Total Pageviews

Saturday, August 13, 2011

syukur

alhamdulillah.....mama berpeluang lagi utk sembahyang terawih berjemaah mlm tadi  Mak Cik Pah jemput kami semua ke majlis berbuka puasa dan tahlil di rumahnya.  katanya, tahlil utk Nek Pon dan aruah mak sekali.  Abah minta mama order kuih dkt Enab....mama orderkan kuih talam suji dan puding jadung sbb nampak abah macam nak makan puding jagung...yelah, buat masa ini mama cuba penuhi hajat abah.  Abah nak makan apapun akan mama cuba tunaikan..kalau mama tak sempat buat sendiri, mama akan 'tumpang dapur rumah Enab' [orderla tu maknanya..].  minggu lepas abah nak makan bubur pulut hitam, sebelum tu bubur kacang..alhamdulillah mama dapat sediakan.  cuma satu lagi yg mama belum sempat buat iaitu pajeri mangga....abah kata nak makan pajeri mangga macam yg aruah mak selalu buat dulu......mungkin petang ni kot baru mama buatkan utk abah...insyaallah.  Abah mcm abah mama jugak.    

citer berbuka puasa di rumah Mak Cik Pah...Mak Cik Pah ni skrg tmpt kami menumpang kasih sejak mak tiada.  Meriah juga majlis tu malam tadi.  Mama pergi cari ayam gorengdi bazar ramadhan utk tambah lauk. Bukan mama malas, tapi sbb tak sempat.  Pagi semlm kelas tambahan sampai pukul 10 pg, kemudian mama tunjuk muka kat projek sekolah.  Dah 3 Sabtu kawan2 sekerja sibuk menyiapkan projek mural sempena pemilihan sekolah kami sebagai sekolah lestari.

petang jam 2.30 ptg mama ke kelas tuiyen sampai jam 5.30 ptg.  Jadi balik dr tuisyen mama terus singgah cari ayam goreng. Sampai di rumah, hampir jam 6.  Mama terus cari Yah.  Alhamdulillah, Acah tgh mandikan Yah.  Jadi, bolehlah mama bersiap pulak.  Jam 6.40 kami ke rumah Enab ambil kuih dan terus ke rumah Cik Pah.  Sebelum pergi, mama capai sepasang pakaian 'spare' utk Yah.

Kami tunaikan solat terawih di rumah Cik Pah berimamkn PakCik Nan.  Nikmatnya dpt berjemaah begitu! Sebelum ni, mama terpaksa buat terawih sendiri di rumah kerana menemankan Yah. Mujurlah yah tak meragam di rumah CikPah, cuma Yah terkencing atas sofa.  Mujur jg mama ada bawak pakaian spare utknya.

2 comments:

notie said...

Nasib baik ada Mak Pah tu. Kiranya macam penganti mak mertua ko aje malahan dia amat memahami keadaan keluarga ko. Semuga Mak Pah dilimpahi kesihatan yang baik dan rezeki yang murah. Amin

mama aini said...

amin...