Berkongsi cerita,rahsia dan tips KEHIDUPAN, khas untuk wanita dan pencinta wanita.....
Total Pageviews
Tuesday, October 22, 2013
Duhai ustazah......
Sedih, geram, marah pun ada. Ni lebih kurang macam sambungan entri lepas, kerana mulut....entah kenapa setiap berlaku peristiwa 'terkucil' ke tersinggung ke mesti melibatkan insan2 ustazah ni...mulut diorang tak de insuran langsung. cakap main sedap mulut je...kat sekolah mama ni ada tujuh ustazah dan tiga ustaz. Ustaz2 ni ok lagi....kira sesuailah dgn title ustaz tu.... tang ustazah yg seramai tujuh orang ni.........hmmmm. Rasanya cuma ada seorang je yg betul2 ustazah. Sejuk hati selalu dgn ustazah sorang ni, penampilannya, senyumnya, tutur katanya..semua boleh jadi contoh. Tapi malangnya dia ni tak berapa disukai oleh rakan2 ustazahnya. Kata mereka dia ni lembabla, poyo la... blur la....maklumlah dia tak laser tak popular mulut macam diorang.
Kadang2 ,mama rasa bertanggungjawab utk menasihatkan mereka ni, tapi masih tak mampu lagi nak buat begitu..yelah, siapalah mama ni....cuma cikgu senior je kat sini...diorang tu dah macam adik2 dan anak2 mama je, muda2 belaka. Rasa tak sesuai pulak seorang guru biasa nak menasihatkan para ustazah.
Pagi tadi seorang kawan sebaya mama [seniorla tu], dah tersinggung beno dgn dua ustazah ni... mulut macam bertih goreng, macam murai cabut ekor, selamba je nak kutuk kakak sorang ni.... hai, sudah2 la tu ustazah oi...
Tetiba mama teringat peristiwa tahun 1992 dulu sewaktu mama di Tg Sedili. Ada seorang ustazah yg melahirkan anak luar nikah di tandas rumah sewanya. Dia tinggal dgn kawan2 dan rumah sewa mama pulak selang dua pintu je. Waktu tu anak sulung mama baru dua bulan.. Waktu kejadian lebih kurang jam 4 pagi.. Dia sakit perut, kemudian lahirkan anak dlm bilik air. Lepas tu, boleh pulak jalan ke bilik kawan2 dan ketuk pintu bilik diorang. Terkejut beruk kawan2 serumah. Baby dia terbaring senyap atas lantai bilik air.
Salah seorang kawan dia berlari ke rumah kak yah, sebelah rumah mama tu. Kak Yah ni baby-sitter anak mama. Kak Yah dalam panic tu sempat capai baju baby dan lampin anak mama yg ada kat rumah dia. Seorang lagi kawan bergegas ke klinik seberang jalan. Jam 5 pagi riuh kawasan tu dgn bunyi ambulan dan macam2 lagila kekecohan. Ceritanya sepanjang berada di hospital, si ustazah ni tak malu2 langsung, offer anak dia kat orang2 yg dtg ke hospital. Akhirnya adik kak Yah yang ambik budak tu. Sekarang budak tu belajar di UITM Perlis. Kesian kat budak tu yg tak berdosa pun. Kami satu sekolah menanggung malu. Maklumlah kampong, sekejapan saja cerita pasal tu tersebar.
Itulah kenangan paling pahit yg tak mungkin mama lupakan sepanjang karier mama. Teringat dan terbayang lagi wajah selamba ustazah tadi. Ramai yg menyalahkan kawan2 serumah dia termasuk org2 kampong. Masalahnya kawan2 serumah tak tau pun dia mengandung. Maklumlah dia ni aktif semacam. Sehari sebelum tu main bola jarring lagi. Dah tu kalau kat ruang tamu tengok tv pun dia meniarap. Tiap bulan dia cuti sembahyang sama macam kawan2 lain. Mana orang nak sangka dia ada baby!
Masa kat Muar lak, ada seorang ustazah ni yg suka bermake-up tebal. Bibir sentiasa merah menyala. Perangai pun gedik bila bercakap dgn guru2 lelaki. Yg paling tak sangka tu bila terjumpa dia kat luar, dia tak bertudung pun. Rupanya dia jadi ustazah atas permintaan ibunya. Ikutkan hati dia, dia nak jadi mak andam.
Mama bukan nak buruk2kan golongan ustazah ni. Jauh sekali nak tuduh diorang jahil dan sebagainya. Tapi kalau dah ada title ustazah, sepatutnya pandaila bawa diri. Tunjuk contoh yg baik, barulah orang hormat kat kita dan umat Islam. Macam mana orang bukan Islam nak hormat kita dan agama kita kalau kita sendiri tak tunjukkan akhlak yg baik. Kadang2 mama malu juga dgn seorang cikgu India kat sekolah ni sebab dia selalu juga meluahkan rasa yg sama. Malu sebab dia bukan Islam. Dan ada seorang lagi cikgu dari Sarawak yg beragama Kritian. Selalu juga kutuk ustazah2 ni kat dlm facebook lagi. Sebab dia dah sakit hati la tu...pernah seorang ustazah marah2 kat dia sebab satu hal yg remeh je..tapi marah sampai satu bilik guru boleh dengar. MashaAllah.....
Mama tak naklah cerita panjang lebar pasal ni. Bukan semua golongan bergelar ustazah yg berperangai tak serupa ustazah. Ada ramai lagi yg bagus2.
Moral of the story: sentiasa muhasabah diri dan berpegang kpd sunnah dan alquran.
Tuesday, October 8, 2013
Masih ada lagi kah?
Sedihnya dengar cerita abang tentang anak muridnya. Ada sorang student tu baru form 2. Budak tu baik sangat, lurus orgnya. Tiap2 hari dia akan balik lambat sebab nak kemaskan kelas. Dia kemas kelasnya sorang diri je. Kawan2 semua dah lama lesap, langsung tak de rasa tanggungjawab utk bersihkan kelas sendiri. Budak ni ketua kelas, so nak selamatkan kawan2 dan kelasnya dari kena denda, setiap hari dia akan kemaskan kelas, naikkan kerusi seorang diri.
Baru2 ni abang selalu ternampak budak tu berbasikal ke pekan Bemban jam 6 ptg. Pagi tadi abg panggil dia dan tanya kenapa selalu ke Bemban ptg2 hari. Berbasikal dari rumahnya yg sejauh lebih kurang 6km. Katanya, dia bekerja di medan selera. Dari jam 6 hingga 3 pagi. Ayahnya akan tunggu di simpang masuk ke kgnya jam 3 pagi setiap hari utk kutip duit dr dia. Setiap hari dia dpt upah rm20, dan upah kerjanya tu dia akan serah bulat2 kpd sibapak. Dia ni anak sulong dari emak nombor tiga. Kisahnya bapak dia kawin 4. Tapi pandai2la anak2 dan bini2 cari duit. Bapak durjana betul. Maaflah, bahasa mama kasar sikit tapi geram sungguhla kat bapak dia ni...pandai berbini dan pandai beranak tp tanggungjwab zero! Dah tu suruh anak kerja , ambik pulak duit sianak tanpa rasa bersalah. Mama kesian kat budak tu, baru 14 th tapi dah terbeban dgn dugaan hidup ciptaan sibapak. Sibapak bukan uzur ke tua sgt pun, tapi pemalas nak mampus. Ada org2 kebajikan offer kerja tapi dia tolak bulat2 atas alasan suka buat kerja sendiri, tak nak terikat dgn bos. Apa kerjanya/ Memancing, memikat burung dan memikat anak dara org kot...tu yg kawin 4 tu.
Mama selalu tertanya2 masih ada lagikah org2 macam ni dlm zaman millennium ni.....Tu budak sekolah abg, bdk2 sekolah mama pun ada juga yg ada nasib lebih kurang sama. Empat tahun lepas ada sorang budak pempuan drjh 6 [Farah] yg benci betul kat bapak dia. Dia cukup marah kalau cikgu tanya pasal bapak dia. Budak ni bijak, setiap kali ada apa2 bayaran yg diminta oleh pihak sekolah, dia akan bayar guna duit tabungnya. Adik2 ramai, ada enam org. Ayah kawin 3. Ayah tak de kerja tetap, tapi mampu pulak kawin pensyarah kolej [bini ke 3] yg skrg ada kat Seremban. Isteri pertama tak kerja, anak2 dah besar. Isteri kedua [ibu Farah] ada gerai makan kat kg. Setiap hari anak2 isteri pertama akan dtg ke gerai mak kedua mintak duit. Kalau tak dpt mcm2 makian yg mak kedua dpt. dr anak2 tirinya. Tak cukup maki emak tiri, adik2 tiri pulak dibuli mereka.
Farah memang tertekan. Nmpak sgt yg dia benci kat bapak dia. Bayangkan budak 12 tahun boleh kutuk bapak sendiri, katanya bapak dia gatal, pandai berbini dan buat anak je.... Katanya dia tak nak belajar tinggi, habis sekolah menengah nak terus kerja. Dia kesian kat mak dia tapi kdg2 marah kat mak dia yg katanya bodoh sebab ikut cakap bapak dan abang2 tirinya tu. Mungkin bini pertama marah bila suaminya kawin dgn bini kedua. Tu yg dia ajar anak2 suruh buli bini kedua dan anak2. Adik2 Farah semuanya cerdik. Tapi diorang selalu tak berduit pergi ke sekolah. Ada sorang adik perempuannya yg selalu kena tangkap dan kena tindakan disiplin sebab selalu mencuri. Bukan setakat mencuri di sekolah, di kedai dan shopping kompleks pun pernah. Kesian, umur setahun jagung dah terjebak dlm aktiviti kurang sihat berpunca dari rasa kebencian kpd ayah sendiri.
*moral of the story: masih ada lagi kes2 mcm ni yg kita tak tau... kesian, di zaman serba maju ni ada lagi manusia2 berhati kebal yg sgt 'tabah' dan 'sabar' berkawin banyak ......tapi ilmu dan tanggungjawab tak ada. Akibatnya anak2 jugak yg jadi mangsa...
Monday, October 7, 2013
Kerana Mulut
Assalamualaikumwrhmatullah..........
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dulu masa kecik2 tak faham kenapa pulut menyebabkan santan binasa. Haha, dah tua2 gini barule tau...yelah, kalau dah santan tu dikacau ngan pulut, hilang dah nama sisantan..org akan kata itu pulut juga.
Hari ni bukan nak cerita pasal pulut. Tapi pasal mulut. Mulut tu sebaik-baiknya kena selalu servis. Jangan sesedap rasa saja bercakap tanpa mengira perasaan orang. Kan nabi pun kata, diam itu lebih baik dari bercakap. Lagi banyak cakap, silap2 lagi banyak dosa. Kadang2 kita tak perasan kalau kata2 kita tu menyebabkan orang lain berjauh hati. Memangla asalnya tak berniat nak melukakan hati orang, tapi agak2 la kalau nak bercakap. Cakap siang pandang2. Kalau tak pandang silap2 kena penendang..!!
Lagi satu, jauhkanlah diri dari menjadi si mulut tempayan, mulut becok dan mulut murai. Tak pasal2 ramai yg jadi musuh angkara mulut2 tu. MULUT becok atau mulut murai selalunya dilabelkan kepada kaum Hawa kerana fitrah wanita kebanyakannya suka membebel. Ada juga yang jenis berat mulut, sepatah kita bertanya sepatah juga dijawabnya.
Kerana mulut juga badan akan binasa, maruah tergadai dan segala kebaikan musnah dalam sekelip mata. Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia tidak, segala rahsia akan terbongkar dan tersebarlah cerita tidak kira positif atau sebaliknya.
Sesekali elok juga pakai penutup mulut, kurangkan sikit rasa nak bercakap tu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi hatinya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.
Mama bukan apa, geram dgn perangai jiran2 yg mulut tak reti nak tapis ni. Baru2 ni jiran belakang rumah bergaduh dgn jiran berselang dua tiga rumah dari rumahnya. Semuanya gara2 mulut. Yang tak sedapnya, ada pulak yg suka dan bertepuk tangan bila jiran tu bergaduh. Sebab? Kata mereka sebab mereka dah selalu sangat terkena dgn mulut si jran tu. Sekali ada juga yg nak bergaduh dgn dia, barulah bertemu buku dgn ruas. Kalau sebelum ni ada yg sakit hati, rasa nak sumbat2 mulut si jiran, kini dah ada yg berani melawan. Pulak.....
*So, moral of the story, berhati2 dlm berbicara. Fikir dulu sebelum berkata. Berkata2 itu perak, diam itu emas. Lebih baik duduk diam2 dan berzikir, bersihkan hati bersihkan lidah. Pahala pun dapat. Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)