Total Pageviews

Friday, August 30, 2013

salam merdeka

Lyric Tanggal 31/31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

ALHAMDULILLAH......Selamat menyambut hari merdeka ke 56...semoga Negara kita akan terus aman damai dan maju di bawah pimpinan barisan cabinet yg ada ini, amin. 

  

Apa agaknya erti merdeka utk anak2 muda sekarang ye?  Nampak macam mereka ni tak de langsung semangat nak menyambut hari kemerdekaan ni.  Tak macam mama waktu kecik2 dan muda2 dulu.  Masa tu kitorang excited nak sambut hari merdeka, macam nak sambut raya juga.  Pgi2 lagi dah bangun terus bukak tv, nak tengok siaran langsung perarakan hari kebangsaan.

Sambil2 tu nyanyi lagu tanggal 31 dan saya anak Malaysia....siap pegang bendera lagi.  Merajuk, kecewa kalau tak dapat pegang bendera.. padahal bukan bendera mahal pun, tapi bendera yg ada gula2 manik kat batangnya.. baru 20 sen masa tu...

Masa sekolah menengah pun excited juga.  Aruah abang ngah terlibat dengan perarakan hari kebangsaan masa dia belajar kat Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai.  Kitorang adik-beradik tunggu kat depan tv, mana tau muka abang ngah keluar nanti...  Bila abang ngah balik kampong, pakaian yg dia guna waktu perarakan dibawa balik.  Wah, kami kagum betul.  Ada dua tiga pasang ..baju bendera pun ada.

Masa kat SMSAB dulu, ada satu tahun tu, kalau tak silap 1983 kot, waktu mama form 5.  Masa tu band sekolah terlibat dgn perarakan kat KL.  Walaupun mama tak de dlm band tu, mama tetap bangga dgn sekolah dan kawan2 yg terlibat.  Kitorang tengok tv ramai2 dgn cikgu Bedah, aruah kak Tina .   Bangga sungguh bila band sekolah masuk tv masa tu... Masniah, Chicken, Farizah dan Notie pun ada. Masniah main trumpet kot, Notie main drum kalau tak silap.  Norkh mama tak pasti pulak. Kalau silap maaf jelah, maklumlah dah lebih 20 tahun berlalu.  Yg mama ingat lagi, balik dr KL, muka masing2 berbelang kena sun-burn. 

Itu merdeka dulu2.  Rasa excited dan bangga amat tebal dlm hati.

Subuh tadi, di surau ada kejutan.  Ada tiga org remaja melepak kat tepi sunagi belakang surau.  Seorang perempuan 16 tahun, dua lagi lelaki 18 tahun.  Apa kerjala melepak kat situ.  Bila Jemaah surau 'cekup' dan tanya, rupanya sejak jam 2 pagi diorang kat situ.  Budak2 lelaki tu budak2 taman mama.  Yg perempuan tu dari Bkt Katil.  Pak Imam telefon ibubapa ketiga-tiga remaja tu mintak dtg amik anak2 masing2.  Diorang balik dari Bandar sempena sambutan ceria merdeka.  Agaknya dah lewat, pintu rumah dah berkunci tak tau mana nak tuju, ke tepi sungai perginya.  Yg pelik tu diorang bertiga, motor satu je...agaknya naik bertiga kot,  Asalnya budak lelaki tu berdua.  Berkenalan dgn budak perempuan tu, terus nak ikut balik.  Ish, ish, ish..budak2 sekarang.. nak cakap lebih2, mama pun ada anak...

*Moral of the story: Jadilah seorang manusia yang MERDEKA daripada nafsunya dan HAMBA kepada Tuhannya..

Saturday, August 17, 2013

Yg syahdu, sayu di hari raya dan mak

Lirik Lagu Airmata Syawal - Siti Nurhaliza

Sayu... hati ini makin sayu
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah




Abang cukup suka dengar lagu ni.  Sebabnya ada cerita sedih.  Ia berlaku menjelang Syawal 2011.  Ada seorang kawan baik abang, duduk bersebelahan meja di bilik guru.  Setiap hari bila ada waktu free, kawan abang ni akan buka laptopnya dan mainkan lagu2 raya.  Tapi dalam  byk2 lagu raya, lagu ni kawan abang mainkan berulang-ulang.  Abang kata sampai abang boleh hafal lirik dia sebab selalu sangat dengar, siap ulang2 lagi.  Kawan abang ni nampak macam excited sangat nak sambut raya tahun itu.  Semua persiapan raya utk anak2 dia dah beli awal2.  Lebih mengujakan sebab dia pun baru pindah ke rumah baru.  Rumah tu baru je siap menjelang puasa.  Katanya, nanti bolehlah kawan2 dtg ke rumah baru dia.
         Dua hari menjelang hari raya, bersamaan dgn hari terakhir sekolah sebelum cuti raya, dia terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Keretanya terbabas melanggar pokok.  Masa tu awal pagi. Malam tu hujan, jadi jalan pun licin. Dengar cerita hari tu dia terlambat.  Tak sempat pun nak bersalam dgn anak2 dan isteri macam selalu.  Isterinya yg mengajar dekat dgn rumah, bawa sekali anak2 ke sekolah dan rumah pengasuh. 
         Dia meninggal di tempat kejadian.  Sebaik mendengar berita kemalangan itu, pengetua sekolah dan beberapa org guru ke lokasi kejadian.  Sempatlah diorang tengok aruah dikeluarkan dari kereta yg hamper terputus dua.  Dekat sejam jugaklah bomba berusaha. Petang itu juga, jenazahnya dikebumikan dan memang ramai pun kawan2 yg berkunjung ke rumah barunya pd hari itu. Yng sadisnya, tanah perkuburan terletak diantara sekolah isteri dan rumahnya.  Macam mana agaknya perasaan isterinya bila nak ke sekolah ye...

*moral of the story: setiap dari kita akan merasai mati.  Hanya ALLAH yg tahu bila ajal kita.  Jadi, sentiasalah bersedia.

Jumaat: 16 Ogos, 1.00 pm
Baru  dpt call dr Idah.  Dia risaukan mak yg tak nak makan.  Jalan pun melayang.  Mak sekejap2 baring, sekejap tidur.  Bila bangun mengadu pening.  Mama pun risau juga.  Tak tau apa lagi yg patut kami buat.  Lepas makan, mak muntah pulak.  Betul2 selera mak dah tertutup.  Mama bimbang kalau2 mak terkena gastric pulak.  Yelah, ubat tahan sakit yg Udin beli kat farmasi tu tinggi dosnya.  Mak pulak makan ubat tu dlm keadaan perut yg tak berisi.  Mak cuma makan roti sekeping.  Mana cukup.  Nak cakap banyak, nanti kecik hati pulak.  Memang susah nak jaga org tua, sensitive... tersilap cakap, dia tersinggung.  Kalau tak kuat sabar, berdosa memanjang.  Kita tua esok, entah macam mana agaknya. 
Baru dua tiga hari kat rumah Idah, mak dah sebut2 nak balik.   Asyik sebut nama Udin.  Bunyi kereta kat depan rumah pun mak kata Udin datang.  Nak beno balik rumah sendiri.  Kami risau dgn keadaan mak yg macam tu, takkan nak tinggal sorang2 kat rumah bila semua org kena kerja, cucu2 mak ke sekolah.  Sapa nak temankan mak kat rumah nanti.  Mak memang susah nak tinggal lama kat rumah anak2.  Dia lebih selesa tinggal kat rumahnya sendiri.  Tapi, hati kami anak2 ni tak senang dan tenang kalau mak tinggal seorang diri.  Sebab tu bila suami Idah, Kamin setuju Idah jaga mak dan mak pun setuju ikut Idah, kami rasa lega sikit.  Idah kerja kat rumah, menjahit.  Memang banyak tempahan walau dah lepas raya, tapi tak pe lah sbb dia sentiasa ada di rumah.

Kalau mak masih nak balik, macam mana ye? Terfikir juga macam nak carikan orang temankan mak.  Macam Epi jaga Yah tu.  Agak2 ada ke orang macam Epi kat kampong? Tugas dia cuma tengok2kan mak je.  Agak2nya kan, boleh ke kalau kami buat macam tu? Tak senang hati mama bila fikirkan mak.
Jumaat: 10.15 mlm
Mama call Idah nak tahu perkembangan mak.  Idah kata mak tidur selepas maghrib sampai la ni tak bangun.  Belum makan lagi.  Risau mama....Idah janji nak call mama kalau ada prob.
Sabtu : 17 Ogos 7.00 pm
Mama call Idah.  Ajaq ada kat rumah dia.  Alhamdulillah mama dapat pujuk mak supaya tinggal lebih lama kat rumah Idah.  Insyaallah nanti mama hulur sikit kat Idah. Kesian dia jaga mak sorang2.  Mama nasihatkan dia supaya banyak2 sabar waktu jaga mak.  Insyaallah kalau ada kelapangan nanti mama akan jenguk mak kat sana.

moral of the story: jihad paling besar adalah menjaga ibu bapa kita.  utk itu kesabaran yg tinggi amat perlu.  Mama yakin, Idah mampu.



 

Friday, August 16, 2013

cer citer raya tahun ni....dan SAVY biru


dam dam dum.....dah masuk hari ke Sembilan syawal, esok sepuluh..suasana kemeriahan masih terasa, ternyata rakyat Malaysia , ibu2, bapak2, anak2 masih lagi riang memeriahkan hari2 Syawal. Malam2 pula, masih lagi kedengaran bunyi2 mercun dan budak2 pun ceria bermain bunga api.  Maklumlah, cuti sekolah pun panjang. Lagipun kita ni selalu sambut raya sebulan...  SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!! Jangan terlebih raya pulak ek.... kenala berpada-pada dlm beraya tu..

Hmmmm...lama juga mama tak melakar, mencoret, mencurah rasa di blog.  Bukan tak rindu, bukan tak de idea..banyak cerita nak di kongsikan Cuma masa dan keadaan yg kurang mengizinkan.  Hari2 sebelum Ramadhan dan sepanjang Ramadhan, mama sibuk sikit.  Kerja2 sekolah yg online pun menimbun.  Belum lagi nak menanda kertas ujian.  Yelah, peperiksaan UPSR dah dekat.  Hampir setiap minggu kami buat ujian.  Sebelum cuti raya pulak, sakan menyiapkan set2 soalan sebagai kerja rumah sepanjang cuti raya.  Kesian kat budak2 tapi kesian lagi kat cikgu2nya.  He...ni kira ok jugak..setengah sekolah tu buat kelas tambahan lagi  selepas lima Syawal.  Maknanya tak cuti le...

Alhamdulillah..sibuk2 pun sempat juga mama jenguk mak kat kampong.    Kesian dia.  Minggu pertama puasa mama ada balik, masa tu mak ok jer...siap ikut Ajaq gi shopping lagi.  Cuma dia mengadu sakit2 badan dan belakang.  Ajaq rajin urut mak.  Tup2 tiga hari lepas tu, Idah sms kata mak sakit.  Kak Ngah hantar mak ke klinik.  Berderau juga..apa sakit mak?  Lepas tu mama call Idah dan k. Ngah....rupanya mak kena kayap.  Kat pinggang.  Bila mama call mak, suara mak merintih sakit..tak sampai hati pulak.  Mulalah terbayang yg bukan2.  Yelah, mak dah berusia..dah 75 tahun.  Daya tahan dah kurang.  Ditambah lagi dgn penyakit darah tingginya.  Masa tu juga terasa melonjak2 hati nak balik tengok mak, nak jaga mak.  Yelah, kalau bukan kita anak2nya, siapa lagi?

Hujung minggu tu juga mama balik kampung lagi.  Serba salah dn berbelah bahagi juga sebab di sebelah sini, abah pun selalu pitam2.  Sama2 tak sihat dan uzur.  
Sebelum balik sempat juga mama buat research pasal kayap.  Kayap ni ada empat jenis.  Kayap ular, kayap tali pinggang, kayap selendang dan kayap tapak kucing.  Ia berkaitan dgn saraf, sebab tu ia amat bisa.  Mak mungkin kena kayap tali pinggang.
Mak kena makan ubat setiap tiga jam.  Jadi mak tak dapat puasa.  Lagipun dia tak tahan sakit.  Mama adik-beradik bergilir tengok mak setiap minggu.

        Hari raya macam biasalah.  Mama beraya di Melaka dulu.  Biasanya lepas zuhur baru balik ke kampong jumpa mak.  Hari tu, kami tinggalkan abah dgn Yah.  Kalau biasanya Ani balik ke rumah abah lepas solat raya, tahun ini Ani balik lambat.  Suaminya dah bising sebab katanya asyik diorang je yg selalu kat rumah abah petang raya.  Yelah, rumah org tua, biasanya tetamu, kaum keluarga dtg rumah jumpa abah petang raya. Kalau  boleh Ani nak Aie tunggu kat rumah abah sampai petang.  Tapi.............biasalah, lepas sembahyang raya je, isteri Aie sibuk telefon sana-sini........  Ani tak boleh nak marah kalau mama nak balik beraya, dia pun tak boleh marah kalau mama langsung tak nak duduk rumah abah....kan?

       Raya tahun ni pun tak berapa meriah. Pertama sebab mak tak sihat. Keduanya sebab dah ramai yg tak ada.  Dulu raya pertama kira wajiblah beraya ke Sg Abong ke rumah aruah Mk Ngah, aruah mak Long dan aruah Pak Usu.  Kemudian ke Sg Nibong pulak ke rumah Cik Yam dan Cik Mis.  Tahun ni Mak Ngah, Mak Long, Pk Usu dah tak ada.  Kalau ada anak2 diorang pun, masing2 entah beraya di mana2 rumah mentua masing2 kot. Cik Mis pulak dah ikut anak dia, tak duduk rumah dia lagi.  Kalu ada pun Cik Yam je sorang.   Jadi hari tu, kami duduk sajalah berehat di rumah mak sambil2 tengokkan mak.

         Esoknya, kami ke Pt Baru, rumah Cik Jar dn k.Ngah.  Lepas tu bertolak ke Sg Nibong..tapi Cik Yam tak de kat rumah.  

Si SAVY biru:
         Raya ketiga, abang Long dan keluarga bertolak balik ke Perak.  Abang ajak mama balik ke Melaka lepas zuhur.  Mama cadang nak singgah rumah Noty.  Masa mak dia meninggal kami tak sempat ziarah. Lagipun hari tu dia kata jari dia luka terkena parut kelapa. Abang setuju sebab tu kena balik lepas zuhur.  Malam nanti abang ada mesyuarat JKK dan mesyuarat agong UMNO merangkap jamuan raya.  Perghhh.......mesyuarat gitu...yelah, abang salah seorang JKK.  Mama call Noty, katanya dia kat Tanjung Mas ada gathering dgn alumni SABGS.  Alamak............  abang kata tak apa, nanti kita lalu rumah Noty belok jelah kalau kereta dia ada.

        Sampai rumah Noty, abang berhenti tepi jalan.  Confirm Noty tak de sebab SAVY birunya tak de.  Mama try call tapi tak berrangkat..Sah le dia tengah gebang dgn geng2 SABGS.   Singgah ke Sg Abong jap ke rumah anak aruah Mak Ngah........kak kintan pulak tak de, gi marhaban.................nak ke rumah pak cik, pak cik pun tak de rumah, beraya kat rumah mak Utih kat Air Itam Kluang.....Rumah aruah Pak Usu pun sunyi je.........Hmmmm..apalagi, teruskan perjalanan.  Anak2 mama kata tak syoknya raya, semua org tak de....!!!!!  Hah, tau2 jela budak2... kurang rumah, kurangle collection!

Sebut pasal collection, mama selalu ingatkan anak2 dan juga anak2 murid kat sekolah tujuan beraya.  Macam dah jadi kemestian pulak, bila raya mesti ada duit raya.  Tak leh macam tu.  Itu bukan budaya kita.  Masa mama kecik2 dulu, dapat beraya rumah cikgu atau saudara-mara memang seronok.  Tak de pun duit raya, tapi ikatan kasih dan silaturahim tu yg kita nak.  Ini tidak....kalau budak2 dtg beraya, selalu juga mama bebel..bukan bebel apa... dtg tak bg salam..tetiba masuk rumah.  Tak salam pun kat tuan rumah, terus duduk menghadap kuih.  Dah tu selagi tuan rumah tak hulur duit raya, selagi tu le dok tunggu.  As soon as tuan rumah bagi duit raya terus blah..........  ish, ish, ish...

  *moral of the story:  lain kali tak reti2 nak plan awal2..............  kan bole je beraya waktu pagi raya kedua atau ketiga tu sebelum balik......baru le dpt jumpa semua orang........[.hmmmm, macam berani sangat nak deal ngan abang.....silap2 kena tazkirah..hahaha...]

Thursday, August 15, 2013

Bye Ramadhan Welcome Syawal

Alhamdulillah, dah berlalu Ramadhan yg mulia dan berkat.  Mama harap semua orang dapat menjalani ibadah dengan jayanya.  Walau dah lepas, ingin juga nak citer pasal Ramadhan, sbb sepanjang Ramadhan mama ni entah apa yg sibuk @ busy sampai tak sempat nk update.. hmmm

     

Sabtu minggu pertama Ramadhan mama sekeluarga pulang ke kampong, nak berbuka bersama-sama mak.  Dalam perjalanan, kepala ligat berkira-kira menu apa nak disediakan petang nanti.  Hari pun masih awal pagi.  Sengaja balik pagi Sabtu kerana abang nak ke pasar Sabtu di Pekan Pt Sulong.  Biasanya mama akan tepon mak dulu bagi tau yg kitorang nak balik.  Tapi hari tu tepon mak rosak.  Nekadlah, bila udin kata mak tak kemana-mana.  Yng mama tau Ajaq pun ada balik.  Kami bertolak jam 9 pagi.  Kira2 jam 10.30, kami lalu rumah mak.  Nampak kereta vios putih Ajaq, maknanya sahlah mak ada.  Kami teruskan perjalanan ke pekan Pt Sulong tanpa singgah rumah mak dulu.  Nak surprise jelah nanti. 
       
Hari ini hari Sabtu, mesti meriah pekan Pt Sulong dgn pasar Sabtunya.  Lepas shopping lebih kurang, ke Pt Lapis Laman lak.  Tak sah kalau balik kg tak singgah kat sini.  Tempat 'one-stop centre' utk makanan ringan dan kuih2 serta kerepek2 beraneka jenis.

 *ni gambar dr google, lebih kurang camnile kedai kt pt lapis laman tu

Setiap kali Ramadan jugak mama pasti akan ke sini.  Dan setiap kali mama balik kg, kawan mama Maznah, akan berkirim.  Kali ini dia kirim lagi.  "Kau belikan aku kuih raya ngn kepek .  Bajet RM300."  Banyak tu....  biasanya kalau ke sini mama berdua je ngn abang.  Kali ini semua ikut sekali.  Bukan main seronok diorang.  So, mama dan anak2 mulakan misi.  Mama pilihkan kiriman Maznah, Ina jadi jurukira..siap ngn kalkulator...Ariff dan adik2 pilih apa yg diorang berkenan dgn bantuan abang.   Ramai gila..berhimpit jugak nak masuk.  Mama tunggu kat kaunter bayaran sebab nakkan bakul utk isi kuih ngn kepek. 

Cukup lebih kurang RM300, mama buat bayaran.  Mulanya Ina kira RM285.  Bila sampai kaunter, kakak  cashier merangkap isteri tauke kata RM232.  Wah, ada diskaun...!!!  Kemudian Ariff pulak dtg bawak bakul penuh dgn makanan kegemaran dia, Yasin, Habib dan ayah mereka.  Kira punya kira RM427.   Ha......kami lima beranak sama2 terkejut...banyaknya..!!!  Mama dah plan bajet beli kuih raya kat sini tak lebih RM200 je....Mana tak banyaknya...kalau masing2 dah pilih kuih2 favourite diorang... Ariff amik semperit, cakar ayam, tat nanas....Habib biskut coklat, kuih siput, dan dua jenis biskut lagi yg dia suka.  Yasin amik yg dia suka jugak.  Abang amik kepek ubi pedas ngn kek lapis Sarawak.....Kuih2 yg diorang pilih tu kebanyakan kuih yg mahal...RM20 sekotak.   Nak kurangkan tak sampai hati pulak.....bayar sajalah....

Sampai rumah mak dekat pukul 1.  Tengok2 rumah berkunci.  Alamak, mana mak pegi ni.  Ajaq pun tak ada.  Mama tepon Ajaq, katanya dia bawak mak ke Btu Pahat, nak shopping raya le tu... tak pasal2 hari tu ada adegan 'pecah rumah',  Oleh sebab tak de kunci, mama dan anak2 round keliling rumah, hah..adapun tingkap yg tak berkunci....apalagi, Ariff dokong Yasin... Yasin Berjaya masuk ikut tingkap..hahaha.....rugi sungguh sebab adegan tu tak sempat dirakamkan....lepas tu Yasin bukak le pintu dari dalam....

Moral of the story, lain kali tak reti2 ke nak call dulu sebelum balik kampong?
Cerita ni dah basi le....dah seminggu raya pun..hehe..  SELAMAT HARI RAYA ...