Total Pageviews

Saturday, August 6, 2011

lega........dalam kesesakan

alhamdulillah..........................semalam mama sudah lepaskan, sudah luahkan apa yg terbuku yg menyesakkan dada sejak dua hari lalu......dua hari memendam rasa, mama kuatkan hati berdepan dgn suami.............kalau sebelum ini mama tak suka menangis didepannya, semalam segalanya tidak terkawal, habis mama luahkan... macam drama sbb luahan itu berlaku dlm hujan lebat...kami berdua sahaja dan tiada org lain yg mendengarnya....mama sendiri tak sangka boleh melakukannya......mama ceritakan perasaan mama......yg mama bukan org gaji, kalau mama mati tiada org yg akan peduli...org mungkin hanya susah hati kerana tiada org yg akan jaga Yah..tiada org yg akan bangun pagi siapkan makanan dsb.................mama mintak dia cuba jadi mama utk sehari sahaja........suami diam dan janji akan jaga hati mama dan cuba yg terbaik utk bantu.....rupanya suami hargai mama, malah amat berterima kasih cuma biasala ego lelaki, tidak diluahkannya.....dan egonya juga masih ada apabila dia menyalahkan mama kerana tidak berterus-terang.........................dia tak tahu mama letih dn stress!! mama memang bukan isteri yg manja dn suka mengadu...so, moral of the story......lepas ni selalulah mama akan mengadu [hmm..kalaulah..]

kebiasaannya minggu pertama puasa, kami akan balik kg berbuka dgn mak mama..tapi nampaknya th ini mama tk akan berpeluang lg....silap2 hari raya pun tk dpt balik! Mak pulak kata tak apa, yg penting mama selalu telefon dia....malah mak banyak bg kata2 nasihat dan motivasi buat mama..terima kasih mak! yg buat mama terharu, mak kata mak akan dtg beraya...tak pyh la mama balik! ini yg buat mama lg pilu....bila mama ceritakan kpd suami, mama nampak air matanya juga bergenang ! Malam tadi, buat pertama kalinya, suami mama berterima kasih dgn pengorbanan mama.... 

petang smlm mama ada tuisyen seperti biasa..............mama pernah minta berhenti tapi kwn baik mama yg juga tuan punya pusat tuisyen tidak mahu melepaskn...........mulanya stress juga tapi bila difikirkan, bagus juga.  sekurang2nya mama akan rasa terhibur mlihat perkembangan murid dan gelagat mereka.........ya, mereka mampu menghiburkan hati mama....

petang smlm juga mama lega melihat suami mama membantu hingga mama pula yg rimas!  adik ipar mama juga ada balik.....dia selama ini begitu baik dan memahami mama..setiap kali balik, dia akan mengambil alih tugas menguruskan Yah.....kalau dia bertugas pagi, jam tiga petang dia akan sampai....selepas mengemas dan memasak, dia akan pulang ke rumah mentuanya...mama amat hargai keprihatinannya..............dia juga akan susah hati kalau mama tak makan.....setiap kali makan dia akan pastikan mama makan sama.........betul2 lega setiap kali melihat kelibatnya di rumah ini.........terima kasih Ani kerana memahami akak...

oh ya, setiap kali kami keluar bekerja, kami ada pembantu on call...Ana namanya....Ana kata dia sudah biasa menjaga aruah ibunya dahulu..selama 9 tahun ibunya sakit tidak boleh bergerak...atas sebab itu dia setuju bekerja sebagai pembantu on call kami..dia akan uruskan Yah apabila kami bekerja, tapi mama minta dia bekerja hingga Sabtu....Ana kami panggil pembantu on call kerana apabila Yah 'terkucil', abah akan telefon Ana dan dia akan dtg uruskan Yah.  Ana juga bertugas mencuci pakaian Yah...kini Ana dah atur masa, jadi tak perlu on call, dia akan datng setiap 3 jam....bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg...Alhamdulillah, Ana boleh jadi kawan mama.....dia memahami situasi mama kini...kadang2 rasa lega juga apabila bersembang dgnnya...

kami amat berterima kasih kerana Ana sudi jaga Yah....kerana sebelum ini sudah puas kami cari org.....semuanya menolak dgn berbagai alasan...yg pasti mereka keberatan utk menjaga Yah..........lainlah kalau Yah itu seorang bayi atau kanak2......kami faham kerana bukan senang menguruskan Yah...Yah tak mau pakai lampin pakai buang...dia akan buka lampin itu dan sepahkannya dilantai...jadi sekarang, kami pakaikan dia lampin pakai buang kanak2.....seperti pakai 'pad'...mungkin lampin pakai buang dewasa tak selesa...tapi faham sajalah kalau org dewasa pakai pampers baby, tentu akan bocor juga....jadi sebab itu Yah perlu diajak ke tandas setiap 3 jam....tapi oleh kerana dia istimewa, ada masa2nya yg dia meragam dan mengamuk............begitulah Yah, insan istimewa yg amat menduga kesabaran kita.......



4 comments:

notie said...

Alhamdulillah cik abe ko nak membantu. Sepatutnya dari awal lagi ko dah berbincang hati ke hati dengannya. Dan sepatutnya juga adik beradik dia juga kena membantu dan bagi sedikit masa terluang buat ko. Dan pada hari raya ni sepatutnya juga mereka memberi peluang tuk ko beraya dengan mengambil alih sedikit tanggungjawab tersebut. Ya lah takan le dek kerana akak mereka ko tak diberi peluang untuk menikmati kehidupan ko sendiri. Ko juga ada keluarga walaupun terpaksa dok situ sama-sama menjaga.

Apa pun memang menjaga orang istimewa memerlukan kekuatan bukan dari diri sendiri malahan perlu juga bantuan dari suami untuk turut sama membantu. Apa pun aku doakan mudahan ko diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan ini. Mudahan allah mempermudahkan. Aku doakan dari jauh je. Amin.

mama aini said...

terima kasih not..sekali lagi ko bg aku moral support...kdg2 aku rasa nak ambik cuti tapi tanpa pengetahuan org lain..aku buat mcm biasa, konon2 g keja tp melencong ke lain...shopping ke..tidur kat umah kwn ke...apa pndpt ko?

notie said...

Ala org bukannya leh tolong apa pun cuma boleh cakap je erk bukan leh tulis lagi pun apa gunanya kawan kalau tak support kawan kan.

Haah kan memang kalau aku di tempat ko pun aku rasa nak buat stail dalam novel... hehehehe pi larikan diri buat seketika bior org semua geger... hehehehe tapi bila kita sedar kita tak mampu pun nak buat seperti itu sebab ramai org yang memerlukan kita. Tak pe lah aini berangan pun boleh membuatkan kita berada di tempat lain pun, kadang dah melegakan perasaan walaupun kita hanya berangan saja. Apa pun berangan bukannya pakai duit kan. So berangan lah kita bersama-sama.

Aku berangan nak bersantai kat kepulauan maldives... hehehehe dok santai tepi pantai dengan hidangan istimewa disebelah, cocktail lah buah lah hehehe sambil layan angin ombak berpupusan dan layan novel.... hehehe syiok kan sambil tu layan mata kat mat2 yang hensem...kekekeke tang tu aku memang nakai... hahahahaha.
Kuatkan semangat ya...

mama aini said...

wah.....best betul angan2 ko..aku rasa nk join alam angan2 ko tu..kalaulah....