Total Pageviews

Thursday, April 3, 2014

PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik,  ada sangka buruk

 
Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang yang cantik menawan disangka suka menggoda
Orang ceria disangka mengada
Orang bertanya disangka menyibuk
 
Hakikatnya
Mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yg masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yg berbincang itu kerana memberi pendapat
Mana tahu yg ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yg bertanya itu kerana perihatin orangnya

Justeru itu
Sesuatu perkara yg kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka
 
"Wahai orang-orang yg beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan , kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa.."

Al-Hujurat :12

No comments: