Total Pageviews

Monday, August 22, 2011

hanya pada-Mu

mama rasa puas dan kadang2 release sikit stress bila mama dpt peluang menulis di blog ni...sehari tak menulis rasa mcm ada yg kurang............bagi mama blog ini  spt sahabat yg sentiasa sudi utk mendengar cerita mama.....tapi kdg2 mama keliru juga, betul ke apa yg mama buat ni? tak berdosakah mama bila mama bercerita ttg semua ini? apakah mama pentingkan diri sendiri?  hanya pada-Mu tpt ku berserah.......terima kasih mama ucapkan kpd semua kawan yg selama ini menyokong dan memberi motivasi......notie, norkh, maznah , kak ti., mar, harma, ina dan ramai lg.......mama tau ada yg smbunyi2 menangis takut mama sedih.......mungkin.......

5 comments:

notie said...

Menulis blog sebenarnya satu luahan diri secara terapi bagi menangani stress atau isi hati yang terpendam didalam jiwa. Kalau kau tak luahkan aku takut ianya mencengkam jiwa di dalam dan kau akan lagi rasa siksa. Biarlah apa pun orang nak cakap luahkan dalam blog. Menulis juga satu luahan perasaan. Walaupun blog ni hanya diam tanpa membalas tapi sedarlah bahawa ianya juga bagaikan kawan yang mendengar segala keluh kesah didalam hati.

Menulis blog bagaikan kita menulis dalam diari. Ingat tak masa sekolah dulu rajin tulis diari. Aku dulu pun rajin tulis dalam diari sebab itu cara aku meluahkan rasa. Sebab tu bila aku membuka blog walaupun macam-macam aku tepek kadang-kadang kalau tension ianya juga tempat luahan rasa aku. Kalau tak aku rasa macam nak menjerit. Hah tu lagi teruk dah macam singa nak mengaum je. Tulis dan luahkan lah semuga ianya melegakan rasa didalam.

mama aini said...

notie.....aku amat hargsi kata2 dan sokongan kau....bahagianya dpt baca sesi motivasi ko ni....tima kasih ek..

notie said...

Ait tak sangka aku boleh bagi motivasi kat orang ek. Padahal sendiri pun kadang kena push juga semangat tapi maklumle kadang bila aku rasa susah aku fikir balik mesti ada orang yang lebeh susah dari aku. Apa pun kadang masalah di pejabat aku malas nak beratkan kepala otak memikirkannya. Selalu anggap hah pi jalan lah sebab tak nak memikirkan sangat sehingga buat muka kerut 1000.

Sekali kerut di muka beratus saraf digerakkan dibandingkan dengan kita selalu senyum dan gembira. Jadi supaya awet muda senyum lah selalu walaupun dalam hati ada guruh petir melanda. Chewah apa pun peribahasa le aku pakai ni...

Nor Khanifah Anee said...

Betul Aini kata Noty tu...luahkanlah apa yg. terbuku di hati ko tu....sekurangnya sedikit bebanan ko tu hilang dan ko x stress sgt. kami hanya mampu menyokong dan beri pendapat dan nasihat yg. boleh ko jadikan panduan.Berat mata memandang berat lagi bahu yg. memikul...aku sentiasa doakan ko terus tabah...Kuatkan semangat....nasib baik husband ko masih terus menyokong dan memahami ko....

mama aini said...

yelah norkh..kalau hubby aku tak sokong aku, aku dah blah....aku dah pernah ckp kalau ada org dlm rumah ni kecikkan ati aku, aku rasa nak lari je..