Total Pageviews

Monday, July 9, 2012

Forum

Pada 28 Jun lepas mama dan abang ke Masjid Al-Ghaffar.  Ada forum yang mana ahli2 panelnya adalah Prof  Madya Dr. Redzuan Tee dan Prof Madya Dr Sharifah Hayati.....Tajuk forum, ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU.......sempena dngan kehadiran bulan Ramadhan yg tak berapa lama lagi...tajuknya syahdu.........isinya pun sayu..sampai ke usia kita sampai Ramadhan tahun ini?  Kalau sampai, apa pula persiapan kita?  Tak cukup kalau dengan menu berbuka dan bersahur saja, kita mesti ada JIWA untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang cuma sekali dalam setahun itu....silap2, hutang puasa pun tak habis bayar lagi.....Prof Madya Dr Sharifah Hayati macam yang biasa kita tengok kat tv tu, penuh dengan kata2 yang bermesej di sebalik gurauannya...
  
Prof Dr Redhuan Tee pulak bercerita tentang pengalamannya berpuasa diawal pengislamannya...mama tabik betul bila dia kata, baginya berpuasa itu amat mudah.  Tiada masalah langsung kerana dalam mindanya sudah tertanam nilai2 keimanan dan sudah faham mengapa puasa itu wajib ke atas orang Islam.   Masa kecik2 lagi beliau dah belajar berpuasa hasil pergaulannya dengan kawan2 Melayu.  Berbeza benar dengan orang Islam yang lahir sudah Islam..kadang2 susah nak beramal apalagi berpuasa. Itu baru bab puasa, belum bab yang lain2 lagi...kadang2 sedih mengenangkan sikap anak2 Melayu beragama Islam ni..Islam mereka Islam baka [bukan semua].....

cubalah buat kajian siapa yang paling ramai di universiti serenti, siapa yang paling banyak buang bayi, siapa yang hebat di jalan raya sebagai mat rempit........  pasti kita duduk di tangga teratas....belum lagi bab belajar, tak kira di sekolah atau peringkat universiti...rata2 anak2 Melayu ni malas sikit....ibubapa pulak banyak yang liat nak keluarkan duit untuk buku2 anak sedangkan untuk perbelanjaan lain tak berkira pulak...contoh termudah langganan stesen tv berbayar...kebanyakannya mampu bayar berbanding dengan duit buku, sampai ke hujung tahun tak bayar.  ini pengalaman sendirilah bila berdepan dengan ibubapa.  tapi malaslah nak membebel pasal ni.....macam kata Nabil, lu ada mata lu pandang, ada telinga dengar, ada otak, lu pikirlah sendiri....!!!!

No comments: