Total Pageviews

Thursday, December 27, 2012

Allahuakbar................!!!!!!

SABTU 3 NOVEMBER 2012

ALHAMDULILLAH......................hari ini mama tunaikan ibadah tawaf dan saei haji yg sudah beberapa hari tertangguh sebab ALLAH beri cuti.   Bermula jam 9.00 malam dan selesai hampir jam 12 tengah malam.  Abang temankan mama bertawaf, jadi dapatlah dia tawaf sunat.  Kami bertawaf di tingkat satu memandangkan kesesakan di keliling Baitullah.  Itupun bersesak juga, tapi masih lagi boleh berjalan dgn selesa.  Selesai tawaf, abang ambil kesempatan untuk berehat sambil menunggu mama di Bukit Marwah. 

Pengalaman ini masih segar di ingatan.  Ketika mama selesai satu pusingan saei, mama hampir putus asa kerana kaki terasa terlalu letih.  Mama berkira-kira utk mencari tempat duduk dan berehat.  Allah maha besar....sedang mama mencari-cari dan bercadang utk berhenti, mama terpandang seorang hamba ALLAH yang cacat.  Tangan kirinya kudung.  Begitu juga dgn kedua belah kakinya yg kudung paras lutut.  Hamba ALLAH ini sedang bersaei dgn berjalan di atas kedua lututnya.  Pantas dia 'berjalan' tanpa menghiraukan orang ramai yg sedang bersaei.  Yang berkerusi roda pun ramai juga tetapi maha suci ALLAH, hamba-Mu itu begitu tabah berjalan sendiri menggunakan lutut.  Tiba-tiba mama rasa teramat malu kepada hamba ALLAH itu  Malu juga kpd ALLAH swt kerana mama yg fizikalnya sempurna ini 'malas' utk berjalan.

SUBHANALLAH..... seketika kemudian seorang lagi hamba ALLAH warga Afrika memintas mama yang berjalan terkedek-kedek.  MASYAALLAH, ALLAHUAKBAR................. warga Afrika itu amat pantas berjalan walaupun kedua belah tapak kakinya terbalik.  Maknanya dia juga  OKU.  Ya ALLAH, malunya aku.... ampunkan aku ya ALLAH kerana memanjakan kakiku.  Betapa ALLAH telah tunjukkan kepada mama kejadian itu utk mama berfikir.  Mama ambil semangat dua orang lelaki OKU itu dan teruskan perjalanan saei hingga selesai.  Yang peliknya, mama tidak lagi terlihat mereka di pusingan seterusnya.. Hanya ALLAH yang tahu, apakah sebenarnya yang Dia hendak tunjukkan kpd mama sebentar tadi.




 

Sungguh mama amat malu dgn diri sendiri.  Terima kasih ya ALLAH kerana menunjukkan kebesaran-Mu.  Betapa OKU seperti mereka itu tabah beribadah tanpa bantuan sesiapa. 

AHAD 4 NOVEMBER 2012

Berpeluang meronda sekitar Hotel King Abdul Aziz............... kagum dengan keindahan kompleks membeli-belah di hotel itu yang seakan-akan kompleks KLCC.  Di sini mama lihat ramai warga Indonesia yang kaya-raya sedang membeli-belah.  Kedai2 emas juga menjadi tumpuan mereka.

King Abdul Aziz Hotel bersebelahan masjidilharam dan Safwa Towers yg menempatkan jam besar

Abang  sempat berkenalan dgn seorang lelaki Indonesia yang sudah berbelas kali menunaikan haji.  Setiap kali datang, dia juga membawa empat orang pekerja yang ditanggung perbelanjaan haji mereka olehnya.  Lelaki ini ada ladang kelapa sawit yang luas, siap dgn kilang sekali.  Beliau berterima kasih kpd kerajaan Malaysia kerana memberinya peluang belajar mengusahakan ladang kelapa sawit.  Sempat juga dia bercerita tentang adik-beradiknya yang mencari rezeki di Malaysia... mungkin di ladang sawit juga....atau silap2 punya ladang sawit di Malaysia...!!

Hari ini mama bersolat magrib di tingkat satu berdekatan dgn tempat saei.  Mama memang jarang2 dapat bersolat bersama-sama jemaah Malaysia.  Biasanya mama sorang2.... di celah2 jemaah negara lain.  Selalunya Indonesia, India, Pakistan dan Turki.  Sesekali ada juga 'berjiran' dgn jemaah dari China dan Eropah.  Kali ini mama bersolat di sebelah 'mak cik' Turki yang berkerusi roda.  Dia asyik sungguh berzikir dgn tasbihnya.  Tiba2 tasbihnya putus lalu bertaburanlah manik2 dari tasbihnya yg putus itu. Mama dan seorang jemaah Pakistan membantunya mengutip biji2 tasbih di bawah kerusi rodanya. 

Mama bercadang utk turun ke 'basement' pada waktu Isya'.  Di situ mudah dapat air zam2.  Terlintas di fikiran utk menghadiahkan 'makcik' Turki tadi dgn tasbih kristal yg mama baru beli pagi tadi.  Lalu mama pegang tangannya dan serahkan tasbih tersebut.  Mak cik Turki ni, memandang mama sambil tersenyum manis.  Mama terbayang-bayang lagi pandangan matanya yang penuh kasih saat memandang mama.  Dia cuma senyum tanpa berkata apa2.  Sampai saat ini mama tak dapat lupakan cara dia memandang mama itu.  Mama hulurkan salam dan memanggilnya 'mama' sebelum minta diri utk pergi dari situ..
tasbih kristal


ALLAH maha besar.  Rupanya pada masa yg sama, seorang lelaki warga Iran telah menghadiahkan abang seutas tasbih yg cantik.  Mama rasa tasbih itu diperbuat daripada kayu kokka. Mahal tasbih jenis itu.  Saat abang tunjukkan tasbih itu kpd mama, mama tahu.... ALLAH tahu yg mama sayangkan tasbih yg mama beli dan sedekahkan kpd 'mak cik' Turki tadi... lalu ALLAH hadiahkan pula tasbih lain yg lebih berkualiti melalui abang...




**Abang banyak kenalan dari kalangan jemaah asing.  Mungkin sebab abang agak peramah, jadi mudah dapat kenalan tak kira bangsa.  Kemudian abang ceritakan semula kisah2nya dgn kenalan2 tersebut. Lelaki Iran itu seorang Syiah dan seorang guru yang hampir bersara.  Ceritanya, gaji guru hampir bersara di Iran sama nilainya dgn gaji guru Malaysia yg baru 10 tahun berkhidmat.   Jadi, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia ye.......

No comments: