Total Pageviews

Friday, November 29, 2013

syukur ya ALLAH...................

Alhamdulillah..................syukur ya ALLAH
Kerana-MU aku masih bernafas sebaik aku terjaga dari tidurku,
Terima kasih ya ALLAH, kerana mengizinkan aku hidup di dunia ni,
Syukur ya ALLAH kerana-MU aku masih mampu mengingati-MU,
Kerana-MU anak-anakku sihat walafiat dan masih taat dan mengasihiku,
Kerana-MU suamiku masih berdiri disisiku, mengasihiku, menjadi pendengar setiaku, menerimaku seadanya, menjagaku sewajarnya......
Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang mengingatkan aku kepada-MU
Terima kasih ya ALLAH kerana menjauhkan aku dari sahabat-sahabat yang mementingkan diri sendiri


Ya ALLAH...sesungguhnya aku ini hamba-MU yang kerdil, yang lemah, yang hina, yang jahil....
KAU berilah aku kekuatan, kesabaran dan kemuliaan
KAU izinkanlah aku mencari hidayah-MU, ilmu-MU,
Berilah aku kekuatan, kemampuan untukku menyampaikan ilmu
KAU jauhkanlah aku dari sifat-sifat mazmumah
KAU kekalkan aku dalam istiqamah

YA ALLAH....................., aku tidak layak ke syurga-MU
Namun aku juga tiada upaya untuk ke neraka-MU....
Ampunkan aku ya ALLAH kerana banyak meminta
Tetapi hanya ENGKAU tempat aku memohon pertolongan
TERIMA KASIH YA ALLAH....diatas nikmat dan kurniaan-MU



YA RABBI,, JADIKAN AKU WANITA HEBAT..
Wanita yang mampu membalut LUKA HATINYA dengan KESABARAN..
Wanita yang mampu meredam AMARAH dengan ISTIGHFAR.....

Wanita yang mampu menghapus DENDAM dengan MEMBERI MAAF..

Wanita yang mampu BERTERIMAKASIH atas segala nikmat Allah dengan BERSYUKUR..

Wanita yang mampu menerima KETETAPAN Allah dengan DOA DAN TAWAKKAL.

Kerana baginya..
Apapun yang hadir dalam kehidupan tiada yang sia-sia..

ALLAH telah mempunyai rencana baginya.
Dan ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba_NYA.

Ya ALLAH..
Jadikan Para Wanita Yang Membaca Catatan Ini Wanita-wantia Yang HEBAT..

Menjadi Wanita Yang Selalu TAAT.

Menjauhi Perbuatan MAKSIAT.

Dan tidak gemar melanggar SYARIAT.

Aamiiin Ya Rabbal'Aalamiin
Wanita yang mampu menghapus DENDAM dengan MEMBERI MAAF..

Wanita yang mampu BERTERIMAKASIH atas segala nikmat Allah dengan BERSYUKUR..

Wanita yang mampu menerima KETETAPAN Allah dengan DOA DAN TAWAKKAL.

Kerana baginya..
Apapun yang hadir dalam kehidupan tiada yang sia-sia..

ALLAH telah mempunyai rencana baginya.
Dan ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba_NYA.

Ya ALLAH..
Jadikan Para Wanita Yang Membaca Catatan Ini Wanita-wantia Yang HEBAT..

Menjadi Wanita Yang Selalu TAAT.

Menjauhi Perbuatan MAKSIAT.

Dan tidak gemar melanggar SYARIAT.

Wanita yang mampu menghapis DENDAM dgn MEMBERI MAAF
Wanita yg mampu BERTERIMA KASIH atas segala nikmat ALLAH dgn BERSYUKUR
Wanita yg mampu menerima KETETAPAN ALLAH dengan DOA DAN TAWAKAL
Kerana baginya apapun yg hadir dlm kehidupan tiada yang sia-sia
ALLAH telah mempunyai RENCANA baginya
Dan ALLAH MAHA TAHU apa yang TERBAIK untuk hamba-NYA

YA ALLAH...................
Jadikan sahabat-sahabatku dan para wanita yang membaca catatan ini wanita-wanita yang HEBAT
Menjadi wanita yg selalu TAAT
Menjauhi perkara maksiat
Dan tidak gemar melanggar syariat
Jadikanlah kami umat-umat yang terbaik dikalangan umat yang KAU KASIHI DAN REDHAI...
Amin, amin Ya Rabbal-alamin.....

Monday, November 25, 2013

busy nya..................

Lamanya mama tak update ..tak kemas 'rumah' ni...dah sebulan dah...harap2 org tak lupa kat mama....sibuk sikit sejak akhir2 ni....Ina, anak dara mama yg sorang tu ambik SPM tahun ni..mama sibuk sikit menguruskan keperluan dia dan juga hantar dia pergi balik sekolah dan kelas tambahan...

Kemudian kat sekolah pulak mama sibuk uruskan borang2 kemasukan ke asrama penuh [SBP], sekolah kawalan dsb... tengah2 busy tu, kena lak pergi taklimat utk kemasukan ke sekolah agama bantuan kerajan [SABK]....ada sekali lak kena juga pergi taklimat sekolah premier, feeder school and mcm2 lagi lah..semuanya ada kena mengena dgn murid2 tahun 6 yg nak ke tingkatan 1 /2014.  Uruskan borang2 satu hal, nak key=in maklumat satu hal lagi....dah tu bebudak ni ada yg tak htr salinan sijil yg diminta..kena la mama 'kejar' plk mereka... yg htr salinan sijil pulak ada yg 'overload'..kalau ada dua puluh sijil, semuanya dia htr atas meja mama..tak ke pening nak pilih lak sijil2 yg perlu saja...dlm masa yg sama, kena pulak uruskan aktiviti selepas UPSR....ish, pening dibuatnya......
 

Hampir setiap hari bila ada masa free je mama akan duduk di pejabat....online kemasukan tingkatan 1 SABK....handphone mama pun hotline jugalah..sekejap parents, sekejap pejabat call.sekejap GB atau GPK call... .tak senang duduk dibuatnya...

 
Bila result UPSR keluar lak, lagi tambah busy....masa ni la bebudak htr sijil2 dsb....lps semak mama copkan, letak atas meja GB utk pengesahan.....ish, malas la nak citer...

Ni nama je cuti sekolah, tapi hampir setiap hari mama ke sekolah gak... kalau mama tak ke sekolah kejap2 kerani call kata org jabatan call lah, parents call lah...yg directly  call mama  pun ada gak....ish serik jugak bila jadi Penyelaras Penempatan Tingkatan 1 ni....dlm masa yg sama, mama SU peperiksaan dan SU kecemerlangan....analisis keputusan pun nak kena buat, post mortem pun nak kena fikir...cobaannnnn...

hari ni mama dah lega sikit...kerja2 yg dipertanggungjawabkan kat mama pun dah hamper 100% beres...ALHAMDULILLAH, ramai yg sudi nak tolong..

moral of the story: kalau tak nak busy, tak yah buat semua tu...'sub' je kat org lain atau biarlah pentadbir uruskan.................dok jela goyang kaki.....soal tanggungjawab ke dosa ke...tanggung le sendiri.....dan jadilah kita org yg SELFISH, yg IRRESPONSIBLE.............tak elok kan?

Kena ingat selalu: KERJA adalah IBADAH....kerja kena IKHLAS, InsyaAllah.........masyuuk......masyuk pahala le...