Total Pageviews

Sunday, August 7, 2011

ingat lagu ni?

tiba2 mama teringat lagu nyanyian Jamal Abdillah..................tapi tak ingat judulnya.  liriknya lebih kurang mcm ni..............

AKU SEPI, DI DLM KERIUHAN
DIRIKU BAGAIKAN JAUH TERBUANG
IRAMA YG BERKUMANDANG
TAK DAYA MENGHIBURKAN
KAU YG JAUH SELALU KU KENANGKAN

MENYENDIRI, DI DLM KERAMAIAN
KERANA TAK KUASA AKU MEMAKSA
HATIKU TELAH KU UNTUKKAN
BUATMU INSAN YG TERSYG
BIAR SAJA BEGINI KURASAKAN

sampai sini saja lirik yg masih ingat..entah kenapa mama rasa nak nyanyi lagu2 yg romantis, melankolik, mendayu.....saja nak menghiburkan hati dan fikiran yg bercelaru...

tak salahkan kalau mama menyanyi2 kecil......ala2 bersiul gitu.....hmmm..sebab tulah org tak tau mama sedih ke, frust ke, letih ke............sebab tengok mama steady lg..

petang semalam, seorg ahli keluarga kami meninggal..jadi mereka gi melawat..mama tinggal di rumah dgn Yah dan anak2....mlmnya, suami ajak mama ke majlis berbuka puasa merangkap tahlil di rumah simati.....katanya, mama rehat, biar adik ipar mama tunggu rumah...lega juga dpt 'melepaskan' diri............balik dr majlis tersebut, tiba2  Yah menjerit2....dia pegang penyapu..habis org yg lalu dkt dia dilibasnya dgn penyapu termasuk mama...rasa sedih dan terkejut pun ada....tapi mengenangkan dia org istimewa, mama cuba pujuk hati sendiri..

2 comments:

notie said...

Wah best syiot lagu jamal ni. Aku siap cuba melagukan sebab aku lupa dia punya muzik macamana.

Eh dulu2 ingat tak lagu jamal kan femes masa tu. Si sofi tu cukup suka nyanyi lagu jamal. Kita pulak suka nyanyi dalam bilik air lama nun kat blok form six tu. Kenangan sungguh. Pernah sekali mandi berkemban kat pili air yang kat luar tapi dek ada kepungan dinding orang tak perasan. Ko ada tak masa tu. Aku dah lupa lah. Tapi aku memang ingat letak baju je dalam bilik air lepas tu pi mandi beramai2 kat pili tang luar tu tapi yg belah belakang bukan tang depan nun yang tempat cuci baju tu tau.

Kesian ko ek... sabar lah, Yah bukannya ingat ko dah nolong dia atau tidak, dia tau dia nak mengamuk dia mengamuk le. Ko mesti kuat ye. Sesekali luahkan apa jua perasaan tu supaya dapat meringankan bebanan perasaan ko. Aku takut bila ko simpan lama-lama nanti bila ko dah tak tahan hah tu dia ko meletup nanti. Tang tu bahaya tau boleh jadi sakit jiwa. Apa pun mohon kekuatan dari Allah dan ko mengadu lah dengan NYA semuga DIA mendengar dan meringankan bebanan ko dan memudahkan perjalanan hidup ko. AMIN

mama aini said...

yelah notie, sekurang2nya bila aku tulis blog atau nyanyi syok sendiri aku dpt releasekan tension aku sikit...ha pasal lagu jamal ni, dulu bukan ke kita mmg minat gila kat dia..sampai tak percaya bila dia kena tangkap psl dadah tu..psl bilik air tu mmg aku ingat....hahaha..manisnya kngn masa lalu..