Total Pageviews

Friday, April 11, 2014

FALSAFAH BUAH-BUAHAN, LOBAK, TELUR DAN KOPI DALAM KEHIDUPAN KITA

Realiti kehidupan

Dalam kehidupan kita, adakalanya kita tidak sedar kita menjadi seperti kopi atau telur atau mungkin juga kita akan jadi seperti lobak (carrot).

Lobak merah apabila kita panaskan dengan air ia akan empuk [lembik dan patah] meskipun pada asalnya bersifat keras. Begitu juga manusia yang kental jiwanya tetapi apabila diuji dengan berbagai ujian jiwanya mudah patah akhirnya terkulai dan hanyut begitu sahaja. Justeru jangan jadi seperti lobak merah.

Telur asalnya cair, mudah pecah TETAPI bila direbus dengan air panas ia menjadi keras. hakikatnya ada juga manusia yang lembut tetapi tak semena-mena menjadi keras hatinya apabila ditimpa ujian.  Banyak yang begitu, macam juga hati mama ni....dulu memang macam cendawan kememeh kata orang tua..tapi selepas menempuh pelbagai ujian dan cabaran hidup, hati ini jadi keras .....susah nak menitiskan air mata kecuali kalau betul2 tak tahan sedih, marah atau kecewa... 

Kopi pula apabila dimasukkan air panas ia akan larut dan sebati. Makin panas air makin terasa kesedapan aroma kopi. Justeru mereka yang menjadi seperti kopi dapat menyerap segala ujian, bersabar sehingga segala kesusahan ada kemudahannya. Setiap kesempitan ada jalan keluar. Setiap ujian dihadapi dengan tabah dan akhirnya mereka memperolehi kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup

Persoalannya sekarang..dimanakah kita ??? ATAU cuba kita bandingkan pula dengan buah-buahan ini.
 
Falsafah buah-buahan
 
1.  Jadilah seperti jagung, jangan jadi seperti gajus.  Jagung membungkus isinya yg banyak, sedangkan gajus menunujukkan bijinya yg cuma ada satu.  Maksudnya: janganlah menunjuk2 harta, ilmu dan sebagainya..
2.  Jadilah pokok pisang, yg berbuah hanya sekali, kemudian mati.  Maksudnya kesetiaan dlm perkahwinan.
3.  Jadilah buah durian, jangan jadi buah kedondong.  Walaupun berduri tajam, tetapi isinya lembut dan manis. Berbeza dgn kedondong yg luarnya licin tapi rasanya agak masam dan bijinya pula berduri.  Maksudnya: jangan menilai orang dari luarannya sahaja.
 
4.  Jadilah ubi kayu.  Walaupun hidup didalam Tanah, isinya putih bersih.  Maksudnya: Jagalah hati, jangan dinodai dgn kekotoran.
 
5.  Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.  Tangkai petai memberi makanan yg sama rata kpd bijinya, semua seimbang.  Rambutan pula ada kecil dan ada yg besar.  Maksudnya; bersikap adil.
 
6.  Jadilah seperti cili, semakin tua semakin pedas.  Maksudnya semakin tua semakin bijaksana.
Ok, anda seperti apa ye? Jagung? Cili?  Sama-samalah kita baiki diri.  Insya ALLAH. 

No comments: