Total Pageviews

Tuesday, December 31, 2013

TAHUN BARU 2014

Selamat datang tahun baru 2014.....selamat tinggal 2013, tinggallah kenangan2 pahit manis 2013 dan kita buka lembaran baru utk 2014..semoga kehadiran tahun baru ini memberi kita seribu satu lagi cerita yang diharapkan manis2 belaka hendaknya..amiiinnn...

 

Sebagai umat Islam, rasanya sambutan tahun baru masihi nak perlulah nak dibesar2kan sangat....kitakan ada tahun baru kita sendiri iaitu tahun baru hijrah....tak berapa hari lagi akan masuk bulan kelahiran Nabi kita yg kita sayangi.

 

Membuka buku 2014 ini, mama berazam utk update lebih kerap dan memberi info2 @ ilmu2 @petua2 yang lebih berguna buat semua.  Semoga kelak memberi banyak manafaat utk para pembaca yg sudi singgah di teratak buruk kecil mama ni...

Mama juga lebih selesa membahasakan diri sebagai mama sesuai dgn peningkatan usia dan juga 'seniority' mama dikalangan kawan2 sekerja.

Ok, rasanya sesuai kot kalau kita mulakan dengan amalan2 pembuka rezeki.....jom sama2 kita amalkan. Mudah-mudahan diperkenankan ALLAH subhanahu wataala...amiin..


7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1.Banyakkan  membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang   
    rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-
    Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -  
    In shaa ALLAH akan selamat dari kefakiran dan menghilangkan rasa takut dalam kubur (HR. Abu
     Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim.
    MALAIKAT akan BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang pahala
    tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
    Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan
    kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:    Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan ditimpa kesempitan
    hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
    Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa 
    berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan
    mengangkatnya sepuluh DARJAT.
    (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin
      dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:    Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala
    kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud
     dan Ibnu Majjah)



Semoga Bermanfaat. InshaaALLAH.


 

Monday, December 30, 2013

jalan-jalan , ziarah , cuti-cuti

Rasanya cuti tahun 2013 ni tahun yg paling byk berjln......bermula dgn wedding2 kat entry lepas...lepas tu berulang alik ke Seremban lak menjengah biras mama yg sakit...dua kali tengok dia kat hospital Senawang [SALAM]...masa mula tengok tu terkejut juga tengok mukanya yg pucat dan dia Nampak lemah sangat....  kali kedua dua minggu lepas tu selepas dia dibedah.  Biras mama ni dah lama menderita macam2 penyakit....ini yg paling kroniklah, sampai kena bedah kena buang Rahim akibat fibroid yg membesar dan pendarahan haid yg tak berhenti selama dua bulan...mana tak pucat lesinya....masuk darah tiga pain..tapi macam mana darah masuk, macam tulah darah keluar balik....

kali ketiga tengok dia kat rumah pulak di Tmn Bkt Margosa...Alhamdulillah dah beransur sihat.....lepas tu gi jengah lak sepupu abang di lavender Height.....pun baru lepas operation juga, buang limpa...sepupu abang ni dr kecik dah menderita talasemia......hmmm..macam2 penyakit yg 'tercipta' dan dicipta ALLAH utk menguji umatnya.   Benar kata org, kita akan rasa insaf dan lebih mensyukuri nikmat Allah bila kita berpeluang menyelami perasaan org sakit dan tengok penderitaan mereka...Bila tengok atau ziarah org sakit wajarlah kita mendoakan mereka...mudah-mudahan cepat sembuhnya...

oklah, kita tinggalkan dulu cerita sakit, cerita sedih.....mama nak cerita pasal jenjalan lak....awalnya kami plan nak ke Terengganu tapi terbantut sebab bencana banjir...fikir2 punya fikir, timbang punya timbang akhirnya kami sepakat ke Kg Janda Baik, Pahang....Abang kata tempatnya cantik, abang dah pernah pergi hamper 30 tahun lalu....ni kira nak mengimbau kenanganlah...


Sebelum ke Janda Baik, kami singgah dulu di Shah Alam, jemput Ariff di rumah sewanya.  Kemudian singgah pulak kat Seksyen 20, kenduri khatan anak sepupu abang.  Lucunya bila kami kata nak ke Janda Baik, sempat pulak sepupu abang bisik kat si Ariff...katanya buat apa gi Janda Baik, kau tu bujang lagi..cakap kat ayah kau, gi Dara Baik....tak ada ke?

                                 *di pintu masuk AL SAKINAH ECO RESORT

Kami dah janji dgn tuan punya resort AL-SAKINAH ECO RESORT untuk sampai selepas jam 4.  Akhirnya terbabas juga, hamper jam 7 baru sampai..mujurla tak ada org lain yang 'caras' ....kalau tidak mana kami nak tidur malam tu...resort2 dan hotel lain semuanya dah penuh...mungkin org2 yg plan nak ke Pantai Timur dah ubah haluan sebab banjir, kira macam kes kami jugalah...

                                *mandi sungai

 
*sebelum balik..masing2 tak puas mandi sungai
 
                                        *di jambatan ke resort

                                                *sesi rendaman 'SPA' hehe...


                                             *berkenan dgn chalet ni..bertentangan dgn resort kami..dah penuh..

                                           *sebelah chalet komo

                                            *cantikkan.....ala2 zaman purba

*rumah VIP
 
 * dgn bujangku, Ariff
 
 *menunggu makanan ...makan nasi kerabu n nasi ayam...sedap ..teringat lagi sampai skrg..makan di warung 'SUP MELETOP'....
 
 *durian stall..singgah jap..beli tempoyak dan 'mencekik' durian...
 
*tebal isi duriannya....nikmat makan...
 
 
Ha....inilah corat-coret perjalanan percutian ku dan keluarga................................macam tak puas jer...
 




Wednesday, December 18, 2013

wedding,wedding, wedding...........................

Tahun ni tahun anak2 buah mama kawin....boleh pulak dekat2 tarikhnya....  kalau semua satu tempat atau satu Bandar ke satu negeri tak pe gak..ni sorang kat selatan sorang lagi anak buah kat utara nun...apa2 pun Alhamdulillah, anak2 buah mama dah selamat kawin..... lepas ni mama tunggu cucu2 'buah' pulak..hehe...ha, mama dah ada tiga cucu sedara dah....  anak ayong ngan anak awie...ayong ngan awie anak2 abang long.

 
Mula-mula anak buah mama yang masih menuntut di Mesir, Amin dan Farah Nur Ain.  Mujur juga Farah ni orang dekat2 je.. di Sg Balang, Muar.  Diorang nikah pada 13 Oktober 2013.  Bergegas juga mama balik kampong. 
 
Majlis rumah Amin Kk Ngah pulak pada 3 November.  Seminggu lepas tu pasangan pengantin balik semula ke Mesir, nak exam hujung bulan tu.  Kiranya diorang ni balik ke Malaysia bukan saja sebab keadaan di sana yg tak stabil, tapi ambil kesempatan jugak akad nikah... okla tu, lepas ni tak perlu lagi mak bapak si Farah risau2 sebab Amin ada boleh jaga anak depa kat sana....hihi..ha, ada rezeki, dua tahun lagi balik bawak ijazah dan cucu untuk kak Ngah dan mama serta cicit untuk mak.
 
Dua minggu lepas tu, 23 November mama ke Perak pulak.  Faezah anak abg long pulak kawin.  Pun dapat org Perak gak..senangla tu, yang payahnya kami ni nak ke sana sikit punya jauh.. di Seri Iskandar, Ipoh nun. Mama bertolak lepas subuh. Oleh sebab Ina masih SPM, mama hanya pergi dgn abang dan Yasin je....Habib kena temankan kakak dia menelaah di rumah...
 
 
Bersam abg Long berbaju Melayu kuning dan kak Long 2 berbaju hitam
 
Anak buah baru, Sahlan yg putih melepak ala2 mat saleh...
 
 
Hiba, sayu rasanya berpelukan dgn kak Long 1, bekas isteri abg Long..dah 6 tahun tak bertemu sejak mereka bercerai....
 

Kebanyakan hantaran adalah hasil tangan kak Long 1 yg kreatif....
 
 
Cucu 'buah', Hakimi yg meragam sepanjang hari.....anak Ayong yg dibela oleh kak Long 1....
 
 
Singgah solat di Masjid UTP [Univ. Teknologi PETRONAS] yang cantik...beri makan ikan koi yg besar2 kat dlm kolam tu....ada yg sebesar peha mama ...jenuh nak habiskan kalau berlaukkan ikan tu...
 
 
 
 
Sempat lagi posing di laur Kellie's Castle...tak dan nak masuk sbb nak balik ke Melaka sebelum malam menjelang..
 
Itulah rasanya pertama kali mama dan abang travel jauh tanpa bermalam..lebih kurang jam 4 petang kami bergerak balik..........Alhamdulillah, sempat jugak singgah di Shah Alam menjelang malam....dapat jumpa Ariff jap dan bawak dia makan kat Shah Alam tu....
 
Moral of the story: Tawakal kepada ALLAH, Insha ALLAH selamat perjalanan pergi dan balik. 

Thursday, December 5, 2013

Malang yang tak berbau...


KAKAK DIBUNUH, DUA ADIK DITEMUI MATI : sumber mymetro

Pic: Harian Metro

ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
 
"Sementara itu, dua beradik yang hilang itu disahkan turut meinggal dunia dan mayat mereka ditemui di Langgar," katanya pada sidang media.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes ke atas remaja permpuan itu sebagai bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.
 
Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Polis cari teman lelaki Norsyafika 

ALOR SETAR: Polis sedang menjejaki teman lelaki kepada Norsyafika Nadia Rusdi, 14, iaitu salah seorang mangsa tiga beradik yang ditemui mati bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya difahamkan lelaki itu kini berada di Arau, Perlis dan akan mendapatkan keterangan daripada lelaki itu.

"Kita akan dapatkan maklumat daripada teman lelaki kepada Norsyafika Nadia berhubung maklumat mangsa berhubung tujuan mangsa keluar dan berjumpa dengan siapa?

"Setakat ini kita sudah kumpul banyak saksi untuk membantu siasatan dan kita akan lihat laporan bedah siasat dua lagi mangsa pada hari ini," katanya.


Beliau berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan akan melihat kedudukan terkini kes itu selepas menerima laporan bedah siasat.

Menurutnya, polis menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil untuk membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02 

*******************************************************************************

Sedih, tiga beradik mati sekaligus.  Mama tak dapat nak bayangkan perasaan ibu dan bapa tiga beradik ni.  Yang menjadi persoalan, macam mana benda ni boleh terjadi?  Kalau kita tengok berita tv, dikatakan sikakak ni beritahu ayahnya nak keluar jumpa kawan.  Lepas tu tak balik2 sampai ayahnya buat laporan polis.  Tup2 jumpa anak2 dalam keadaan sudah tak bernyawa lagi...

Mungkin ada juga yang salahkan si ayah, kenapa benarkan anaknya tu keluar jumpa kawan..bawak adik2 lagi...  Manalah si ayah menyangka benda macam ni nak berlaku..kalau dia tahu tentu dia tak bagi anak2nya keluar rumah!  Dan mungkin juga ini bukan kali pertama, anaknya keluar jumpa kawan..sebab tu ayah benarkan.  Si anak pun taklah keluar berseorangan.  Bawa adik2 sekali meneman. Maknanya si kakak ni anak yg baik, tak delah keluar rumah sorang2....mintak izin ayah lagi.

Dalam zaman serba mencabar ni, ibu bapa adalah antara org yg serba salah..tak bagi anak berkawan, dikatakan tak sportinglah, tak bermasyarakatlah...dan bila tragedy berlaku pulak, ibu bapa juga yg disalahkan....apa2 pun yg paling penting, ibu bapa kena selalu pantau aktiviti anak2 dan kenalpasti siapa kawan2 mereka.  Dan bila dah berlaku peristiwa malang ni, macam biasalah, org buat macam2 spekulasi..mama hormat teguran Ketua Polis Alor Setar dan juga MB Kedah yg minta kita org ramai supaya jgn buat apa2 spekulasi dan andaian..biarlah polis buat kerja mereka....untuk ibu bapa malang itu, mama doakan supaya mereka tabah, sabar dan kuat dlm menempuh dugaan maha hebat ini.

Teringat mama masa zaman remaja dulu, mama biasa je keluar rumah sorang2..naik basikal je.... dari rumah aruah embah sampai ke rumah aruah mak ngah..lebih kurang 1km...tapi masa tu walau pun melalui jalan sunyi dan berlatar belakangkan kebun getah, kami masih tak risau dan rasa selamat sentiasa.  Masa tu mama sweet 17 lagi, tengah tunggu result SPM.  Mulanya ikut abang long ke Jasin.  Abang long mengajar di IKM Jasin, dan oleh sebab teruja sgt nak cari kerja kononnya, mam ikut abang long.  Abang long bawak ke kawasan kilang di Air Keroh dan Bt Berendam......malangnya jawatan kosong banyak, cuma tak de bas ke Jasin....at last, mama kerja cuci botol kat Kg Chin Chin....!!!!  Pagi2 ada van dtg amik.  Mama pegi kerja ngan kakak2 dekat rumah sewa abang long.... setiap satu botol yg dicuci di beri upah 3 sen atau 5 sen!  Botol2 kaca bekas sos dan kicap..kalau tak silap utk guna semula...ramai juga yg bekrja cuci botol tu....tapi malang kan tak berbau..., mama terpijak botol yg pecah..akibatnya kaki luka dan mama berhenti kerja! Adalah tiga hari kot kerja kat situ.....

Bila mak dan mak ngah dapat tau, mak ngah suruh mama balik dan duduk rumah dia.....adalah dua bulan kot duduk ngan abang long.....dgn mak ngahlah mama dapat kerja 'bomba'...hihi..siram pokok2 bunga kat Bu Seng Chong Nursery...hmmm..apahal ni..dah melalut cerita lain pulak..maknanya mama dah penat, bila penat idea kurang, bila idea kurang mama kena rehat , bila nak rehat maknanya mama kena stop dulu kat sinila...

Moral of the story kali ni:  sentiasa berhati-hati di mana2 pun kita berada..kalau nak malang bukan setakat budak2, mak bapak budak pun boleh ditimpa malang...yelah, malang tak berbau kan....kadang2 dengan org yg kita biasa dan kenal baik pun kena hati2 jugak.......ingat tu....