Total Pageviews

Thursday, December 27, 2012

Allahuakbar................!!!!!!

SABTU 3 NOVEMBER 2012

ALHAMDULILLAH......................hari ini mama tunaikan ibadah tawaf dan saei haji yg sudah beberapa hari tertangguh sebab ALLAH beri cuti.   Bermula jam 9.00 malam dan selesai hampir jam 12 tengah malam.  Abang temankan mama bertawaf, jadi dapatlah dia tawaf sunat.  Kami bertawaf di tingkat satu memandangkan kesesakan di keliling Baitullah.  Itupun bersesak juga, tapi masih lagi boleh berjalan dgn selesa.  Selesai tawaf, abang ambil kesempatan untuk berehat sambil menunggu mama di Bukit Marwah. 

Pengalaman ini masih segar di ingatan.  Ketika mama selesai satu pusingan saei, mama hampir putus asa kerana kaki terasa terlalu letih.  Mama berkira-kira utk mencari tempat duduk dan berehat.  Allah maha besar....sedang mama mencari-cari dan bercadang utk berhenti, mama terpandang seorang hamba ALLAH yang cacat.  Tangan kirinya kudung.  Begitu juga dgn kedua belah kakinya yg kudung paras lutut.  Hamba ALLAH ini sedang bersaei dgn berjalan di atas kedua lututnya.  Pantas dia 'berjalan' tanpa menghiraukan orang ramai yg sedang bersaei.  Yang berkerusi roda pun ramai juga tetapi maha suci ALLAH, hamba-Mu itu begitu tabah berjalan sendiri menggunakan lutut.  Tiba-tiba mama rasa teramat malu kepada hamba ALLAH itu  Malu juga kpd ALLAH swt kerana mama yg fizikalnya sempurna ini 'malas' utk berjalan.

SUBHANALLAH..... seketika kemudian seorang lagi hamba ALLAH warga Afrika memintas mama yang berjalan terkedek-kedek.  MASYAALLAH, ALLAHUAKBAR................. warga Afrika itu amat pantas berjalan walaupun kedua belah tapak kakinya terbalik.  Maknanya dia juga  OKU.  Ya ALLAH, malunya aku.... ampunkan aku ya ALLAH kerana memanjakan kakiku.  Betapa ALLAH telah tunjukkan kepada mama kejadian itu utk mama berfikir.  Mama ambil semangat dua orang lelaki OKU itu dan teruskan perjalanan saei hingga selesai.  Yang peliknya, mama tidak lagi terlihat mereka di pusingan seterusnya.. Hanya ALLAH yang tahu, apakah sebenarnya yang Dia hendak tunjukkan kpd mama sebentar tadi.




 

Sungguh mama amat malu dgn diri sendiri.  Terima kasih ya ALLAH kerana menunjukkan kebesaran-Mu.  Betapa OKU seperti mereka itu tabah beribadah tanpa bantuan sesiapa. 

AHAD 4 NOVEMBER 2012

Berpeluang meronda sekitar Hotel King Abdul Aziz............... kagum dengan keindahan kompleks membeli-belah di hotel itu yang seakan-akan kompleks KLCC.  Di sini mama lihat ramai warga Indonesia yang kaya-raya sedang membeli-belah.  Kedai2 emas juga menjadi tumpuan mereka.

King Abdul Aziz Hotel bersebelahan masjidilharam dan Safwa Towers yg menempatkan jam besar

Abang  sempat berkenalan dgn seorang lelaki Indonesia yang sudah berbelas kali menunaikan haji.  Setiap kali datang, dia juga membawa empat orang pekerja yang ditanggung perbelanjaan haji mereka olehnya.  Lelaki ini ada ladang kelapa sawit yang luas, siap dgn kilang sekali.  Beliau berterima kasih kpd kerajaan Malaysia kerana memberinya peluang belajar mengusahakan ladang kelapa sawit.  Sempat juga dia bercerita tentang adik-beradiknya yang mencari rezeki di Malaysia... mungkin di ladang sawit juga....atau silap2 punya ladang sawit di Malaysia...!!

Hari ini mama bersolat magrib di tingkat satu berdekatan dgn tempat saei.  Mama memang jarang2 dapat bersolat bersama-sama jemaah Malaysia.  Biasanya mama sorang2.... di celah2 jemaah negara lain.  Selalunya Indonesia, India, Pakistan dan Turki.  Sesekali ada juga 'berjiran' dgn jemaah dari China dan Eropah.  Kali ini mama bersolat di sebelah 'mak cik' Turki yang berkerusi roda.  Dia asyik sungguh berzikir dgn tasbihnya.  Tiba2 tasbihnya putus lalu bertaburanlah manik2 dari tasbihnya yg putus itu. Mama dan seorang jemaah Pakistan membantunya mengutip biji2 tasbih di bawah kerusi rodanya. 

Mama bercadang utk turun ke 'basement' pada waktu Isya'.  Di situ mudah dapat air zam2.  Terlintas di fikiran utk menghadiahkan 'makcik' Turki tadi dgn tasbih kristal yg mama baru beli pagi tadi.  Lalu mama pegang tangannya dan serahkan tasbih tersebut.  Mak cik Turki ni, memandang mama sambil tersenyum manis.  Mama terbayang-bayang lagi pandangan matanya yang penuh kasih saat memandang mama.  Dia cuma senyum tanpa berkata apa2.  Sampai saat ini mama tak dapat lupakan cara dia memandang mama itu.  Mama hulurkan salam dan memanggilnya 'mama' sebelum minta diri utk pergi dari situ..
tasbih kristal


ALLAH maha besar.  Rupanya pada masa yg sama, seorang lelaki warga Iran telah menghadiahkan abang seutas tasbih yg cantik.  Mama rasa tasbih itu diperbuat daripada kayu kokka. Mahal tasbih jenis itu.  Saat abang tunjukkan tasbih itu kpd mama, mama tahu.... ALLAH tahu yg mama sayangkan tasbih yg mama beli dan sedekahkan kpd 'mak cik' Turki tadi... lalu ALLAH hadiahkan pula tasbih lain yg lebih berkualiti melalui abang...




**Abang banyak kenalan dari kalangan jemaah asing.  Mungkin sebab abang agak peramah, jadi mudah dapat kenalan tak kira bangsa.  Kemudian abang ceritakan semula kisah2nya dgn kenalan2 tersebut. Lelaki Iran itu seorang Syiah dan seorang guru yang hampir bersara.  Ceritanya, gaji guru hampir bersara di Iran sama nilainya dgn gaji guru Malaysia yg baru 10 tahun berkhidmat.   Jadi, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia ye.......

Wednesday, December 26, 2012

Yang Akan Di Kenang

SELASA 30 OKTOBER 2012

Sesi basuh-membasuh pakaian bermula.  Mana2 pakaian yg tebal kami hantar dobi.   Kebanyakan jemaah haji ambil peluang untuk berehat selepas banyak menggunakan tenaga di Mina. Baitullah sesak semula.  Kami dapat lihat di tv betapa ramainya jemaah yg sedang bertawaf haji.  Mama terpaksa berehat lagi tiga atau empat hari kerana uzur syar'ie.  Jemaah haji warga emas kebanyakannya mula demam dan batuk semula.  Ramai yang dah mula rindukan kampung halaman, termenung, sedih dan macam2 lagi kerenah dan ragam yg dpt dilihat.  Makan dan minum pun sudah tidak dihiraukan.  Kami yg masih sihat ni risau melihat keadaan itu.  Sedih pun ada dan dalam masa yg sama bersyukur kpd Allah kerana masih mampu bertahan dan masih mampu ke masjid. 




Ada seorang haji yg mama dapat tahu tidur di lobi hotel sahaja pada waktu malam.  Bukan saja2 suka2 tapi katanya tak mahu mengganggu kawan2 sebilik kerana batuknya yg agak kronik.  Saat orang lain tidur lena, dia tak mampu tidur kerana masalah kesihatannya.  Sejak dari Mina lagi haji ini tidak mampu menelan sebiji nasi pun.  Sambil menangis, dia bercerita bahawa itu mungkin berpunca dari dirinya sendiri.  Ketika di Mina, dia mengutuk makanan yg diberi.  "Apalah, asyik lauk sama saja.  Tak tertelan aku..."  Sejak itu betul2 haji ini tak lalu makan nasi.  Dia hanya makan roti dan biskut. 

Alhamdulillah, mama dan abang masih berselera menjamah makanan di sana.  Kadang2 kakak2 di bilik yg masing2 tak selera makan sebab demam tu beri lauk dan makanan mereka kpd kami.  Tak terhabis dibuatnya. 

Alhamdulillah sebab mama lihat abang banyak berubah.  Abang kurang marah, kurang 'berangin' malah dalam banyak keadaan abang lebih sabar dari mama.   Syukur..... ya Allah, kurniakanlah kami haji yang mabrur..!!!

RABU 31 OKTOBER 2012

Pergi ke cafe dan berjumpa dengan Syukri, anak muda Patani yg lahir di Mekah.  Syukri dan kawannya Anas bersetuju untuk membawa mak dan kak Piah utk tawaf dan saie haji.  Mereka juga yg akan membantu kak Misah, sepupu abang nanti.  Mak dan kak Piah pun sukakan Syukri sebab dia amat membantu jemaah yg dibawanya dgn 'wheel-chair'.  Dia ajar mereka doa2 yg perlu dibaca.

Bercerita tentang 'wheel-chair' ni, ramai jemaah muda yg risau dan gelisah apabila ibu bapa atau warga emas yg bersama mereka enggan menggunakan 'wheel-chair'.  Mereka berkeras nak buat tawaf dan saie sendiri walaupun uzur dan tidak berdaya.  Tetapi kebanyakannya akur setelah mendpt nasihat doktor. 

KHAMIS DAN JUMAAT: 1 DAN 2 NOVEMBER 2012

Klinik TH dibanjiri oleh ratusan jemaah.  Kebanyakannya warga emas yg mungkin stress atau tidak mampu menahan rindu utk pulang ke tanah air.  Teringat pesan ustaz, katanya, "janganlah keterujaan untuk pulang itu mengatasi kesedihan untuk meninggalkan kota suci ini."  Terngiang-ngiang kata2 ustaz itu di ingatan mama.  Bagi mama pula, memang rasa sedih dan tidak bersedia langsung untuk meninggalkan tanah suci.  Terlalu banyak kelebihan dan keindahan yg tidak mampu digambarkan dgn kata2. Kalau boleh, ingin benar rasanya menetap terus di sini.  Keindahan beribadat pasti akan dirindu dan akan dikenang hingga hujung nyawa.


Sunday, December 23, 2012

Hari Akhir di Mina

ISNIN 29 OKTOBER 2012

Kami melontar utk 13 Zulhijjah selepas solat subuh.  Mama bawa sekali beberapa bungkus biskut, buah-buahan dan air kotak.  Sepanjang perjalanan ke jamrah, mama dan abang agihkan makanan2 tu kpd penjual2 barang di tepi jalan.  Mereka amat berterima kasih dan bersyukur.  Pengalaman beri makanan kpd pengemis buat mama serik.  Bukan apa, pengemis2 tu tak nak pun makanan yg kami beri.  Mereka lebih suka duit.  Itupun ada juga yg cerewet.  Ada jemaah yg beri duit Malaysia, pengemis tak mahu, nak duit saudi juga.  Demand pulak.

kebanyakan pengemis adalah wanita dan kanak2

Satu lagi pemandangan yg kurang enak apabila pekerja2 yg sepatutnya membersihkan kawasan Mina dan lebih berminat utk sama2 minta sedekah.  Mereka hanya berdiri di tengah jalan yg sibuk dgn jemaah sambil memegang beg sampah.  Mata pula melingas memandang ke arah jemaah haji.  Kalau kita beri kpd seorang, yg lain2 akan dtg mendekati kita minta sedekah juga.  Mama pernah terpandang peristiwa yg agak mencemaskan.  Tiga org jemaah wanita bersedekah kpd seorang pengemis.  Kemudian pengemis2 yg lain  mendekati wanita2 tersebut siap tarik2 kain .  Mujur wanita2 itu cepat bertindak, lari sambil menjerit.  Apalagi, polis2 yg ada dekat2 situ halau terus pengemis2 tu.

Pernah juga mama terlihat seorang lelaki yg mama agak warga Turki.  Dia bersedekah kpd salah seorang pekerja.  Bila pekerja2 lain nampak, mereka dtg kat lelaki itu sambil menadah tangan.  Terkial-kial lelaki Turki tu menyeluk poket jubahnya mencari wang lagi.  Di TV Al-Hijrah ada satu rancangan dlm bahasa Arab.  Kalau tak silap nama rancangan tu Al-Khawater diacarakan oleh Ahmad Al-Sughairi. Ada satu episod tentang pengemis di Arab Saudi.  Sejak 5 tahun lepas, seramai 2 juta org pengemis berjaya ditangkap.  Jumlah pengemis setiap hari adalah lebih kurang 150,000 org!  Dan yg paling mengejutkan 90% kecacatan pengemis adalah palsu. Jumlah SR yg disedekahkan oleh org ramai adalah lebih kurang SR70 juta.  Kebanjiran pengemis lebih tinggi waktu musim haji.  Hmmmm......... yang mama lihat, kebanyakan pengemis dan pekerja bukan org tempatan.  Sebaliknya mereka ni kelihatan seperti pendatang dari Bangladesh, Myanmar dan majoriti org2 kulit hitam.  Itu pandangan mata kasar mama, kalau silap harap maafkan.


Ahmad Al- Sughairi, host Al-Khawater
 
 Itu cerita pengemislah.  Kalau nak cerita pasal pengemis cacat, macam2 kecacatan yg kita dapat lihat.  Banyak yg kudung tangan.  Banyak juga yg mama tak tergamak nak pandang sebab mengerikan.  Tapi macam kata Ahmad Al-Sughairi, 90% cacat palsu.  Hmmm, macam2. 
....
Balik dari melontar tu kami bersiap utk balik ke Mekah.  Kami berkumpul ikut n ombor bas.  Mama bas nombor 20.  Lebih kurang jam 8.00 pagi ustaz umumkan bas nombor 19.  Kemudian dia kata bas seterusnya 4 jam lagi....dia minta kami berehat dulu. hah....?  Mama tanya kat ustaz, "betul ke ustaz?"  Ustaz kata, "takkan ustaz menipu.."  La ustaz dah buat lawakla pulak.  Khabar angin mengatakan jalan raya sesak teruk, jadi perjalanan kami akan ditunda.  Tak apalah, redha sahaja.  Baru mama nak 'landing', tetiba ustaz umum, "jemaah haji bas nombor 20 boleh naik bas sekarang.." ALhamdulillah.......  tak sampai pun 4 jam.......4 minit adalah.

Dan akhirnya, sampailah kami semula ke Mekah.  Yang pelik tu, teman2 sebilik belum sampai lagi, walhal mereka naik bas lebih awal.   Subhanallah..........................  hotel pun masih sunyi sepi.  Lebih kurang sejam kemudian, kawan2 sebilik sampai.  Tengahari ini makanan tidak disediakan............. hah, no hal.   Masing2 masak sendiri................ masak apa? Indomie..........!!! Mee sana sedap tau, tak macam kat sini...

..
 Rindu pulak nak makan indomie Mekah

Saturday, December 22, 2012

Mina, Melontar , Tragedi Oktober

JUMAAT 26 OKTOBER 2012

Lepas Isya', kami bertolak ke Jamratul-kubra.  Jauhnya lebih kurang 7 km pergi dan balik.  Kami berjalan mengikut mutawif dan petugas TH yg membawa bendera Malaysia serta papan maktab.  Oleh sebab mak tak kuat berjalan, kami jauh tertinggal di belakang.  Mak kerap berhenti dan mama urut pinggang mak yg sakit.  Tongkat yg mama belikan sebelum ke Masyaeir nampaknya tidak mampu membantu. Kerusi roda tidak dibenarkan utk melontar, jadi mahu tak mahu terpaksalah kami teruskan perjalanan perlahan-lahan, mengikut jemaah2 dari maktab lain.  Kadang2 tak jumpa jemaah Malaysia, terpaksalah ikut jemaah Indonesia yg sudah pasti menuju arah yg sama. 

Gambar dari google images, jemaah bergerak ke jamrah.

Terowong Muassim
Kesesakan ketika melontar

Di kawasan melontar, jemaah berebut-rebut dan bertolak-tolak.  Walhal mereka tidak perlu kelam kabut.  Sepatutnya bertenang dan beri laluan, pasti keadaan akan lebih baik. Lagipun jemaah dari Asia Tenggara melontar di tingkat ketiga, tidak bertembung dgn jemaah2 lain yg masing2 di tingkat 1 dan 2.   Mama dan abang cari tempat yg agak lapang.  Alhamdulillah, mudah utk kami melakukan ibadah tersebut. 

Keluar saja dari jamrah, pak2 Arab tunggu dgn kerusi roda masing2.  Hampir sepuluh org.  Lega, kami upah seorang pak Arab utk bawa mak balik.  Sepanjang perjalanan pergi dan balik itu kami melalui beberapa terowong.  Kata Pak Arab yg kami upah itu, panjang setiap terowong lebih kurang 1km.  Terasa penat juga menapak. 

Sepanjang perjalanan juga macam2 yg kami lihat.  Kami jumpa ratusan pengemis, juga ratusan jemaah entah dari mana yg berkhemah di tepi2 jalan, di lereng bahkan di atas bukit.  Masyaallah, subhanallah.  Ada juga yg berkhemah di tepi longgokan sampah.  Yang peliknya, sampah2 di sana tidak berbau langsung.  Seekor lalat pun tiada tak macam di Malaysia. 

Keadaan tandas di Mina.

  Suasana dalam khemah di Mina

. Pemandangan Mina, bandar 3 hari...

 SABTU 27 OKTOBER 2012

Lebih kurang jam 9.30 pagi mama ke tandas.  Masyallah, beratur panjang.  Mama terdengar suara seseorang sedang marah2. 

"China out!!! Malaysia here..!!!" jerit suara itu.  Terkejut mama bila melihat seorang kakak sedang menengking seorang jemaah dari China.  Kemudian dia menolak jemaah itu hingga jatuh terduduk tak jauh dari tempat mama berdiri.  Kemudian macam2 lagi kata2 yg kurang enak terdengar.  Jemaah dari China itu pula diam sahaja.  Lama dia terduduk sehingga seorang jemaah Malaysia yg lain membantunya berdiri.  Masyaallah....dapat dilihat betapa sudah hilang kesabaran seorang hajah dari Malaysia dan betapa tinggi pula kesabaran jemaah dari China itu yg langsung tidak melawan dan berkata apa2 pun.  Sebelum ini ramai yg bising2 kerana tandas yg sama juga digunakan oleh jemaah Indonesia.  Bagi mama, tandas ini tandas awam.  Kalau dah namanya tandas awam, faham2 sajalah.  Sesiapa pun boleh masuk.  Di tandas itu pun tidak ada tertulis 'Untuk jemaah Malaysia sahaja".  Sabar sajalah. 

AHAD 28 OKTOBER 2012

Dalam  tazkirah selepas Subuh hari ini, ustaz menegur sikap pentingkan diri dan tidak sabar para jemaah.  Ustaz menasihatkan supaya para jemaah ingat semula tujuan ke tatnah suci.  Ustaz ingatkan juga tentang dugaan2 yg ditempuhi.  Setiap kesukaran itu sepatutnya dijadikan iktibar utk diri sendiri.
Mama harap benar kakak yg marah2 semalam tu  dengar tazkirah ustaz.  

Rupa-rupanya pada pagi semalam juga berlaku satu insiden lain melibatkan jemaah dari China juga.  Kisahnya seorang jemaah lelaki Malaysia , pak haji lah kiranya, sudah marah dan siap tarik tangan jemaah China itu dengan tujuan menghalangnya dari menggunakan tempat wudhu' .  Pelik juga, macam mana pak haji ni boleh masuk campur hal tandas wanita.  Bukan saja, marah, malah berdosa lagi sebab sentuh tangan wanita China tu.  Kemudian dengar cerita pak haji ni tak tutup aurat, hanya berkain pelikat, berlengging dan nampak pusat.  Macam2 hal yg memalukan. 

Kalaulah kakak dan pak haji tu tahu.........yg sebenarnya, pihak muasasah menetapkan tandas2 itu utk kegunaan 3000 jemaah.  Jemaah haji Malaysia maktab 94 cuma ada 2500 orang.  Sebab itulah jemaah Indonesia dan China guna sekali sebab khemah mereka dekat dgn tandas tersebut. 

Itulah sebahagian kisah tentang sikap tidak sabar kita.  Bolehlah diibaratkan macam tragedi Oktober.......  Terbayang2 lagi wajah kakak dan jemaah China tu. Tak boleh nak salahkan pihak TH atau muasasah sahaja.  Bayangkan tiga juta umat Islam seluruh dunia berkampung di tempat dan hari2 yg sama.  Tiga juta itu adalah yg berdaftar.  Dengar khabar ada hampir 2 juta lagi jemaah yg datang tidak berdaftar.  Itu yang kita lihat ramai berkhemah dan bergelandangan di jalanan dan kaki2 bukit.  Kadang2 tak terbayang bagaimana agaknya mereka mendaki bukit yg curam, berbatu, dengan debu dan angin yg kuat tu..... dan satu lagi, tiada pula kemudahan tandas dan makanan.  Jadi, mama amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadat di Arafah, Muzalifah, Mina walau tanpa tempat tidur empuk, makanan sedap dan tandas yg selesa.  ALHAMDULILLAH.  Terima kasih Allah....!!!!!

Friday, December 21, 2012

Arafah, Mudzalifah, Mina

ISNIN 22 OKTOBER 2012

Sekali lagi TH beri taklimat untuk persiapan ke Masyaeir [ Arafah, Mudzalifah, Mina].  Hati ini berdebar setiap kali memikirkan bagaimanakah agaknya dugaan dan suasana yg bakal dihadapi di sana... Setiap hari hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan setiap urusan.  Sedikit demi sedikit kami buat persiapan mental dan fizikal.  Tiada lagi umrah2 sunat dan TH pun tidak menggalakkan jemaah melakukan umrah sunat lagi kerana dibimbangi akan letih bila tiba di Masyaeir sedangkan di sana tenaga fizikal amat penting.

SELASA 23 OKTOBER 2012

Mempersiapkan diri dan mental utk ke Masyaeir.  Ustazah berpesan agar kami membawa sedikit bekalan makanan dan minuman.  Hari itu ramailah yg ke kedai runcit.  Biskut dan air kotak habis stok...... Farmasi pun dikunjungi ramai utk membeli bekalan ubatan yg perlu.

RABU 24 OKTOBER 2012

Bertolak ke Arafah pada jam 2.30 petang.  Alhamdulillah, perjalanan kami lancar.  Smpai di Arafah lebih kurang sejam kemudian.  Rahmat Allah, sebab ada antara jemaah yg terkandas berjam2 akibat kesesakan.  Kemah kami dekat dgn bilik air. Lebih kurang 16 buah bilik air dan tandas utk dikongsi oleh ribuan jemaah.   Di sini kesabaran memang amat penting.  Bukan setakat sabar tapi tolak ansur juga amat perlu.  Warga emas khususnya wajar didahulukan kerana kerana kdg2 terpaksa beratur panjang di tengah panas terik. Malam itu kami tidur di kemah tanpa bantal atau tilam empuk.  Beg pakaian jadi bantal paling empuk.  Sabar........ 



KHAMIS 25 OKTOBER 2012.

Hari wukuf.  Pada hari ini disunatkan berpuasa kpd org yg tidak menunaikan haji.  Bagi jemaah haji pula, hari ini adalah kemuncak haji kita.  Wukuf adalah puncaknya haji, puncak berkumpulnya seluruh jemaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa di Jabal Rahmah setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Jabal Rahmah

Menjelang maghrib, teringat pesanan ustazah untuk keluar dari kemah, berdoa menghadap kiblat dan memandang ke langit...ketika inilah para malaikat sedang mengaminkan doa kita. Setiap kali selepas solat para jemaah menangis tersedu2 kerana teringatkan dosa2 masing2.  Kebetulan Ustaz Sairozi yg membaca doa dgn penuh perasaan hiba dan membuatkan setiap yg mendengar terasa syahdu dan sedih sekali.  Semoga setiap doa kami dimakbulkan Allah, amin.

Jam 7 malam, kami bertolak ke Mudzalifah.  Kami berkumpul mengikut nombor bas.
 

Kami tiba hampir tengah malam.  Bukan sebabjauh tapi sebab sesak.  Macam2 bas yg membawa jutaan jemaah.  Terpandang bas tanpa bumbung.  Sah, itu bas jemaah Iran.

kutip batu di Mudzalifah.  Kemudian duduk dalam kesesakan menunggu bas ke Mina pula.
Batu2 untuk digunakan waktu melontar di jamrah nanti.

Selepas tengah malam bertolak ke Mina.  Alhamdulillah, bas mama sekali lagi antara yg terawal tiba.  Rahmat dan rezeki dari Allah sekali lagi kerana bas yg terdahulu bertolak pun belum tiba lagi.  Sungguh mama amat bersyukur sebab semuanya ALLAH mudahkan untuk mama.  Terima kash ya Allah  !!! Terasa amat kerdil diri ini di sisi-Mu...tetapi dalam masa yg sama aku amat terharu kerana Kau telah memuliakan aku sebagai tetamu-Mu.

Di Mina kami ditempatkan dlm kemah berhawa dingin.  Tetapi bersesak-sesak.  Pesan ustazah agar kami hayati keadaan sesak dan sempit di Mina sebagai gambaran kebangkitan manusia di padang Mahsyar kelak.  Suasana sempit tidur itu umpama kita di alam kubur nanti.  Tak mampu mengiring atau menelentang.  Muat2 badan saja ruang yg ada. Di sini dugaan utk mama sebab tersinggung dgn seorang kakak.  Dia seperti tak boleh bertolak ansur.  Akhirnya mama mengalah, tidur saja di hujung kaki orang lain.  Semoga kesabaran mama dihargai Allah.  Betul, apabila jemaah lain amat perihatin.  Masing2 pelawa mama menyelit di celah mereka, tapi mama menolak memandangkan masing2 ada keuzuran sendiri.  Ada yg batuk teruk, semput, muntah2 dan warga emas . Rasanya dalam kemah itu mama masih lagi antara org yg paling sihat, jadi biarlah begitu.

*berkenalan dgn kak Yong.  Pesakit kanser yg kuat semangat dan amat positif.  Kagum betul dgn dia.  Dia juga selalu beri kata2 motivasi utk kami.   Kak Yong juga pembakar semangat mama utk terus sabar menghadapi dugaan.