Total Pageviews

Sunday, September 22, 2013

Tips kurus: jom cuba

Tak puas hati lagi selepas orang kata kita gemuk?  Ha, ni dia..mama copy dari blog Kevin Zahri 25 tips untuk kurus.  Sabar dulu................baca dulu artikel yg mama copy ni dan cuba faham, lepas tu amalkan...hehe..mama tak tau la mama mampu ke tidak nak ikut tips ni....apa2 pun, kita baca je la....


25 Tips untuk kurus [http://kevinzahri.com/blog

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.

Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan


Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman


Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan


Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Nak lagi tip-tip kurangkan berat badan? eed more help or tips? Saya sangat-sangat syorkan anda beli eBook saya berjudul Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu. Ia berikan panduan langkah demi langkah untuk menurunkan berat dengan cepat tanpa perlu berlapar. Senaman pun optional. Semua ikut gaya hidup kita di Malaysia.

 

 

Saturday, September 21, 2013

Alamak...................gemuklah!

Semalam mama ke satu majlis ilmu di surau.  Sampai je, mama beri salam dan bersalaman ngn makcik2 kat situ.  Sampai kat satu mak cik tu, directly dia kata, "makin gemuk kau ni...!" Lepas tu siap picit2 tangan mama lagi, nak sahkan mama ni memang gemuk.  Kemudian dia sambung lagi, " iye, bukan main berisi lagi badan kau..." sambung lagi picit kat bahu pulak. Lepas tu siap cakap kat mak cik sebelah pulak, "makin gemuk kan dak ani ni......" 


Aduhai, cukup2 la tu. Mama tak kecik hati pun, sebab memang mama terima kenyataan yg mama dah gemuk, tapi kalau dgn org lain tu, mak cik ni kenala jaga perasaan org.  Tak semua org yg boleh terima kenyataan yg dirinya dah gemuk.  Mama percaya, ramai insan2 'sihat' yg rasa tertekan dgn diri masing2. Tapi, apa2 pun, kita kena ingat..jangan sampai mengutuk diri sendiri, berdosa.  Apa yg lebih baik adalah dgn merasa bangga dgn tubuh badan kita itu.  Sentiasa bersyukur dgn kurniaan Allah.  Tak apa badan gemuk asalkan sihat.  Badan ramping pun belum tentu sihat sampai ke tua.  Mama ada beberapa org kawan yg badan cantik macam model tapi ada macam2 penyakit.  Kak Wan ada tiga serangkai, jantung, darah tinggi dan kencing manis.  Hari2 telan ubat lima enam biji.  Kak Shamsiah pun sama.  Begitu juga dgn Emma, sicantik yg awet muda tu. Umur dah masuk 40 pun masih mcm remaja lg sebab dia slim walau dah beranak tiga.  Tapi ramai tak tau dia ada macam2 masalah kesihatan.  Dah berapa kali keluar masuk hospital.  Gemuk2 mama pun, Alhamdulillah, setakat ni cuma ada darah tinggi je tapi Alhamdulillah belum pernah sekali pun masuk hospital kecuali untuk bersalin.

     

Gemuk2 setengah orang pun bukan sebab makan.  Kebanyakan orang sering menuduh orang yg gemuk tu sebab kuat makan.  Mama pun ada beberapa contoh dua tiga kawan yang berusaha bertahun2 untuk kembali slim.  Mai, dah lapan bulan tak makan nasi tapi masih berisi jugak.  Ana, macam2 ubat kurus dia dah cuba. Tak satu pun yg berkesan.  Tiga kali seminggu buat aerobic...sama je bentuk badan.  Lina dan adiknya Enab pun sama.  Bukan makan sangat pun, cuma mungkin oleh sebab diorang tu kerja buat kuih hari2...jadi hari2 jugaklah makan kuih yg diorang buat.  Nasi tak makan sangat pun.

  
hah, si Garfield ni bagus..sangat positif....dia kata dia tak gemuk, cuma badan dia je berat! 

Aaaaaahhhhh.........rasa nak bantai je penimbang setiap kali menimbang berat badan, kan, kan, kan.


Jangan sampai mogok lapar pulak sebab takut gemuk.  Sedangkan pakar2 kesihatan pun kata kita kena makan macam biasa cuma kurangkan dari jumlah biasa.


   Balik dari surau mama teruslah online, terjumpa pulak web ni....wah, macam2 petua ada..siapa yg tak kenal Kevin Zahri ....nak tau lebih lanjut bolehla pergi ke http://kevinzahri.com/blog/health-fitness   . 

Di bawah ni apa yg mama copy dari blog Kevin tentang 10 makanan paling menggemukkan. Jom baca.


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
 *setiap Rabu, kantin sekolah mama sediakan nasi lemak..sedap lak tu....cam ne nak elak ye..

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
* Alhamdulillah, mama dah kurang suka makan roti canai..

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

*nasi goring kampong cili padi...sedap tu

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Alamak, macam mana ni...banyak yg mama suka makan dan yg dah selalu termakan......

*moral of the story: lepas ni kenala selalu2 bukak web Kevin, cari petua sihat...

Wednesday, September 18, 2013

Ya Hanana -Bertuahnya kita




ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2emixn9T8

 

 

Friday, September 13, 2013

Law Kana Bainana (Lirik Arab+Melayu)



Lirik lagu dan iramanya yg syahdu amat menyentuh jiwa...dan menjadi pengubat jiwa saat berduka...

Tuesday, September 10, 2013

Buat baik : cerita seterusnya........................

Sambung lagi cerita buat baik ni.  Mama banyak pengalaman dan cerita pasal bab buat baik ni, tapi tak payahla cerita semuanya...sebab kalau cerita semua, takut2 mama terperasan mama ni baik sgt..bila dah perasan baik, takut2 riak pulak.  Riak itu salah satu sifat mazmumah, yg mesti kita hindari.  Setiap hari mama tak lupa berdoa kepada-nya, agar mama mampu mengeluarkan sifat2 mazmumah dlm diri seterusnya menjadi insan yg bersyukur dan tawaduk.  Insyaallah.

Pada tahun 1996, mama bertukar ke Muar.  Ada seorang kawan tu sama masuk dgn mama ke situ.  Masa tu mama baru berani memandu ke tempat kerja.  Kebetulan kawan yg seorang ni baru balik dr UK, selepas bercuti setahun kerana mengikut suaminya yg melanjutkan pelajaran di sana.  Oleh sebab baru balik ke Malaysia, dia belum ada kenderaan lagi.  Menurut ceritanya suaminya ada beli sebuah kereta di UK.  Biasalah, kalau kereta beli diluar negeri, mesti guna kargo, paling cepat pun dua bulan baru sampai.  Suaminya bermotosikal kapcai pergi kerja.  Oleh sebab kesian kat dia, kebetulan kami dari satu arah, dan satu sesi, mama offer dia tumpang mama ke sekolah.  Mulanya dia segan, dia jalan kaki je...selalunya mama akan bertembung, Nampak dia jalan jadi mama berhenti dan bawak dia sekali.  Begitulah hari2 pergi dan balik.
 
Tak lama lepas tu, keretanya sampai dari UK.  Wah kereta mewah tu..Mercedes benz. Sejak itu, dia pandu keretanya sendiri manakala suaminya masih bermotor.  Setahun berlalu.  Tahun berikutnya, dia ke sesi pagi, mama masih lagi sesi ptg.  Anak sulongnya tahun satu di sesi ptg.  Satu minggu tu, mama bertugas.  Di sekolah tu, kalau kita bertugas, kenalah tunggu sampai semua murid selamat balik terutamanya kami di sesi ptg ni.  Banyak kali jugalah, kami kena hantar murid balik ke rumah bila parents tak dtg ambik.  Kalau tak hantar alamt sampai ke senja kami kena tunggu. 
 
Suatu petang tu, anak sulong kawan tu tak balik lagi..  Jam dah pukul 6.40 ptg.  Dah hamper maghrib.  Biasanya suami dia dtg dgn motor.  Atas dasar nak tolong dan nak balik segera, mama tumpangkan anak dia nak hantar balik ke rumah. Sampai kat rumah dia, suami dia baru nak keluar. Tengok2 muka suami dia mencuka.  Sudah. Marah ke kita tolong hantar anak dia?  Esoknya, lusa, tulat, si kawan ni buat2 tak Nampak je bila bertembung dgn mama. Dua tiga minggu kemudian baru dia bercakap.  Katanya, suami dia marah bila mama bwk anak dia balik.  Hari itu, suaminya terlambat sbb terleka menghadap computer.  Dia pun sama kot, kalau tidak, takkan dia tak peringatkan suami dia suruh ambik anak.  Anak tu balik kol 6 ptg. Masa mama hantar tu, dah dekat kol 7.  Mama terkedu dan rasa bersalah.  Sejak hari itu, seboleh mungkin mama cuba elak dr tolong dia atau anak dia lagi. Yelah, org ada Mercedes, mana nak naik proton saga lg....kan, kan, kan...

Satu kisah lagi baru lagi berlaku.  Mama ada kwn yg boleh dikatakan rapat juga di sini.  Ke mana mama pergi, disitu juga dia ada.  Semua benda kami buat sama2.  Baju pun bnyk yg sama.  Kwn2 lain gelar kami kembar siam tak seiras.

Raya lepas, kwn2 buat segmen 'terjah raya sampai pengsan' dr rumah ke rumah.  Kat notice board terpampang nama2  dan giliran rumah2 yg akan diterjah.  Rumah mama mlm Jumaat, rumah dia esok mlmnya.  Dia tak dtg pun ke rumah mama.  Alasannya ada tamu...tak pela, dimaafkan. sedangkan org2 lain semua Tanya mana dia tak dtg ke? Masa rumah dia, mama dan abang dtg walaupun terlewat sikit sbb abg gi kenduri dulu. Dua hari lepas tu, adik2 abg buat kenduri kat rumah abah.  Jadi mama dan abang jemput sekali kwn2 yg tak sempat dtg hr tu.  Mama jemput sekali kawan tu.  Dua tiga kali mama pesan suruh dia dtg. Malam tu mama sms lg ingatkn dia.  Tak dtg juga...alasannya penat.  Mama dah terasa hati dah.  Lagi mama terasa bila dpt tau rumah2 org lain semuanya dia attend walau jauh dan tak kira waktu.  Kenapa rumah mama dia tak boleh dtg...

Bila dah terkucil, mulala teringat satu peristiwa lgi.  Masa tu dia kabarnya kena turun kelas B.  Wah, dia punya marah, dia ajak mama sekali turun kelas.  Tapi bila mama lak yg kena turun kelas, dia snyap, tak de pun kata nak sama turun kelas.  Macam ada agenda dan kepentingan sendiri.  Selama ni byk benda yg mama selalu buat utk dia.  Kdg2 terasa juga mcm dipergunakan.  Tak payahla sebut benda2 tu, tp byklah. 

Mungkin bg org lain, kes dia tk dtg ke rumah tu tak besar mana..tak perlu nak kecil hati.  Tapi bg mama ia sedikit menyakitkan.  Selepas byk benda kita tolong, konon kawan baik, tapi rumah kita dia tak sudi nak jengah.  Kalah YB pulak sbb jemput berkali2.   Skrg ni mama tgh berusaha nak 'lepaskan' diri dr jd kembar siam dia...betulla kata org buat baik berpada2, kalau baik sgt kat org, dia buat silap sikit je kita dah terlalu kecewa....

Teringat kata2 abg suatu ketika dulu.  Abg pernah juga kecil hati dgn kwn2 sbb kami selalu beraya rumah diorg, tp diorg nk jejak kaki kerumah kami pyh bonar.  Abg kata, org kalau dah duduk rumah sebuah [banglo] mana nak dtg rumah teres......rasa semacam le nak ke rumah kwn2 yg dok rumah taman ni. 

Moral of the story:  Kalau org dah jemput kenduri, usahakan utk attend...terutamanya kalau ckp berkali2, maknanya mmg dia hrp kita dtg.  Mama lak, tak yah le nk terasa hati sgt,  apalah ada kt rumah mama pun.  Sedo2 le diri sikit....  Kalau mama ni mak datin ke YB ke, hari2 org dtg kot...maklumlah org ada 'benda', ada jawatan.....hmmmmmm

Anak mama lak kata, peribahasa  tu salah.. sepatutnya BUAT JAHAT BERPADA2, BUAT BAIK JGN SEKALI....pulak dah... sesekali fikir betul jugakan...kalau nak buat jahat tu kena ingat2, buat baik pulak jgn sampai memakan diri...

Saturday, September 7, 2013

Sampaikan salam rinduku....

450 jemaah haji pertama berlepas ke Arab Saudi

PETALING JAYA 6 Sept. - Seramai 450 jemaah kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang awal pagi esok.
Pengarah Operasi Tabung Haji Kelana Jaya, Md. Ridza Md. Zain berkata, kesemua jemaah itu akan menaiki penerbangan SV5501 Saudi Airlines pada pukul 1.30 pagi dan dijadual mendarat di Madinah pada pukul 11 pagi waktu Malaysia.
"Seramai 27 petugas Tabung Haji juga akan bersama-sama dengan kumpulan jemaah pertama yang terdiri daripada 216 lelaki dan 234 perempuan," katanya ditemui di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini malam ini.
Kesemua jemaah terlibat akan diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi Kumpulan Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ismee Ismail tengah malam ini.
Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 22,320 jemaah haji Malaysia yang akan mengerjakan ibadat tersebut tahun ini mengikut kuota yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi.
Sementara itu, seorang suri rumah, Rosminah Abdul Kadir, 68, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana terpilih menjadi tetamu Allah SWT.
Katanya, dia dan suami Amran Bahri, 74, tidak sabar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan berharap mendapat haji mabrur.
"Saya dan suami telah mendaftar haji pada 2008 dan bersyukur terpilih untuk menunaikannya tahun ini," katanya.
Bagi Zainuddin Ismail, 40, pemergiannya ke tanah suci seorang diri memberi seribu satu perasaan yang sukar digambarkan.
"Saya mendaftar haji sejak umur 18 tahun. Alhamdulillah tahun ini terpilih untuk menjadi tetamu Allah," katanya yang berasal dari Kelantan.
Seorang lagi jemaah, Zainal Abidin Wagiman, 67, dari Teluk Panglima Garang, Klang bersyukur kerana hasrat untuk menunaikan haji bersama isteri Marpunga Omar, 63, akhirnya tercapai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_27/450-jemaah-haji-pertama-berlepas-ke-Arab-Saudi#ixzz2eCaCko65
© Utusan Melayu (M) Bhd

ALHAMDULILLAH........musim haji telah bermula.  Mama doakan agar para Jemaah haji kita selamat pergi dan selamat kembali.  Diam tak diam, dah setahun berlalu.  Masih teringat lagi kemanisan dan keseronokan saat menjejakkan kaki ke bumi suci ALLAH........... terbayang-bayang lagi saat2 manis sewaktu melambai kaabah....aduhai, kalaulah ....kalaulah ada peluang, ada rezeki, mahu saja mama ke sana sekerap yg mungkin.

Kebetulan semalam mama menonton program Al-Hidayah di tv3, tetamu undangan ialah Prof. Kamil yg menetap di Madinah selama 2 tahun.  Kata2 prof amat menusuk jiwa...........katanya setiap tahun tak kurang dari 100,000 umat Islam dari Malaysia menunaikan umrah dan juga haji.  Ada yg pergi umrah pun berkali-kali...Beliau suka bertanya Jemaah, sebutkan 5 perkara yg akan dibuat selepas balik dari Mekah.  Kebanyakannya tak pasti apa yg akan mereka lakukan.  Tentulah teruskan hidup macam biasa, tapi apa 5 perkara yg akan dibuat yg istiqamah dan tidak akan ditinggalkan.  Kalau prof Tanya kat mama, Insyaallah mama cuba jawab, tapi tak tau la jawapan itu menepati kehendak prof atau pun tidak.

Beliau balik bercuti selama dua bulan.  Sepanjang pemerhatiannya ketika singgah di mana2 masjid, Jemaah yg dtg utk solat berjemaah paling banyak pun satu saf sahaja.  Beliau tertanya2, mana perginya 100,000 Jemaah umrah tadi?  Kalau setahun 100,000 org, lima tahun mesti banyakkan, sepatutnya penuh masjid2 di Malaysia.  Tang ni mama tak nak komen apa2.  Fikir sendiri jela.

Mama cuma nak menumpang rasa gembira, terharu dan seronok menerima jemputan menjadi tetamu ALLAH.  Kepada para Jemaah 2013, gunakan sepenuh masa dan peluang utk beribadah sepuas-puasnya di sana.  Jangan fikir tentang perkara lain dan banyakkan bersabar.  Disana cabarannya amat besar, banyak ujian yg kdg2 menguji kesabaran.  Apa yg penting yakin dan percaya ALLAH sedang menguji kita, jadi banyakkan zikir dan istigfar.  Kepada kawan2 mama yg berpeluang tahun ini, selamat jalan mama ucapkan, semoga dipermudahklan dan mendapat haji yg mabrur.  Tolong sampaikan salam rindu mama ketika anda ke masjid Nabawi ziarah makam Rasulullah dan setiap kali memandang kaabah.. seru2lah nama mama ye.....rinduuuuuu amat.


Thursday, September 5, 2013

Buat baik - cerita 2 dan 3

Masih cerita kat maktab perguruan juga.  Waktu di semester 1, mama sebilik dgn Faridah bdk Kelate.  Bilik tu sebelah je dgn surau asrama Lembah Pantai.  Hampir setiap kali waktu sembahyg, bilik kami pasti kena 'terjah' oleh kakak2 senior yg Nampak baik2 dan alim2 belaka.  Diorang bagi tazkirah, bg mcm2 nasihat.  Mama 'enggih' je sbb maklumlah bdk baru dtg KL kan...perlu juga bimbingan dan sokongan.  Entah mcm mana, mama boleh pulak terjoin group ni..... mulanya mcm bagus, ada usrah ada kuliah subuh dan magrib.  Selalu juga lah mama ikut diorang keluar malam2 ke Sg Pencala, mengikuti usrah2 dr pemimpin mereka.  Masa tu mama tak tau sgt psl pertubuhan al-****m ni.  Sebab Nampak mcm bagus sgt.  Diorang ada perniagaan sendiri.  Ada syarikat printing, makanan dsb. Masa tu lom ada sgt usahawan Melayu dlm perniagaan makanan halal.  Yg mama pelik tu nape mama je ek yg terikut, kwn mama si faridah tu kuat betul, tak terpengaruh langsung.  Oh ya ada sorg lg 'mangsa' iaitu Ita kwn bilik sebelah. 

Lama2 mama tengok kumpulan ni makin pelik...sikit2 berubah dr segi penampilan.  Yg lelaki pakai serban, yg perempuan pakai purdah walhal pihak maktab dah byk kali bg warning psl penampilan.  Bila Ita pun dah mula berpurdah, mama dah serba-salah.  Mulalah cari alasan nak elak dr terikut diorang lagi.  Sebab kerap keluar ke Sg Pencala, ada satu paper yg mama fail dan terpaksa buat periksa ulangan.  Ita pulak makin berubah, bila mama tak ikut berubah macam dia, dia kata mama dah lain.  Sebenarnya siapa yg dah lain ek?

Aruah abang ngah dpt tau psl ni, so abang ngah marah mama.  Dia kata pertubuhan tu bahaya.  Jgn ikut sgt.  Masa tu tak Nampak apa bahayanya.  Skrg dah jelaslah.  Dulu masa mama ada ikut diorang, mmg diakui diorang tu baik sgt.  Sentiasa ambil berat dan sentiasa ingat-mengingat tentang program kumpulan.  Tapi bila mama cuba2 keluar, diorang pun tuduh mama dah sesat.  Sedih juga masa tu.  Tapi, Alhamdulillah..sebab mama cepat keluar.  Yang mama tau, kebanyakan kakak dan kawan kumpulan tu, masih lg kuat dgn pegangan diorang walaupun kerajaan dh haramkan. 

Cerita 3:
Waktu mama di semester 5 adasorang mamat tu...suka berkias dgn mama.  Dia kata dia suka kat sorang awek, so dia tanyalah pendapat mama apa nk buat.  Mcm mana nak tackle awek tu.  Mama pun bgla mcm2 idea..kebanyakan ikut dlm novel2 kisah cinta yg mama baca lah.  Mama desak dia nak tau siapa awek tu...dia pun kata sipoaln bt sipolan.  Oh, itu senang....mama kata mama baik dgn sipolan tu.  Simamat ni suruh mama sampaikan salam.  Apalagi, tak yah tunggu lama, mama terus jumpa sipolan citer pasal simamat.  Sipolan terkejut..dia kata takut dan tak nak sbb dia dah ada calon kt kg.... la, melepaslah simamat.  Mama pun konon nak buat baik kan, bgtau la kat simamat td.  Esoknya, terkejut beruk mama [ sekali lagi sebut; beruk mama..hehe] bila simamat tiba2 nak jumpa mama kat lobi asrama katanya ada hal penting.  Antara hidup dan mati....wah parah ni....yg mama ni pun bendul sgt, turun jumpa dia.  Tup2 simamat bg mama sejambak bunga.....mcm idea yg mama bg kat dia utk tackle awek tu...!!! Tiga kuntum ros merah tu......!!!

Lepas tu, sekali lagi beruk mama terkejut...sebab simamat kata sebenarnya awek yg dia suka tu bukan sipolan pun..tapi mama la orgnya.....!!! Aduyai.....yg tak sedapnya simamat ni mcm nak paksa mama terima dia, Dia kata, mama nak ke tak nak, dia tetap nak mama jd aweks dia....siap ugut lg, nak hntr keluarganya dtg meminang cuti semester nanti.....tung sebulan lepas tu kawin....mak ai... hari2 dok kejar mama, paksa mama ikut cakap dia.....

Apa ni bro.., mama kalau org paksa2 gitu, rasa tak sedaplah..belum apa2 dah paksa kita..ish.  Balik kg, mama ngadu kat mak..rupanya idea mak brilliant juga...mak gi pekan Pt Sulong beli cincin belah rotan....jeng2.... bermulalah penyamaran dan babak penipuan, kononnya mama balik kg bertunang.....
  

Mama bukan apa, simamat ni muda setahun dr mama..dah tu kdg2 Nampak sgt perangainya yg mcm bdk2.... kerja pun lom, baru nak praktikal.....mama bukan nak memilih sgt, tapi masa tu adala berkwn dgn seseorg yg sorang pun tak tau kecuali Ina, teman sebilik mama.  Sejak peristiwa tu, mama takut nak baik sgt dgn bdk2 lelaki...mama pun kekok sebenarnya dgn diorang sbb mama dulu sekolah perempuan... simamat ni mama boleh ngam [pd mulanya] sbb dia tu bdk lagi....hehe....lgpun dia org jauh, Perak nun....mama dok bayangkan keluarga mama yg susah masa tu..aruah bapak sakit....adik2 sekolah lg..sebagai anak ketiga yg dah nak bekerja, rasanya mama kena utamakan keluarga dulu.  Semester 5 dan terakhir, mama dpt tau simamat ni mintak posting ke Sabah...bawak hati kononnya....sempat juga dia ucap tahniah sbb mama dah 'bertunang'.....

*Moral of the story:  bercinta, bertunang, bernikah, bukan perkara main2...tak boleh main terjah je...setiap org kena tahu sama ada diri tu dah bersedia ke belum utk memikul tggjwb...

Wednesday, September 4, 2013

Buat baik - cerita 1


Buat baik berpada-pada.  Kenapa ye org tua2 dulu, org2 bijak pandai dulu2 pesan macam tu..bukankah sewajarnya buat baik itu berterusan dan selalu diamalkan.  Kenapa agaknya kena berpada-pada? Beringat-ingat untuk apa ye?
 

Ada kebenarannya juga kalau kita terlalu baik ni.  Kita mudah di perkotak-katikkan, kita mudah dipermainkan, mudah kena buli, mudah disakiti.  Betul ke?  Contoh paling mudah kalau seorang gadis ‘baik’ benar dgn kekasihnya. 
 
Semua yg sang kekasih minta, ditunaikan.  Sanggup tinggal emak tinggal saudara kerana kekasih.  Akhirnya banyak yg merana.  Ada yg ditinggalkan selepas madu dihisap, ibarat kelapa ditebuk tupai, habis semua isi yg tinggal hanya hampas dan tempurungnya. 
Lebih malang lagi kalau kena tinggal setelah perut ‘berisi’.  Si gadis tiada tempat mengadu.  Si teruna hilang entah ke mana, tak dapat dikesan.  Ibubapa, saudara-mara semua dah buang dia.  Akibatnya jadilah apa yg selalu terjadi.  Bayi dibuang merata-rata.  Si gadis akhirnya meringkuk di penjara sedang si jantan terus lepas dan selamat.  Kalau keluarga yg masih sayang dan perihatin, mungkin segera si gadis dihantar ke rumah perlindungan atau Sekolah Harapan yg dah wujud di Jasin.  Sekurang-kurangnya, si gadis dpt belajar dan memperbaiki diri.

Sewaktu di maktab perguruan dulu, ada seorang kawan nama panggilannya Wai.  Dia ni lemah lembut cantik orangnya.  Dia berkawan baik dgn mama.  Rapat jugalah.  Dimana ada mama di situ ada Wai.

Masuk semester tiga, ada seorang kawan sekelas namanya Man.  Man selalu usik Wai.  Mula2 Wai lemas juga.  Mama ni jadi mcm posmen dia.  Hari2 Man kirim salam padahal sekelas.  Di kelas, pantang Wai hilang sekejap dari mata, pasti Man akan buat edisi siasat, soal mama mana Wai pergi.  Hish, takkan ke tandas pun tak leh kot.

Oleh sebab hari2 kena usik, kena sakat, hati Wai cair juga.  Diterimanya salam cinta si Man.  Bermulalah babak2 yg melemaskan hidup mama.  Mana tidaknya, setiap kali nak dating, nak keluar ke mana-mana dgn Man, pasti mama jadi tiang lampunya.  Yelah, ibarat sepasang kekasih bermesra di bawah tiang lampu....tiang lampu tu mama lah. 
Si Wai akan berusaha bersungguh-sungguh mintak mama temankan dia setiap kali nak keluar dgn Man.  Mama malu juga jadi ‘mak sibuk’ ni.  Selalunya mama tak nak temankan dia.  Tapi Wai akan merayu, menangis mintak belas ihsan mama.  Dia akan buka loker mama, keluarkan baju, gosokkan utk mama pakai.  Dia pegang, tarik2 tangan mama ni mintak tolong.  Bila tengok kawan menangis merayu, mama tak sampai hati.  Temankan juga.  Merata la tempat kami redah kat KL tu.  Naik BMW [bas mini wilayah], pergi dari satu taman ke satu taman.  Kalau duduk di bangku, mama akan duduk sebelah Wai.  Masa tu dia lupalah sekejap yg mama ada sebelah.  Diorang bercerita, bermadah seloka sampai tebal juga bulu telinga mama... nak muntah pun ada dgr diorang bercintan-cintun.

Nak jadi cerita pada semester ke empat, Wai tiba2 berubah.  Jadi pendiam yg amat.  Dia Cuma bercakap dgn Man saja.  Kemana pun dah berdua saja.  Rupanya diorang dah bernikah senyap2.  Sikit pun tak beritahu ‘tiang lampu’ yg sebatang ni.....itupun mama tahu dari mentor [pensyarah] kami yg ingin berjumpa mama sebab masa tu Wai dan Man tak dtg kelas.  Kebetulan juga kawan2 sekelas pernah ternampak Wai dan Man balik sama dan ke rumah yg sama.  Oleh sebab kami kononnya tak ingin diorang buat maksiat, kami rujuk pd mentor kami.  Dari situlah rahsia mereka terbongkar. 
Kesian betul mamakan...mentor kami mintak kami semua rahsiakan sebab peraturan maktab waktu itu tidak membenarkan pelatih2 berkahwin.  Esoknya Man datang kelas tanpa Wai.  Wai tak sihat ‘terkena buatan orang’.   Dua semester itu berlalu tanpa komunikasi antara kami dgn Wai atau Man.  Waktu graduasi, kami kawan2 sekelas bangga juga terima sijil perguruan , ada yg cemerlang ada yg kepujian.  Dihari graduasi itu, Man dan Wai tak dtg.  Dalam kelas kami hanya Man dan Wai yg lulus biasa.  Lepas tu kami terus ‘lost contact’.  

Moral of the story: Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.  Sudah dapat bernikah, ‘tiang lampu’ pun tak pakai lagi.  Terus dilupakan sampai ke hari ini.  Ingat ‘sitiang lampu’ nan sebatang ni tak de perasaan ke..?

Sunday, September 1, 2013

Rumah terbuka ke buka rumah? Dan cerita makan.

Musim raya dah hampir ke penghujungnya, tapi memang dah kebiasaan rakyat Malaysia yang serba mewah ini, sambutan hari raya akan kekal meriah selagi belum muncul bulan Zulkaedah.  Sepanjang Syawal, hampir setiap hari kita menerima undangan majlis rumah terbuka..kadang2 sampai tak muat dah perut, tak tau nak isi kat mana lagi.

   Satu perkara yang mama puas perhatikan sejak dulu, kadang2 tuan rumah macam buka rumah...maksudnya, semua nak tunjuk kat orang.  Dapur dia, bilik air sampaikan bilik tidur pun nak tunjuk!  Tak manisla macam tu..ni bukan buka rumah ok, ini rumah terbuka.  Kadang2 tetamu pun satu hal jugak...eh, tuan rumah siapkan hidangan kat porch / ruang tamu tapi tetamu lak yg sibuk nak ronda keliling rumah...habis semua bilik dia nak redah, nak terjah...dah tu mulalah komen ini tak betul, itu tak kena...amboi2...terlebih sudah...

            Satu hal lagi ialah pasal menu yg dihidang.  Maaf cakaplah, kadang2 tuan rumah macam berlawan-lawan nak tunjuk skil masak masing2.  Tapi tak semualah..ada juga yg tunjuk skil nak menempah caterer  je...hihi.  Cakap pasal menu ni, berpada-padalah.  Mama tak kata untuk tuan rumah, ok.  Tuan rumah berhak nak tentukan menu rumah terbukanya pada hari itu.  Tetamu2 ni yg kena berpada-pada.  Kalau ada sepuluh jenis hidangan, kesemua sepuluh hidangan nak dirasa.  Ambik hidangan pulak penuh pinggan, lepas rasa sikit dua tiga suap, tak habis..kan ke membazir namanya.  Tak pasal2 ada tetamu lain tak merasa.  Ada juga yg ‘melantak’ betul2.  Balik rumah, menyandar bawah kipas.  Kepanasan dan kekenyangan!  Ish, macam ular sawa le...

            Teringat mama pada satu cerita pasal terlebih makan ni.  Adalah sorang kakak tu suka sangat makan sadin.  Pendek kata makan sadin hari2 pun tak apa.  Apa saja makanan yg ada sadin dia akan pulun betul2.  Tak lepas peluang.  Boleh terkilan pulak, kempunan kalau tak dpt makan sadin.  Satu hari tu, lepas ‘melantak’ sadin, kakak ni demam.  Tekak loya.  Dia muntah2.  Yang peliknya isi perut yg keluar ada bau sadin!  Dek kerana terlalu banyak makan sadin, dia muntah sadin.  Bukan keluar dari mulut saja.  Dari lubang hidung pun keluar sadin. Teruk juga demam dia.  Muntah2 lagi.  Semuanya bau sadin. 

Lembik badan kakak tu, sampai pengsan. Nak jadi cerita, ayahnya [ni citer masa kakak ni remaja, lom kawin] bawak dia ke klinik. Balik dari klinik, mereka singgah kat kedai runcit.  Kebetulan susunan sadin ada kat ruang depan kedai.  Kakak ni walau tak turun dari kereta, boleh Nampak tin2 sadin tu.  Tetiba, Nampak je tin2 sadin tu, kakak tu muntah dan pengsan lagi.  Kelam kabut semua orang.  Sampai kat rumah, Nampak tin sadin lagi.  Pengsan lagi kakak tu.  Sejak hari itu, dia tak boleh tengok tin sadin, makan sadin malah bau sadin pun tak boleh dia terima lagi.  Cuma bila dah bertahun berlalu, dia tak lagi pengsan bila tengok sadin.  Kakak tu kata dia terkena ‘badi’ sadin. 
Hmm..macam2.

            Ada seorang sepupu abang ni dah alergik durian pulak.  Kes hampir sama dgn kes kakak tadi.  Cuma dia taklah pengsan bila tengok durian. 

*moral of the story:  makan tu  kena selalu ingat2.... peringatan utk diri sendiri yg mmg dah ada buku darah tinggi ni....