Total Pageviews

Friday, January 4, 2013

Lagi.......................

RABU 7 NOVEMBER 2012

Alhamdulillah, hari ini selepas sarapan pagi, mama, abang, Kak Timah dan suami sama2 ke Tanaim.  Dah acap kali Kak Timah ajak mama dan abang untuk membawa dia dan suami ke Tanaim berniat umrah sunat.  Oleh kerana kami cuma berempat, mudahlah dapat teksi.  Pemandu teksi bernama Muhammad Islam berasal dari Myanmar...orang Rohingya rupanya.... sepanjang perjalanan, dia yang agak peramah ini cuba berkomunikasi dengan kami...caca marba, semua bahasa kami guna... Arab sikit, Melayu sikit dan Bahasa Inggeris sikit.  Muhd lebih banyak bercakap dlm bahasa Arab tapi dia faham bahasa Melayu dan Inggeris.

Menurut ceritanya, dia berhijrah ke Mekah sejak 20 tahun lalu.  Dah berkahwin dgn wanita Arab Saudi.. 
"Saya, Siti Rahmah [isteri] Arab. Anak rijal [lelaki] empat," katanya bangga.  [Siti Rahmah merujuk kepada perempuan]. Tidak seperti pemandu teksi lain yang cepat marah, tak sabar dan menipu, Muhammad Islam lembut dan sangat sabar.  Tak pernah sekalipun dia menekan hon keretanya.  Kemudian dia juga sabar menunggu kami bersolat sunat di masjid di Tanaim.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami tiba semula ke Masjidilharam.  Mama dan abang dah bertekad untuk bertawaf di keliling kaabah bersesak dengan jemaah lain.  Walaupun tawaf di tingkat atas tidak sesak dan selesa, tetapi 'feeling' bertawaf di keliling kaabah berbeza dgn di tingkat atas.  Selesai tujuh pusingan, kami berjaya 'menyelinap' dekat betul dengan dinding kaabah.  Kami ambil kesempatan untuk mengucup dan menyentuh kaabah. Itu pun dah cukup 'siksa' bertolakan, jadi tidaklah rasa terkilan sangat bila tak dapat kucup hajarulaswad.  Kemudian kami dapat juga peluang mendekati Hijr Ismail, salah satu tempat mustajab berdoa... Alhamdulillah, kami berdoa sepuas-puasnya di situ. Perasaan sayu dan hiba memang tidak dapat dielakkan. 
Puas dapat tawaf dekat dengan Kaabah
Sesak dihimpit ribuan jemaah tetapi puas dan redha
Kawasan Hijr Ismail

Selesai berdoa, abang pegang tangan mama kuat2 untuk mengelakkan kami dari dirempuh atau dihimpit jemaah yang begitu teruja mahu menyentuh kaabah. Bukan senang dapat peluang itu, jadi mama bersyukur sangat. 

KHAMIS 8 NOVEMBER 2012

Hari-hari terakhir di sini, kami ambil peluang untuk berjalan meneroka seluruh kawasan masjidilharam.  Keluar masjid, kami meneroka pula kawasan2 sekitar hotel2 mewah di sana.  Memang meletihkan tetapi banyak pengalaman yang ditimba, banyak pemandangan yang menarik, menghiburkan dan indah untuk dilupakan begitu sahaja.

Selesai solat Asar, mama seperti biasa menuju ke bawah untuk melihat kaabah.  Kemudian, mama terpandang seorang lelaki yang rasanya mama kenal, popular tetapi bimbang juga kalau salah orang.  ;Lelaki itu duduk di tangga dalam masjid, bertentangan dengan kaabah.  Dia memegang al-quran, melemparkan senyumannya.  Mama cuma senyum di balik purdah yang mama pakai.  Rupanya betullah lelaki itu adalah MAHER ZAIN.... itupun setelah mama pulang dan anak2 mama bertanya, ada tak jumpa MAHER ZAIN sebab dia pun tunaikan haji juga. 
Inilah dia lelaki itu..

Disana bila mama ceritakan kepada abang , abang tak percaya sebab katanya ramai lelaki yang serupa macam dia.... ha ha.... tapi, kalau tengok gambar atas tu, itulah lelaki yg mama terserempak di tangga masjid.

*Abang jealous kot......haha...  petang itu juga abang jumpa Syamsul Ghau Ghau disana....
.

No comments: