dan membatu.....akhirnya semua org susah.  Abah angkat tilam Yah.  Cah pulak basuh kerusi tpt Yah duduk masa makan tadi.  Mama bebelkan Yah,  yah pulak renung mama macam faham.  Kalau faham janganlah macam ni selalu.....

2 comments:

notie said...

Aduhai...agaknya cik abe ko kesian kut itu sebab dia baru terdetik nak mencari maid. Nak cari maid pun bukannya mudah sekarang ni apa lagi nak layan kerenah Yah yang pelbagai jenis tu. Apa pun cubalah mane lah tahu insyallah ada yang serasi menjaga Yah.

Aduhaiii bila tenguk Yah pandang ko macam dia paham kesian lah pulak tapi bila dia meragam aittt memang kurang sabar dibuatnya. Camno cara ek nak buat supaya kurang sikit kerenah meragamnya. Sian ko. Tabah ya.

mama aini said...

dia mcm faham..tp tak faham pun..kdg2 aku seram sejuk kalau dia pandang kat aku..rasa macam bukan dia...nak2 kalau dia tgh mengamuk...