Total Pageviews

Sunday, January 13, 2013

Terbang pulang.....!

SABTU 10 NOVEMBER 2012

Lepas solat subuh, ramai yang cuba ambil angin di luar asrama tapi angin sangat kuat, beserta debu pasir.  Kalau ada semput atau lelah memang tak elok keluar.  Mujur tak sampai sejam selepas itu, angin berhenti bertiup.  Mama ajak kak Piah dan mak keluar.  Saja nak lihat suasana sekitar.  Sarapan tadi kami makan nasi lemak. Makan ramai2 di celah2 katil.  Selimut kami jadkan alas duduk.  Asal boleh saja, janji selesa.

Wah, ada gerai rupanya.  Ada gerai makanan, ada gerai pakaian.  Apalagi, cuci matalah kejap.  Ramai juga yang beli buah delima.  Buah delima kat sini warna merah, lebih besar dari yang kita biasa lihat di supermarket.  Rasanya pun lebih manis. Mama ada juga beli. Dua biji SR5. 

Kak Piah ajak mama minum.  Mama makan roti canai.  Mak dan kak Piah makan mihun sup. Ada juga sup unta, mulanya teringin nak cuba juga tapi seorang hajah kata rasanya tak ssesedap sup lain.  kebetulan pula bila mama nak cuba rasa, sup tu dah habis.  Sambil makan, kami kena pasang telinga sebab TH kerap buat pengumuman tentang keberangkatan ke lapangan terbang jeddah.

Kami dimaklumkan bahawa KT38 akan bertolak ke lapangan terbang Jeddah pada jam 2 pagi. Jadi kami dinasihatkan untuk berehat sepanjang hari itu.

Selepas asar, mama bercadang untuk mandi. Waktu mama masuk ke tandas,tak ramai jemaah yang menunggu.  Tiba-tiba, ketika mama berada di dalam tandas, mama terdengar suara seseorang sedang marah2 dan menengking seseorang yang lain.  Dialognya jelas satu persatu sebab sipelontar suara itu menjerit-jerit ketika berkata-kata.  "Buka baju tu cepat! Mak cik! Saya kata cepat buka baju.!!  Ni apa ni? Baru pakai sekejap dah kotor?"  Itu antara dialog yang mama terdengar.  Tak lama kemudian kedengaran pula bunyi benda jatuh.  Sekali lagi sipelontar suara menjerit dan menengking.  "Hashimah!!!!! Apa kau buat ha...?  Macam mana boleh jatuh? Menyusahkan betullah....!!!!"  Hanya suara sipelontar suara sahaja yang mama dengar sedangkan orang yang dimarahinya hanya diam tak berbunyi.  Mama tertanya-tanya dalam hati.  Ingin benar melihat 'drama' tersebut.  Sebaik sahaja mama keluar dari tandas, mama sempat menonton sebahagian adegan lagi, tapi tak berani nak masuk campur.  Bila mama lihat mak cik yang dipanggil Hashimah itu, mama rasa sangat sedih.  Mak cik ni sudah uzur benar.  Umurnya 80 tahaun.  Dia memang tak banyak cakap dan badannya pula sentiasa menggeletar seperti orang kena Parkison.  Mama memang kenal mak cik ni sebab selalu bantu dia ketika di Mina.  Mama dan jemaah lain selalunya beri mak cik Hashimah masuk ke tandas dahulu.  Kesian melihat keuzurannya itu.

Bila balik ke dorm, hati mama tertanya-tanya lagi.  Apa hubungan sipelontar suara tadi dengan mak cik Kamisah?  Kalau tak silap mama, ada orang kata mak cik ni menunaikan haji bersama anak saudaranya.  Ish, tak senang mama dibuatnya.  Kalaulah betul begitu, kenapa anak saudaranya itu melayan dia sedemikian rupa?  Sedang memikirkan tentang mak cik tu, tiba-tiba Kak Misah sepupu abang datang menjengah.  Baru mama teringat kak Misah tinggal satu bilik dengan mak cik Hashimah.  Mama pun ambil kesempatan bertanya tentang mak cik Hashimah.  Menurut cerita kak Misah, mak cik Hashimah cuma ditemani oleh tiga orang perempuan lagi yang tidak ada hubungan persaudaraan pun.  Hanya teman menumpang mahram.

Mama tak mampu nak berkata apa2.  Cuma mama doakan agar mak cik Hashimah sabar dan semoga Allah ampunkan sipelontar suara. Mungkin dia ada sebab tertentu kenapa dia melayan mak cik Hashimah begitu. 

Malam itu lebih kurang jam 11, dorm kami hampir lengang.  Kebanyakan hajah2 dah tak sabar2 nak ke Jeddah tak sabar2 nak balik ke Malaysia.  Sedangkan kami sepatutnya menaiki bas pada jam 2 pagi.  Mama dan beberapa orang sahaja yang masih berehat di dorm. Ada yang sedang mencuba abaya yang mereka beli.   Di luar, ramai yang sudah beratur di tempat menunggu bas.  Entahlah, kadang2 kegairahan terhadap sesuatu boleh menyebabkan kita bertindak melulu.
  Jeddah airport


Imigresen
Lebih kurang jam 1 pagi TH meminta kami berkumpul kerana bas akan tiba tidak lama lagi.  Barulah betul. Bila kami keluar, jemaah2 yang sudah menunggu sejak jam 11 tadi nampak keletihan.

Di airport, satu insiden berlaku.  Seorang jemaah tiba2 menjerit2 seperti histeria.  Dia meracau dan 'speaking London".  Suasana jadi kecoh.  Beberapa pengawal dan polis tiba.  Adik2 kepada jemaah wanita tadi ada tiga orang semuanya. Yang lelaki mama dengar seorang pensyarah, sedang menerangkan sesuatu kepada polis sementara dua adik perempuannya sibuk memujuk dan mengurut si kakak. Tak lama kemudian, dua orang doktor tiba. Penerbangan wanita tadi dan adik lelakinya terpaksa di tangguhkan.  Dua orang lagi akan balik dengan kami.

Masyaallah, alhamdulillah.  Penerbangan kami sepatutnya jam 7 pagi, tapi syukur Allah mudahkan dan tepat jam 6 pagi kami dah terbang pulang.  Kiranya sejam lebih awal.

Dalam flight Saudi ni ada lagi insiden.  Makanan tengahari tak cukup.  Mama dan 14 orang lagi terpaksa makan omelette sekali lagi [omelette ni sarapan pagi tadi kami dah makan]. Hanya itu saja yang ada.  Kesian pramugari dan ketua pramugara datang minta maaf dari kami.  Ada seorang pak cik tu 'emo' sikit. Merajuk kot tak nak makan apa2 sehingga merah mata sipramugara menahan malu dan sedih kot.  Abang dan mama ok saja.  Abang kata tak mengapa, inilah dugaan selepas haji yang mungkin menentukan kemabruran haji kita.  Sejuk hati mama mendengarnya.
   

2 comments:

notie said...

Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya.

Pengalaman yang di tempuhi merupakan sesuatu yang amat berharga yang tak akan kita perolehi kemudiannya.

Bila melihat dan mendengar serta memandang disekeliling kita, hanya kesabaran dan ketabahan yang menguatkan hati dalam menempuh apa juga cabaran yang datang.

Memang menguji kesabaran kita kan. Apa pun bersyukur lah diatas segala pemberian Nya.

mama aini said...

yes...........syukur alhamdulillah