Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

AMANAH...............beratnya utk dipikul

hari ini genap 9 hari ibu mertuaku meninggal dunia kerana 'severe pnumonea'...............sejak hari itu bermulalah tugas baru mama sebagai 'org tua' di rumah mentua....secara tiba2, mama jadi pemegang amanah...amanah yg berat ....menjaga adik ipar berumur 40 th yg cacat akalnya dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.....segalanya mesti dibantu kecuali makan dan tidur....tetapi kadang2 tidur pun harus dibantu kalau kita terlupa beri ubat....amanah dan tanggungjwb baru ini terbeban atas bahu mama memandangkan mama menantu sulung, yg tinggal dekat dgn mentua....adik-beradik suami hanya berlima termasuk Yah yg cacat...kedua2 adik perempuan suami sudah berumahtangga, jadi syurga mereka adalah di bawah tapak kaki suami....mama faham dan tak dpt memaksa mereka utk menjaga kakak mereka ini..seorang lagi adik ipar lelaki tinggal agak jauh..[seremban]..biras mama sendiri tidak sihat kerana pelbagai penyakit yg bagi mama agak kronik kerana sering ke doktor dan masuk wad..

bapa mentua pula minta mama memikul amanah ini kerana tiada calon lain yg sesuai....masih kuingat lagi pada petang hujan lebat, hari khamis, hari kedua ibu mentua meninggal.....bapa mentua memanggil mama dlm tangisan..
"ani, kau duduklah rumah ini...abah tak tau apa nak buat..abah tak boleh lupakan mak engkau...abah mintak kau tolong jaga Yah....tinggallah sini, ini rumah kau..abah pun entah berapa lama lagi hidup atas dunia ini.." dan kata2 yg sama juga diucapkan pada hari2 berikutnya...

malam sebelumnya sebaik sahaja ibu mentua disahkan meninggal dunia, adik ipar menangis di bahu mama...
"kak ani, saya tak ada sesiapa....cuma kak ani seorg yg boleh tolong....mak dah tak ada, siapa nak jaga Yah, siapa nak tengok abah.....kak ani saja yg saya harapkan"

bermula dari hari itu dan hari2 seterusnya, mama berpindah ke rumah ini....memulakan tugas baru...mengubah rutin harian..segalanya sukar pada awalnya.....Yah yg kadang2 meragam.....kencingnya yg merata.....aduhai, berat sungguh dugaan ini....

Alhamdulillah....mama sudah terbiasa dgn rutin baru ....tidur agak lewat kerana kadang2 masa dihabiskan utk memujuk Yah ke tandas...bangun awal pagi, menyiapkan sarapan dan juadah tengah hari sebelum ke sekolah...kerana kini ada orang2 di rumah yg perlu makan tengah hari sedangkan mama hanya sampai ke rumah paling awal pun 2.15 ptg....

kadang2 mama rasa terbeban, tetapi kadang2 mama fikir..mungkin ini cara yag Allah beri kpd mama utk mencari lebih pahala..utk mendapat keredhaan-Nya....ibu mentua pun tidak sedarkan diri dipangkuan mama...kata2 terakhirnya di depan mama...mama yg memangkunya ke hospital...mama yg menyambutnya ketika dia hampir pengsan...bukan suami mama atau adik2 ipar mama....ibu mentua pilih mama!!

mama hanya mampu berdoa semoga mama terus kuat dan sihat.....mama berdoa agar mama sentiasa ikhlas menjaga Yah dan bapa mentua yg juga kurang sihat...semoga dimudahkan Allah......semoga prestasi kerja mama juga tidak terganggu.....kerana sejak akhir2 ini mama kurang konsentrasi di kelas, mama sering mengantuk di bilik guru.............................semoga ini hanya sementara...

Sunday, July 10, 2011

sukan, riadah dan sihat

hmm...dah lama rasanya tak update blog ni....mama sibuk dgn sukan sekolah......tiga hari berturut, dimulai dgn sukantara dan finalnya hari khamis lepas....mama sibuk kendalikan hadiah..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...




Sunday, July 3, 2011

Muhibah dan semangat satu Malaysia

Siang tadi suami mama bawa ibubapanya dan adik-adik ipar ke Seremban utk menghadiri majlis kahwin.  Mama tak dapat ikut kerana anak gadis mama ada program kecemerlangan di MRSM Jasin.  Dia balik jam tiga petang.  Oleh kerana tak mahu tergesa-gesa balik dari Seremban, mama terpaksa ambil tugas menjemput anak mama.  Biarlah suami pergi dengan keluarganya.  Oleh sebab mama tak ikut sekali, ibu mentua minta mama tinggal di rumahnya utk menjaga aik ipar mama yg kurang sihat.

Jam 2 petang, mama terdengar seseorang memanggil nama bapa mentua mama.  Mama keluar dan nampak seorang lelaki Cina dgn motorsikalnya.  Mama beritahu dia , bapa mentua tiada di rumah.  Lelaki Cina itu mengeluarkan beberapa biji durian dari bakul motornya.

"Ini buah bagi dekat Busu [nama panggilan mentua]."katanya.
Rupanya buah-buah durian itu dari kebun bapa mentua yg bersebelahan kebunnya.  Uncle Meng, nama lelaki itu apabila mama tanya namanya, secara sukarela menjaga kebun durian bapa mentua mama.  Katanya kasihan melihat bapa mentua yg sudah tidak berapa kuat berjalan.  Katanya lagi, buah-buah durian itu akan dicuri org kalau dia tidak tolong kutip.  Mama tersentuh mendengar kata2 Uncle Meng.  Mama suruh Uncle Meng ambil beberapa biji tetapi dia menolak kerana katanya dia tidak berapa gemar makan durian.

Dua jam kemudian, Uncle Meng datang lagi.  Kali ini lagi banyak buah durian yg dibawanya.  Terharu betul mama dgn sikap prihatin Uncle Meng ini.  Padahal agak jauh juga jarak kebun durian itu dari rumah mentua mama.

Kawan Uncle Meng yg bernama Uncle Hong pula ada ladang tembikai di sebelah kebun getah bapa mentua mama.  Pernah suatu hari, motosikal bapa mentua hilang ketika dia sedang leka menoreh.  Uncle Hong hantar bapa mentua mama balik dan tolong jaga getah mentua sekali.  Pernah juga Uncle Hong hantar mentua balik apabila secara tiba2 org tua itu pitam di kebunnya.

Kisah2 ini adalah kisah benar.  Mama cuma nak sampaikan betapa kita sebenarnya boleh hidup bersatu-padu walaupun berlainan bangsa dan agama.  Semangat satu Malaysia sudah lama ada dikalangan warga tus seperti Uncle Meng, Uncle Hong dan bapa mentua mama ini.  Keluarga mentua mama pun sudah biasa berjiran dgn kaum Cina dan sama2 bergotong-royong apabila ada kenduri-kendara atau perayaan.

Jadi mama sebenarnya hairan dgn sikap sesetengah org yg mengaku warganegara Malaysia tetapi berusaha utk memecah-belahkan perpaduan yg sudah sedia terjalin.  Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita ini aman damai tidak seperti banyak lagi negara lain yg sentiasa huru-hara.  Kita teringin sangat ke nak jadi macam negara mereka? Rusuhan sana-sini, pembunuhan berleluasa dan macam2 sengsara lagi.  Agaknya kalau negara kita ini huru-hara, mahukah negara lain menerima kita sebagai pelarian di negara mereka?

Mama juga ada kenalan yang datang dari Mesir.  Beliau berkahwin dgn org kampung mama.  Sekarang ini beliau hidup senang dan selesa walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kedai.  Beliau selalu meluahkan rasa syukur kerana berhijrah ke Malaysia. Kalau di negara sendiri belum tentu dia dapat kerja walaupun ada ijazah. Di halaman rumahnya ditanam pelbagai sayur.  Katanya tanah Malaysia ini seperti emas.  Campak benih apa pun boleh hidup.  Sebab itu beliau sanggup tak balik ke negaranya utk melayakkan dirinya memohon kewarganegaraan.  Kalau org luar pun boleh berbangga tinggal di Malaysia kenapa kita tidak? Fikir-fikirkanlah.