Total Pageviews

Monday, August 8, 2011

kelas 4 cerdik

jam 12.10 tghari...ke kelas 4 cerdik.....mencabar sungguh kesabaran di kelas ini...sepanjang lbih 20 tahun mengajar, rasanya inilah kelas yg paling teruk perangai......tapi apa nk buat, dah tugas kita mngajar, ajar sajalah..sesekali sulamkan kata2 nasihat walaupun mereka mcm tak reti nak dengar kata........mama pasrah, cuba yg terbaik utk menjalankan tugas....mereka masih budak2.....dan yg penting, mereka ada akal dan boleh berfikir dgn waras...

1.10 pm:
satu-persatu kerja mama tergendala...........bermula jam 6.00 pagi lg, 'jadual' harian dah kelam-kabut...mama ajak Yah buang air dan mandi, tapi dia membatu........merenung mama mcm mama ni makhluk asing.....mama pun tinggalkanlah dia.....15 minit kemudian, waktu mama baru nak bersiap ke sekolah, bapa mentua mama panggil pulak...katanya Yah dah kencing........Yah oh Yah! 

Di sekolah, mama jadi rujukan guru2 tentang saps [sistem analisis peperiksaan sekolah- nkra/kpm].  Hmm..macam2 komplen psl program ni.....lambat, tak mesra pengguna dsb....apa2 pun mama ucap tahniah kpd mereka krn masing2 berlumba2 utk menyelesaikannya.......kalau ada guru dari sekolah lain call, mama akan cuba yg terbaik utk membantu.....mujurlah, setakat hari ini mama masih stabil....haha...kawn baik mama, notie selalu bg motivasi.....tq not...Alhamdulillah, mama masih kuat dan sabar..semoga mama akan sentiasa begini.....semoga mama juga akan dapat lebih ramai kawan yg sentiasa beri semangat macam Notie..

3 comments:

notie said...

Ala ko niiiii don't mention it lah.... ko ni buat aku merembes je. Kan kita kawan sejak dulu. Malahan kita rapat bila share locker baju. Ingatkan? Mula-mula aku tak faham napa akak locker ko suruh aku pindah locker dia tapi aku ingat dia sama ke kelas dgn Kak Ijat aku pun ok je lah. Rupanya bila ko citer kat aku baru le aku tau napa akak tu tukar loker dgn aku. Tak sangka akak tu nampak je baik sopan tapi penuh curios kat org lain. Jgn le pandang org takde mata. Mentang2 le kita miskin kan.

Aku dulu pun mane ada kawan sgt main boooo je. Dgn ko, mas, enon. Dan lagi aku ni kan kuat tidur.... hehehehe ingat lagi masa form 3 kan cikgu kelas kita cikgu nasir. Garang masallah kan. Huh tak boleh lupa le aku kena marah dgn dia.... huhuhu berjujai airmata aku. Lepas tu dia ada bagi panggilan kat aku tapi aku dah lupa apa nama nickname yg dia beri. Tapi aku memang minat sport sejak sekolah rendah lagi. Lumba lari, hurdles, netball malahan hoki pun aku booo. Ingat tak adegan pukul kacang pakai kayu hoki aku. hehehehe kenangan terindah aku di hostel.

Mendidik anak zaman sekarang memang penuh dengan cabaran. Mereka jadi degil disebabkan pemakanan kita yang entah halal entah tidak. Didikan keluarga yang telah hilang sopan santunnya. Alam sekeliling dan persekitaran yang tidak memdidik mereka jadi matang dan bersungguh dengan pelajaran. Dan macam-macam lagi faktor yang membentuk mereka jadi begitu. Dan itu satu cabaran buat cikgu semua bagaimana nak mendidik mereka menjadi orang yang berguna dimana satu masa nanti mereka akan mencari ko dan berterima kasih atas didikan ko sehingga mereka menjadi orang berguna. Fuyooooo banyak sungguh omelan aku. Chaiyok chaiyok

mama aini said...

notie, aku suka sgt ngn omelan ko...ko ni boleh jd kaunselor merangkap mak nenek lah..[haha..jgn mare]...ko punya komen kdg2 mcm komen ustzh kat rancangan forum perdana..aku hargai semua pndgn ko..

mau aku tak ingat zmn dulu2..aku ingat lg kat cikgu nasir tu...aku kan korg gelarkan anak murid kesygn dia hehe..

notie said...

Amboiiiii ghupanya ko nak murid kesayangan cikgu nasir ek.... huhuhu ye lah kan bahasa malaysia ko selalu dia puji.... hehehehe