Hari ini mama pening kepala. Abang ajak pula ke Safwa Tower. Dia ingin membeli sehelai jubah yang sudah lama juga diidamkan. Di Safwa Towers ni memang banyak kedai2 yang menjual jubah lelaki dan perempuan. Cantik2 dan harganya pula boleh dirunding. Setelah berjaya mendapatkan jubah yang dicari, kami balik semula ke hotel. Kepala masih lagi pening dan kaki pula lenguh2 kesan daripada tawaf dan saei tempohari.
Waktu zuhur, mama duduk berdekatan dgn tong2 air zam2. Seorang wanita muda dari Pakistan, Jameela, duduk di sebelah kiri mama. Amina, seorang wanita muda berkulit hitam dari London duduk di sebelah kanan. Sempat kami berkenalan dan bersembang sementara menanti waktu zuhur. Mulanya, mama berbual dgn Amina. Mama tertarik kerana dia datang dari London. Dia datang dgn seorang kawannya 'minah saleh' iaitu Sara. Sara dan Jameela mulanya hanya mendengar saja perbualan kami. Menurut kata Amina, Islam sedang pesat berkembang di kota London. Dia juga kata ramai orang Malaysia tinggal di sana, jadi dia tahu serba-sedikit tentang Malaysia
Seronok berbual dengannya kerana selain dari dialek pekat British, dia juga sentiasa mengucapkan kalimah Alhamdulillah dan subhanallah. Sempat juga puji mama yang boleh berinteraksi dgn dia dlm bahasa Inggeris. Kembang sekejap hati bila kena puji begitu. Katanya lagi, mama beruntung menjadi guru. Seorang guru boleh bertugas di mana-mana di dunia ini, kerana khidmat guru sentiasa diperlukan. Alhamdulillah........ Tak lama lepas tu,Jameela memperkenalkan diri. Kalau Amina dan Sara bekerja di imigresen di London, Jameela pula bekerja di pejabat income-tax di Pakistan. Menurut katanya, sekarang kerajaan Pakistan lebih terbuka. Wanita sudah dibenarkan bekerja tetapi banyak rasuah berlaku terutamanya untuk mendapatkan pekerjaan yg baik.
Sesudah solat, kami bersalaman dan berpelukan. Masing2 mendoakan kesejahteraan dan berdoa agar dapat bertemu di sini lagi suatu hari nanti, Insyaallah. Sungguh, mama rindukan suasana itu. Dimana semua orang tak kira bangsa dan tempat asal, sama2 beribadat kerana Allah dan tiada perselisihan faham langsung. Sama2 pula mengukuhkan silaturrahim sesama Islam. Betul2 rindu....rindukan 'sahabat2' dari negara lain.
SELASA 6 NOVEMBER 2012
Semakin dekat hari untuk meninggalkan Mekah, semakin terasa sayang dan berat hati ini. Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku, supaya aku dapat berkunjung kembali ke kota suci-Mu. Ya Allah, Kau perkenankanlah, makbulkanlah doa hamba-Mu ini, doa sahabat2ku, anak2ku, suamiku, ahli keluargaku, adik-beradikku, Kau permudahkanlah mereka mencapai impian dan cita2 mereka ya Allah. Kau berikanlah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat. Berilah rezeki kepada mereka agar dapat berkunjung ke kota suci-Mu. Sesungguhnya Kau maha pengasih dan penyayang.
Hotel al-Olayan semakin sepi. Satu demi satu KT berangkat pulang atau ke Madinah. Tetapi, Subhanallah, baitullah tetap sibuk dan tak pernah kosong. Ia masih seperti biasa, sesak dengan manusia2 yang terus istiqamah untuk beribadah....mencari kebahagiaan abadi.
No comments:
Post a Comment