Total Pageviews

Sunday, August 21, 2011

pra-raya

Jumaat 19 ogos
Ani balik sekejap.  Dia kata, kalau mama rasa nak balik kg, dia akan dtg bermalam di rumah abah.  Mama rasa syukur sgt, akhirnya dpt juga peluang buka puasa dgn mak.  Tapi memandangkan mama ada kelas hari sabtu, kami cadang balik kg hari sabtu saja.  Mama telefon mak tentang itu dan mak pun gembira.

Sabtu 20 ogos

Jam 8.00 pg, mama ke sekolah.   Habis kelas mama balik dan masakkan bubur nasi abah.  Lepas tu mama siapkan puding koktail. Mama masukkan koktail dlm dua bekas, satu utk mak dan satu utk rumah abah. Kemudian mama masukkan ke dalam peti ais.  Sebelum ke kelas tuisyen jam 2.00 ptg, mama pesan kat Ina, anak dara mama supaya jgn lupa ambil koktail sebelum balik kg.  Suami mama hantar kami [mama n habib] ke pusat tuisyen.  Cadangnya, jam 5.30 ptg nanti dia akan dtg jemput kami dan terus bertolak ke kg.

Jam 4.00 ptg, hujan turun.  Lebat sangat. Habis kelas tuisyen, mama called suami minta dia tunggu di masjid kerana pusat tuisyen tu sebelah masjid.  mama ajak habib solat asar.  habib bawak mama ikut jln potong, redah pagar masjid yg dah berlubang.  Masa ni, mama dpt rasakan Habib seorg anak yg caring dan prihatin.  Dia bantu mama yg terkial2 nak melangkah pagar itu.  Kemudian pimpin tgn mama.  Berlari anak meredah hujan yg masih renyai2.  Habib tunjukkan mama tpt wudhu' dan solat wanita.  Selesai solat, suami sampai.  Kami bertolak ke kg.  Tiba di Kg. Spg Kerayong, kami berhenti di sebuah gerai utk membeli juadah berbuka.  Mama beli ayam masak cili api dan ikan keli goreng.  Sebelum tu, Udin, adik mama ada pesan kat mak supaya jgn masak apa2 sebab dia dan isteri, Ikin akan bawa lauk dan makanan lain.

Sampai di kg, tepat jam 7.12 petang, lagi 3 minit utk berbuka.  Udin, Ikin dan mak dah tunggu kami.  Ceria wajah mak menyambut kami datang.  Wah, macam2 makanan yg kami sumbat mlm tu.  Kuih ada, rendang pun ada.  Biasanya kalau mama nak balik rumah mak, memang mama akan beritahu Udin dan dia akan siapkan semuanya. 

Ahad 21 ogos.

Jam 9.00 pagi, mama dan suami ke Pt Lapis Laman.  Kmi selalu ke situ utk beli kerepek.  Murah dan sedap, maklum pegi sendiri ke kilangnya.  Ramai betul org, kalah pasaraya Mydin.  Bersesak kami di dl kedai/kilang tu.  Cadang nak beli kerepek ubi pedas, tapi tengok org beratur depan kuali kerepek [pekerja sedang menyira] mcm beratur beli tiket bola....ish, tak jadilah.  Sudahnya mama ambil saja apa2 kerepek dan biskut2 raya di bahagian yg kurang org.  Setiap tahun, Maznah, kawan sekerja mama berkirim kuih dan kerepek raya..  Nak bayar pun terpaksa bersesak.....mama lihat tauke kerepek dan anak2 keletihan tapi tetap ceria ..maklum banyak 'masyuk'....


jam 11.50 kami minta izin pulang . Mak menangis tapi sempat lg beri kata2 semangat bila mama kata mama akan balik raya hanya kalau ada Ani atau Cah kat rumah nanti.

Kami singgah di Bazaar Baitulmal, Tg Agas.  Cari baju melayu dan kurung utk anak2.  Rambang mata dibuatnya.  Cantik2 dan boleh tahan murah harganya.  Terbanglah lebih rm400 utk 3 pasang pakaian lengkap dgn tudung dan songkok sekali..
Kemdian, kami ke Keluargaku Melaka lak sebab nak cari pulak t-shirt dan seluar utk bujang berdua tu. Sampai rumah abah jam 4.50 ptg.  Keletihan tapi puas juga.  Pertama dapat balik kg, kedua dah beli serba sedikit persiapan raya utk anak2 kecuali Abng Long...tunggu dia balik bercuti lah nampaknya...Yasin mintak kasut, belum lg terbeli......hmmm...selagi tak raya selagi itulah ada saja benda yg tak cukup....cuma raya kali ini kuranglah sikit meriahnya sebab mak mentua tak ada.........................dan, mama pulak jd 'org tua' di rumah abah.....


1 comment:

notie said...

Tak palah. Yang penting sambutan semasa raya adalah anak-anak. Kita ni sekadar nak menghepeykan budak2 ja. Aku lagi lah hanya seronok layan anak saudara dan cucu saudara. Tu le tempat menumpang gembira. Yang lain-lain dah tak penting. Ada takde pun seronok bila berkumpul adik beradik. Tu je yang buat aku hepey bila raya tapi raya pertama le. Sebab semua akak-akak n adik2 aku mesti balik raya pertama datang berziarah bersama anak-anak mereka. Malamnya yang dekat2 dah balik rumah masing2.

Insyallah aku doakan ko dapat balik beraya di kampung nanti. Adik ipar kau insyallah akan datang membantu. Jangan patah semangat ok. Muar dan Melaka tak jauh. Nasib baik berjiran kalau nun pantai timur ke utara ke emmm aku rasa lagi haru ko. Tak dapat bermalam dapat balik hari pun rasanya ok tapi maklumle kadang kita nak lebeh dari itu. Ya lah kan sekarang kau dah jadi orang tua sebab kau menantu yang sulong. Apa pun bertabah lah ye.