Total Pageviews

Tuesday, June 28, 2011

jejak kasih

terharu..............hari ini mama terjumpa seseorg yg memang dah lama mama cari.  tapi pertemuan itu sekadar di alam maya. mama terjumpa nama dan gambarnya dlm laman sosial popular masa kini.  seseorg yg mama maksudkan itu bukanlah bekas kekasih atau bekas kawan lama, tetap ialah seorg yg ada pertalian darah dgn mama.......anak saudara mama yg dah lama mama tak jumpa......mama serba salah ingin menghubunginya, kerana dia menghilang selepas terjadi suatu peristiwa, diantara ibu dan abahnya......tak perlulah mama sebut atau ceritakan disini....tetapi peristiwa mendatangkan kesan yg bukan sedikit....salah satu akibatnya ialah apabila dia menghilang dari mama dan keluarga kami...mama amat terkesan kerana mama rasa bertanggungjawab utk membawa dia kembali ......sekurang-kurangnya supaya dia sedar yg masih ada lg insan yg mengambilberat dan sygkan dia.....tapi mahukah dia menyambut salam mama?  belum cuba belum tahu...

Sunday, June 26, 2011

kerja, kerja, kerja............

banyaknya kerja nak buat, melambak-lambak. mana nak tanda buku, mana nak tanda kertas ujian. dalam masa yg sama nak kena semak, kumpul buku-buku tulis dan buku-buku kerja sebelum dihantar kpd gb dan gpk utk semakan.  petang sibuk dgn meeting itu ini.....malam ada kelas malam......hujung minggu, tuisyen lagi....ish, tak terkira letihnya.  itu belum lagi bab kerja-kerja rumah yg tak pernah habis tu...mujurlah cik abang rajin membantu.  kalau tidak, mahu jadi macam tongkang pecah rumah mama agaknya...

jiran belakang rumah mama pun selalu mengeluh.. dia ni menjaga anak org, baby sitter gitu...dulu kalau ada org nak khidmat baby sitter, kebanyakannya lebih suka pilih jaga anak-anak cikgu...alasannya mudah, cikgu kerja half day, tak ada out-station, tak ada shift..tapi sekarang, kebanyakan cikgu akan balik lewat petang..macam-macam kerja kena buat...termasuk mesyuarat yg kadang2 berlarutan hingga jam 5.30 atau 6.00 petang...jiran mama ni mulalah bising, siap tanya mama lagi.  kenapa sekarang cikgu balik lewat....nak buat macam mana..kami ni org2 yg menurut perintah...

kadang2 hati terasa juga bila penjawat awam lain yg mempertikaikan kerja atau gaji guru...sedangkan mereka ni tak tau pun bidang tugas guru...cuba sesekali dia orang pulak masuk ke alam cikgu dan buat kerja guru..ada berani?   memanglah. ada ramai jugak cikgu yg bersantai memanjang..mereka ni jenis yg suka melawan, yg tak banyak kelas dan tak mengajar kelas pepriksaan....tapi golongan guru seperti ni tak seramai guru yg kerja macam nak mati....mama ajar kelas pepriksaan,, setiap minggu ada kelas tambahan...mujrlah cik abang pun sama juga..kalau tidak, mau bergaduh selalu sebab kurang sangat waktu senggang yg kami ada utk makan angin atau balik kampung dsb.  ini yg sesetengah penjawat awam lain tak faham...satu lagi, kami kerja dgn org, bukan dgn mesin.  kalau mesin, kita bolehla picit je butang, jalanla dia....kerja dgn org, terutama kanak2 zaman ini, memang mencabar....lebih2 lagi ibubapa zaman ini...tak boleh lebih kurang, tak ada tolak ansur kalau hal yg melibatkan anak2.   balik2 cikgu jugak yg salah...cikgu baik salah, cikgu garang salah....serba salah dibuatnya.

cikgu banyak cuti.....memang ada sesetengah guru yg cuti sakan...cikgu kelas pepriksaan serupa tak cuti..masa cuti nila macam2 program ada utk anak2 didik..kelas tambahanla, motivasila..dsb. kalau tak ajar kelas periksa pun, waktu cuti nila selalunya kami kena berkursus...kadang2 kursus berhari-hari, menginap di hotel dsb...jadi cikgu pun ada out-station juga...

hmm...memang tak habis kalau nk cakap pasal isu guru ni.....apa2 pun, utk para guru,bersabarlah..teruskan perjuangan demi anak didik kita.....utk pegawai2 yg bukan guru,  lu pikirlah sendiri..jgn sedap2 nak mengata guru..k...jumpa lagi..

Friday, June 17, 2011

cerita kenduri

cuti sekolah dah berlalu. mama macam biasalah, cuti sekolah kadang serupa tak cuti. ada saja program masa cuti seperti kelas tambahan dsb. selain memenuhi tuntutan kerja [kelas tambahan], mama turut menghadiri jemputan2 kenduri yg memangnya amat banyak waktu cuti sekolah yg lalu. setiap sabtu dan ahad. kadang2 sehari tu sampai tiga atau empat rumah. kesian kat perut mama yg kekenyangan. rumah pertama dan kedua biasanya mama akan jamah sedikit. rumah ketiga mama makan sayuran sahaja atau menjamah hidangan sampingan seperti cendol atau bubur pulut hitam. masuk rumah keempat, mama pandang sajalah.

mama tertarik dgn satu majlis kenduri ni. ia rumah kenalan lama mama. mama dapat lihat situasi, suasana kekluargaan yg amat rapat. mereka anak-beranak saling bekerjasama. semua tugas dan acara tersusun rapi, dapat berjalan dengan mudah dan lancar. ini kerana mereka anak-beranak tahu peranan masing2.

hidangan majlis kenduri itu pun amat menyelerakan. ada kerabu mangga, nangka masak kari, keladi masak asam, ayam goreng berempah, daging lembu masak asam pedas, ikan masin, sambal belacan dan ulaman pun ada sama. kuih-muih termasuk tapai juga ada. mama dapat rasakan betapa ukhwah yg ada dlm keluarga ini begitu hebat sekali. walaupun penat, mereka nampak amat gembira menyambut kedatangan tetamu.

walaupun mereka ini sebuah keluarga yg amat sederhana, tetapi mereka gembira dan tidak pula sombong. mereka bijak menghargai orang lain, anak2 menghormati org tua dan saling membantu kepada yg memerlukan. oleh itu, majlis kenduri itu amat meriah. hampir semua org kampung datang menolong di majlis tersebut. tetamu pula dari pelbagai peringkat dan golongan. pendek kata, majlis itu mendapat keberkatan kerana sikap dan budi baik mereka.

Monday, June 13, 2011

mimpi yg tak sudah

satu lagi lagu yg mama suka nyanyian Ibnor Reza...try tgk you tube..kot ada

mimpi yg tak sudah

apa maknanya impian
datang dan pergi
membawa hati menyusuri kembali
jalan jalan sepi

kau kah di situ
yg menantiku
atau jelmaan titik kenangan
yg bernama pengalaman

corus:
siapakah diantara kita
dgn rela menjadi pendusta
siapa terdulu membina harapan
dan siapa yg memusnahkan impian
tanpa sebab dan alasan
kau mainkan perasaan
bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

kau bayang-bayang
masa nan silam
ada ketika terbawa-bawa
oleh resah mimpi yg tak sudah

lagu: adam ahmad
lirik : habsah hassan
nyanyian: ibnor reza

lagu ni ada kngn tersendiri....lain kalilah kita sembang pasal lagu....

Saturday, June 11, 2011

Lagu lama

mama suka lagu ini tapi tak ingat tajuk pulak...kalau tak silap, 'gurindam jiwa'

tuailah padi antara masak,
esok jgn layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan.

anak cina pasang lukah,
lukah dipasang di tanjung jati,
di dlm hati tidak ku lupa,
sebagai rambut tersimpul mati.

batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga.

burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga.

Rindu Yg Panjang

rindu............kenangan di asrama membuat mama rindu. rindu suasana seronoknya, rindu kat kawan2. kalaulah masa boleh berputar kembali, ingin rasanya mama kembali remaja, kembali tinggal di asrama dgn kawan2 yg sama dan membetulkan semua yg kurang menyenangkan menjadi kegembiraan.

tahun lepas rindu mama terubat juga dgn pertemuan demi pertemuan. pertemuan pertama dgn Noty. kawan mama yg seorg ini memandu dr putrajaya ke melaka dan berusaha mencari rumah mama sampai dapat. bertuah mama dpt kawan mcm ini. terima kasih tak terhingga mama ucapkan atas keikhlasannya itu.

sekitar mei 2010 pula, mama bertemu Norkh di JB. Masa tu mama berkursus induksi SSM [naik gredlah kononnya] selama dua minggu di Hotel Seri Malaysia, Larkin. Hari itu mama dpt pelepasan keluar sempena hari guru. mama ke bandar baru uda utk ziarah mak angkat mama yg juga guru senior waktu mama posting di jb. Norkh dan suaminya sanggup cari mama di uda dan kami bertemu melepaskan rindu.

minggu lepas 6 jun 2011, satu lagi sejarah pertemuan tercipta. kali ini Noty bawa mama ke kluang utk bertemu Cikgu Bedah, bekas ustazah dan warden asrama. di situ kami jumpa Norkh dan kak Quratuaini. terima kasih Noty krn jadi supir mama..hehe...akhirnya terlerai jua rindu yg panjang....................

Friday, June 10, 2011

Asrama 2

Kenangan pahit manis di asrama tak mungkin hilang dari ingatan........insyaallah...mama akan ingat yg manis2 sahaja selepas ini...di sini mama dapat ramai kawan........kawan ketawa, kawan menangis, kawan berangan, kawan yg macam2 lah.........

Mama ingat lagi, kalau boring2 mama dan kawan baik mama Noty akan duduk di tangga depan ampaian..[selalunya malam2]..kami dok berangan.......antaranya, bila dpt duit kami nak sangat pergi ke Kedai Kek Kim Leng......nak beli chicken pufflah, pie lah....ish, sedap!

Sekarang, alhamdulillah...kalau mengidam pun senangla nak dpt semua tu..tak payah berangan lagi..hehe..

Ramai lagi kawan2 mama yg tak dpt nak sebut semuanya. Antaranya Mas, Norkh, Jah, As, Siti, Sab, Nani dan ramai lagi. Kami cukup seronok bila sesekali dpt gi outing..Yg gi outing lak jenuhlah ..tak cukup tgn bawak barang [selalunya makanan] yg kawan2 kirim...masih ingat lagi dgn uniform asrama warna hijau pucuk pisang...semuanya penuh kenangan. Kini, semuanya dah berlalu...Semuanya dah berjaya dlm hidup, malah ada yg dah dpt gelaran Prof Dr..[tahniah Azah]...Kepada kawan2 mama, semoga kalian sihat sejahtera selalu dan di berkati Allah hendaknya..dimudahkan segala urusan kalian...semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu dlm suasana yg harmoni dn ceria..Amin..

Thursday, June 9, 2011

Cikgu

Sewaktu zaman persekolahan mama dulu, mama dan adik mama Aida, terpaksa ke kebun menoreh getah utk membantu meringankan beban emak. emak toreh kebun A, kami pulak toreh di kebun B. Udin bantu emak. kami berbasikal ke kebun.

kebun B, tempat kami menoreh jauh dr rumah. tiada jalan yg sempurna utk ke kebun , yg ada hanyalah lorong2 di bawah pokok dan di celah belukar. kami terpaksa melalui 5 atau enam kebun org lain. selang sekebun dgn kebun kami itu ada pasangan adik-beradik lelaki yg sama menoreh mcm kami. kadang2 mereka berdua, kdg2 dgn emak mereka. biasalah budak2 [remaja].......kalau emak dia org tak de, bukan main ramah mereka menegur kami..,"pergi sekolah, cikgu?" kami jawab, "ye cikgu. cikgu dah habis mengajar?"

istilah sekolah dan cikgu itu jadi mainan. kami anggap kebun tu sekolah..pokok2 getah itu murid2nya. getah beku [segerap] pulak buku2nya.....rupa2nya ada juga berkatnya bila mama betul2 jd cikgu. Man, budak lelaki yg sama menoreh mcm kami pun jd cikgu jg, manakala abangnya Acin mama dengar jadi polis. lucu juga bila kami ingat2......boleh buat drama atau novel kot...

Asrama

Citer ttg asrama amatlah panjang. Mama masih ingat sewaktu mama di form 1, ada byk kes kehilangan duit pelajar. Mama ingat sngat peristiwa itu sebab setiap kali org hilang duit, mama yg dituduh mencurinya. Maklumlah, mamakan comot, lembik, 'timid' kata org putih. Nampak sgt susah dan kekampungan. Tapi itu semua hanya tinggal sejarah. Yg pasti mama tak pernah tengok pun duit org apalagi nak mencurinya.

Banyak kisah suka duka yg mama lalui sepanjang lima tahun di asrama. Tak mungkin luput dr ingatan kisah2 nakal kami, kisah2 lucu, seram dan sebagainya. Kadang2 melibatkan ibubapa mama juga, seperti yg berlaku sewaktu mama di form 3. Sehari dua sebelum peperiksaan SRP [sekarang PMR], ramailah ibubapa yg dtg memberi sokongan moral utk anak masing2. Mama mengharap jg ayah dtg, tapi hampa. Kebetulan ada seorg kawan mama yg mengadu hal ttg mama yg kononnya menangis kerana mama kekurangan wang kpd bapanya.

Beberapa hari berikutnya, bapa kawan mama bercerita pula kpd seorang ibu kpd kawan mama juga. Yg tak seronoknya makcik ni bukan dtg jumpa emak mama, tapi bercerita dgn kuat depan org ramai. Masa tu emak mama sedang berada di pondok mesin getah keping [sekarang tak de dah]. Ramailah lg org kg yg ada di situ. Mak cik tu siap kata mama tak de duit nak periksa dan nak beli alat tulis. Tambahnya lagi ayah kawan mama pulak bg mama duit[ padahal tak de pun..!]. Pandai sungguh mak cik ni mereka cerita. Akibatnya emak mama yg ada kat situ malu dan terus balik ke rumah. Kebetulan pulak hari itu hari minggu dan peperiksaan dah tamat, so mama dpt balik kg. Emak mama panggil mama dan marah2. [ala, bayangkan macam babak dlm drama tu..]. Emak kata kalau susah pun jgn mintak duit orang...........!!!!!!!!

Hmmm........pada tahun itu juga abang long mama ke US sambung belajar, abang ngah dapat maktab perguruan...Tahun berikutnya ayah mama jatuh sakit, angin ahmar.....aduh perit sungguh. Mama dan adik2 seramai 4 org lg [yg paling bongsu baru 2 tahun]...terpaksa membantu dikebun, menoreh getah setiap kali cuti sekolah. Masa tu mama dah kurang semangat utk belajar. Setiap kali balik kg, serba salah melihat keadaan ayah yg sakit, emak yg bertungkus-lumus mencari rezeki.......emak juga selalu bercerita dan mengeluh kpd mama. bayangkan seorang remaja mcm mama yg terpaksa memikirkan masalh keluarga.....mama dalam dilema, emak mcm nk suruh mama berhenti sekolah kerana susah....mana nak penuhi pula kehendak adik2 yg minta itu dan ini...dlm masa sama seorg lg adik, Udin sering sakit...

Betul2 perit..sebab tu mama dan adik mama Aida, sentiasa serba salah. Akibatnya, tumpuan kami kpd pelajaran hilang. Aida ambil SRP dan keputusannya lebih kurang saja..mama pulak hampir kandas dlm SPM....sedih bila ingat2 peristiwa tersebut..tapi alhamdulillah..semuanya menjadikan mama seorang yg lebih kuat dan tabah....mama tanamkan tekad utk tidak menangis lagi.....mama jadi keras hati dan bencikan airmata. mama dah selalu tengok airmata emak, jadi mama benci utk menangis...................!!

Wednesday, June 8, 2011

Perjalanan 2

Kita sambung citer. Lupa mama nk citer ttg seorg kwn baik mama sewaktu mama di darjah satu [1973] dulu. Namanya Rusnah. Dia memang baik dan selalu membela mama bila mama dibuli dan kadang2 dia kongsi makanan dgn mama sbb mama dh tk de duit nk beli makanan dek kerana 'sedekah' mama kpd pembuli. Rusnah jg sebenarnya yg mengadu kpd abang mama ttg pembuli2 tersebut. Terima kasih Rus...Mama dengar skrg dia tinggal di Air Hitam bersama keluarga bahagianya. Kali terakhir mama jumpa dia ialah pada tahun 2007 ketika majlis khatan anak buah mama di Kluang. Rusnah dah cantik dan anggun.

Seorang lagi kwn mama ialah Siti Mariah. Yng ni mama dah lost contact. Rumahnya di kg pun dah tk de penghuni selepas kematian kedua org tuanya. Mama masih terkenang kngn manis sewaktu ke sekolah berbasikal berdua sejauh 2 batu. Rumah kami di bt 20, sekolah plk di SKAH bt 18. Banyak lagi lah kenangan manis mama di sekolah rendah. Zaman org kaya berbasikal chopper atau mini. Mama dan kebanyakan kawan berbasikal tua saja.

Waktu itu kami hidup susah dan pernah emak mama minta mama berhenti sekolah. TAPI aruah ayah mama berkeras nak sekolahkan mama. Ingat lagi kata2 Cikgu Nazir, guru kelas mama , "Aini, ayah awak nak awak belajar tinggi2,"........kebetulan Cikgu Nazir mengajar B. Malaysia dan memberi contoh ayat utk kami. Beliau minta kami membetulkan ayat tersebut.

Ada seorang lagi guru yg rapat dgn mama ketika mama di darjah 4. Namanya Cikgu Md Jufri b. Dasim. Cikgu ni pernah nak jadikan mama anak angkatnya atas alasan utk membantu mama belajar hingga ke menara gading di bwh tanggungannya, tapi emak tak benarkan. Masa tu mama tau emak sayang kat mama.....[terharu]. Buat semua guru SKAH 18, mama teringin sgt nk ucapkan terima kasih kerana mendidik mama. Kpd yg sudah tiada Al-Fatihah buat mereka.

1979 ayah mama hantar ke asrama SMSAB dgn teksi. Masa tu mama sekali lagi rasa kerdil sangat. Nampak sangat kekampungan mama ni dibandingkan dgn org lain. Mama ditempatkan di Dorm Putih, bersebelahan bilik warden. Ramai kakak2 senior bantu mama pasangkan cadar, kemaskan locker dsb. Terima kasih buat mereka. Hari pertama di asrama tu mama mcm rusa masuk kampung. Waktu ke bilik mandi mama terlupa bawa baju. Cuma bawa kain batik dan tuala. Maknanya mama terpaksa berkemban dari tandas sampai ke bilik asrama. Kecohlah kakak2 senior menegur mama. Nak buat mcm mana, baju yg mama pakai sebelum mandi dah mama basuh dan sidai. Hahaha.....mintak maaf sajalah........

Hari pertama, minggu pertama....mama masih mamai dan teringat kg. Hari2 menangis nk balik, tapi tak siapa tahu. Semuanya serba asing buat mama, maklumlah mamakan pemalu dan pendiam..hehe...Hujung minggu ada ibubapa datang jenguk anak, tapi ayah mama tak dtg. Mama menangis lg dlm hati.............bersambung lagi.

Monday, June 6, 2011

Perjalananku

Kembali dari ziarah ke rumah Cikgu Bedah, mama asyik terkenang-kenang perbualan kami dgnnya. Banyak pesanan2 yg dititipkan kepada mama dan kawan2. Antaranya, jaga diri walau di mana kita berada.........ye, memang nampak mcm pesanan remeh tetapi besar dan mendalam maknanya utk dihayati.

Mengimbau kenangan demi kenangan, rasanya tak cukup ruang blog ini utk mama tuliskan. Mama akan cuba tuliskan cerita2 kenangan mama itu perlahan-lahan, biar bertatih tetapi pembaca tidak letih, biar lambat asalkan hati tertambat...

Mama bukan anak org senang. Mama hanya budak kampung yg kecil, comot dan nampak mudah utk dibuli. Ye, memang mama sering kena buli sejak mama di darjah 1 lg. Waktu itu, mama memang lembik [lemah, lemau dan yg sewaktu dengannya]. Kawan mama Rohana dan Noriza sering ugut wang poket mama yg cuma 10 sen tu..Dulu [1973], nilai 10 sen amat besar utk seorg anak kampung mcm mama. Boleh beli roti belah atau sepinggan nasi lemak. Oleh sebab takutkan mereka, mama selalulah beri 10 sen itu kpd mereka. Mama terpaksa berlapar sepanjang hari. Lama-kelamaan keluarga mama dpt tahu. Abang ngah mama jumpa budak2 tu..sejak itu tak de lg mama kempunan 10 sen. pada 1978, mama dianugerahi 'Murid Terbaik. walhal taklah meletup pun kepandaian mama, cuma sbb mama bdk kampung yg bersaing dgn budak2 kampung lain dr segi pelajaran.

oleh sbb mama murid terbaik kononnya, mama dpt tawaran ke SMSAB [SABGS] dan terpaksa tinggal di asrama. Budak kampung yg kecil, comot dan lemau ini melalui satu lgcatatan perjalanan. kali ini di asrama yg penuh kenangan...................................................bersambung.

Ziarah

Alhamdulillah........sampai juga hajat mama dan kwn baik mama, Noty dan Norkh utk menziarahi bekas warden merangkap ustazah iaitu Cikgu Bedah, sewaktu kami belajar di SABGS sesi 1979-1983 dulu. Sebenarnya sudah terlalu lama dan sudah byk kali kami rancang program ziarah ini, malangnya dek kerana kesibukan masing2; program ini asyik tertangguh.

Terima kasih tidak terhingga kpd kak Ami. adik kpd cikgu yg begitu ramah menyambut kedatangan kami. Terima kasih juga tentunya kpd suami mama yg memberi izin utk mama bersama-sama kwn2 baik mama ini. Kpd Noty dan Norkh; terima kasih juga krn atas usaha kalian yg ambil cuti [Noty] dan yg bertukar shif kerja [Norkh] demi ziarah ini.

Tiga jam berlalu terlalu singkat rasanya. Bilakah lg kita dpt berkumpul begini, atau mungkin lebih ramai lg........................tak sabar mama utk mengulangi ziarah yg penuh makna ini. Mungkin jika ada rezeki dan ada umur kita dan kawan2 lain boleh ber'reunion' di rumah cikgu pada masa akan datang. Insyaallah....

Friday, June 3, 2011

SABAR

Hari ini dlm kuliah magrib, ustaz bercerita ttg erti SABAR.....bahwa erti sabar yg sebenar adalah ketabahan hati, tak takut akan ujian dan dugaan, tahan menanggung derita dalam mempertahankan prinsip dan melaksanakan cita-cita. Mempunyai iman yg teguh demi keselamatan diri dan mencari kebahagiaan mengikut jln yg diredhai ALLAH.
Allah menjanjikan balasan syurga kepada umat-Nya yg bersabar atas kematian org2 yg dikasihi dari kalangan hamba2-Nya yg beriman.
Dari Aisyah r.a; Aisyah pernah bertanya Rasulullah saw ttg penyakit taun. Nabi saw menyatakan bahawa taun itu adalah satu siksa [azab] yg diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya dan dijadikan-Nya rahmat bagi kaum mukmin. Jika seseorg mukmin itu bersabar menanggung kesakitan akibat taun, dan meninggal dunia; maka dia mendapat pahala seperti pahala org yg mati syahid.
Org Islam tidak harus lari dari kematian tetapi tidak pula sengaja mencari kematian. Oleh itu, sekiranya sakit wajiblah bg org Islam mencari penawar dan bersabar serta bertawakal. HARAM bg org Islam meminta mati atau bercita2 utk mati jika ditimpa sakit; tetapi harus berdoa seperti berikut; 'Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu baik bagiku. Matikanlah aku jika mati itu lebih elok utkku."
Maksudnya, sebagai umat-Nya kita janganlah terlalu mudah berputus asa dan mengeluh disebabkan sebarang kesulitan yg menimpa kita. Kerana segala kesukaran, penyakit, kebimbangan, kedukacitaan, kemalangan dan kesedihan atau sekadar duri yg mencucuk jari adalah semata2 ujian dari Allah supaya kita menjadi umat yg lebih baik, kerana segala kesulitan itu adalah ganjaran dr Allah utk menghapuskan dosa2 kita.
Nabi Muhammad saw adalah contoh umat yg paling sabar kerana dlm keadaan kepala baginda berdarah kerana dipukul oleh kaumnya, baginda hanya tersenyum, mengelap darah dikepala sambil berdoa,"Ya Allah, ampunkanlah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Allah beri dugaan kepada setiap hamba-Nya dan setiap detik itu adalah pahala jika hamba-Nya itu redha dan sabar. Sekian.

Thursday, June 2, 2011

LOMBOK LAGI

Saban hari ada saja berita tentang Lombok. Apa itu LOMBOK? Lombok kalau dlm bahasa nenek moyangku membawa maksud CILI atau LADA dan ada orang sebut CABAI. Apa istimewanya LOMBOK ni sehingga ia disebut org hampir setiap hari? Yang pasti LOMBOK itu sendiri punya rasa yg tersendiri; pedas, berapi, menyengat dan segala istilah yg sewaktu dgnnya.
Oleh kerana rasa LOMBOK yg tersendiri ini, ramailah peminat2 tersendiri juga. Peminat2 itu pula adalah anak2 gadis yg terpesona dgn aura LOMBOK. Terkini, janda pun jadi mangsa LOMBOK. Apa nak jadi..........! Ketika diulit cinta LOMBOK, mereka tidak terasa kepanasan dan kepedasannya.
Selepas mengikut cinta hati LOMBOK, melihat dan merasai sendiri kepayahan hidup di sana, barulah segala rasa panas, pedas dan menyengat itu dirasai. Hidup terasa payah, terpaksa menempuh gelombang berapi, beranjau dan berduri. Ketika ini, pantun kasih sayang mereka dulu yg bunyinya...

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Pantun cinta, kasih sayang ini sudah tidak lagi bererti. Ibubapa dan saudara mara yg dilupakan dulu bukan saja kembali diingati, malah dibebankan sekali lagi. Ibu dan bapa terpaksa meminta belas ihsan orang lain supaya anak yg mengikut kata hati ini tidak terbiar mati, tetapi usaha mesti dilakukan untuk membawa mereka pulang.
Mengapa agaknya cinta gadis2 kita begitu murah? Bukan tiada jejaka sebangsa, tetapi mungkin kerana jejaka2 kita pula sudah semakin pupus dek sering berulang ke kampus serenti.
Entahlah, yang pasti kita sering mengambil mudah isu2 sebegini selagi tidak terkena batang hidung sendiri. Sesuatu perlu dilakukan supaya tidak ada lagi gadis2 belasan tahun, ataupun para janda terjerat dalam cinta sepedas cinta LOMBOK.
Bukan mahu merendah-rendahkan jejaka LOMBOK, tetapi kita wajar lebih berhati-hati. Mungkin bukan semua cinta LOMBOK itu pedas dan palsu. Mungkin ada yang indah dan manis tetapi kita harus mengambil iktibar dari tragedi LOMBOK ini agar ia tidak lagi berulang. Nenek moyangku dulu pun berasal dari negara sama dengan LOMBOK tetapi alhamdulillah semuanya indah.