Total Pageviews

Tuesday, January 31, 2012

susahnya nak ikhlas

marah, marah dan marah lagi...tak habis2 nak marah....................bila marah macam tak ingat.........main sedap mulut je nak kata apa pun....tak fikir langsung perasaan org yg mendengar.......................... .betullah.............memang susah nak ikhlas................memang susah kalau kita nak berterusan berbuat kebaikan.... besar cabaran dan dugaannya lebih2 lagi kalau melibatkan org2 yg rapat dgn kita.... kalau tak betul2 kuat dan sabar dah lama dah.............................................................................!!!!!!!!  hmmm..sabarr wak, sabaarrrr....

 


Susahnya nak ikhlas….menonton rancangan Tanyalah Ustazah di tv9 tempohari yg mana ketika itu ustazah yg mengelolakan rancangan itu ialah Dr Robiah K.Hamzah, membuatkan mama terfikir sejenak tentang erti ikhlas yg sebenarnya…
Ikhlas dlm erti kata yg sebenarnya adalah seperti mana yg diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.  Baginda tidak pernah mengungkit dan menceritakan kpd org lain ttg kebaikannya dan tidak pernah menceritakan aib sesiapa pun..alangkah kerdilnya diri ini dibandingkan dgn baginda..    kalau kita bercerita ttg kebaikan yg kita buat bermakna kita tidak ikhlas, bila tidak ikhlas, segala kebaikan itu tiada ganjaran langsung disisi Allah…..apatah lagi jika menceritakan keaiban org lain…..walaupun mungkin tujuan kita hanya utk berkongsi rasa , berkongsi masalah, berkongsi rasa marah dsb…… insaf dan taubat mama sekejap.. dlm hati ini, tersimpan satu azam utk cuba buat yg terbaik dan jadi seikhlas mungkin…..INSYAALLAH…semoga Allah izinkan …
Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

Tingkat-tingkat Ikhlas:

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai  
    kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
    pula terlintas di hati sesuatu maksud lain.

Lawan pada ikhlas ialah RIAK.

    Ertinya: Memperlihatkan amal ibadah supaya mencapai keuntungan dunia, baik bersifat kemanfaatan atau menolak kemelaratan atau supaya dimuliakan dan di hormati

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.”
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:Membantu seseorang sambil berkata,”Ambillah, saya ikhlas…”Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengantandatangan, “Yang ikhlas” “Yang Benar. “Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yangmengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampurjenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure). Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
 
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu.  Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak ikhlas atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran didepan orang, forum, upacara memberi hadiah -lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.” Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dariAllah. 

“Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuanMu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiqMu, ya Allah agar segala lahir dan batin menujukeredhoaan Mu, ya Allah”

“Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.