Total Pageviews

Monday, September 17, 2012

KAABAH, AKU DATANG


Alhamdulillah.  Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga tawaran menunaikan haji tahun ini.  Mama akan pergi menunaikan fardhu haji bersama-sama abang dan mak.  Saat menerima surat penerbangan, hati ini terusik...macam2 perasaan yang datang.  Tak dpt digambarkan dgn kata2.  Makan tak lalu, mandi tak basah [ ye ke?], lidah pun kelu terkedu.....risau pun ada juga..


 

Malam pun tidur dah tak berapa lena.....tapi elokjuga, dpt la buat solat2 sunat............tahajud, tasbih, taubat...

Barang kelengkapan. alhamdulillah, dah ada....tapi selagi tak kemaskan ke dalam beg, selagi itu rasa macam tak cukup  je barang...

Kawan-kawan dan GPK Koku nasihatkan mama ambil cuti rehat [CRK] minggu depan.  Jadi minggu ini saja yg mama akan ke sekolah. Lepas ni mama kena buat persiapan dan ulangkaji..maklumlah, bukan senang nak dapat peluang ke sana.  Bila dah dapat ni, kenalah buat ibadah dgn betul. Jangan sampai merugikan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Blog aka rumah mama ni mama akan tutup ye .  Cuti dua bulan.  Kira ini last entri.  Insyaallah, balik dari Mekah nanti, mama akan buka semula rumah ni dan kalau diizinkan Allah, Insyaallah mama akan ceritakan pengalaman2 menarik di sana.

Sebelum menutup pintu rumah, mama dgn rendah hati ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada sebarang tulisan yg tidak kena,  tidak menarik atau mendatangkan rasa kurang enak di hati  Nobody is perfect.  Izinkan mama berjuang dengan tenang dan aman.  Perjuangan mencari diri dan menyucikan hati.  Insyaallah.


 Sekian.  Assalamualaikum.