Total Pageviews

Saturday, January 19, 2013

Buah Tangan Dari Saudi

Dah lebih dua bulan mama tinggalkan tanah suci tetapi kenang-kenangan di sana masih segar diingatan.  Indah, manis, mencabar, teruja.............. merupakan antara perkataan yang sering keluar dari mulut mama bila ditanya tentang pengalaman di sana.  Mungkin ada juga antara kenangan itu yang boleh dikategorikan sebagai 'buah tangan' dari Saudi buat sajian pembaca blog ini.  Bukan sesuatu yang luar biasa jika ramai yang suka membaca atau mendengar cerita-cerita tanah suci ini.  Bukan orang yang belum pernah ke sana sahaja yang sukakannya, bahkan orang yang pernah dan kerap menjejaki bumi suci itu pun selalu ternanti-nanti cerita2 terkini dari Kota Mekah. Bukan sekadar suka2 tetapi banyak informasi dan iktibar yang boleh dikongsi dan dijadikan panduan.  Buah tangan ini lebih kepada corat-coret peristiwa pahit manis di sana sebagai hidangan semua.

1.  Sampai sekarang masih rasa terkilan dan tak puas kerana tak dapat bersolat di Raudhah tetapi tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat menjalankan tanggungjawab melindungi ibu tercinta dalam kesesakan di situ.  Semoga mama dapat lagi peluang ke sana suatu hari nanti.

2.  Berhati-hati kalau membeli-belah di luar masjid Nabawi, atau di mana-mana kaki lima atau tepi2 jalan.  Barangan yang dijual memang lebih murah tapi awas...anda mungkin boleh terbeli barang yang terlalu rendah kualitinya. Jubah harganya SR25, tapi jahitan kurang kemas, tiada jahitan tepi.  Kalau ada manik pun cuma ditampal sahaja.  Baru sekali pakai, manik bertaburan dan jubah berbulu, terkeluar benang sebab tak jahit tepi.  Bukan itu sahaja, peniaga2 ni akan lari lintang-pukang kalau pihak penguasa datang.  Jadi pastikan anda bayar cukup2 untuk barangan itu. supaya tak kerugian sebab peniaga tak sempat pulangkan duit baki.

3.  Nak beli kurma?  Banyak pilihan kurma kalau pergi ke Tamak Souk di Madinah.  Harganya pun boleh runding.

4.  Tak tau berbahasa Arab bukan masalah besar kalau nak membeli-belah.  Kebanyakan peniaga pandai berbahasa Melayu.  Ungkapan 'Malaysia bagus' sentiasa bermain di bibir mereka untuk menarik perhatian jemaah Malaysia.

5.  Kalau nak beli buah tangan untuk keluarga, lebih mudah dan lebih banyak pilihan di Madinah.

6.   Pelbagai ragam dan fesyen dapat kita lihat dikalangan jemaah.  Ada yang menarik, ada yang pelik.  Ada mulut diam, ada mata pandang.  Tak perlu komen apa2, fikir yang baik2 sahaja, Insyaallah..

7. Setiap kali masuk ke Msjidilharam jangan lupa berdoa, semoga diberi ruang yang selesa untuk kita bersolat.  Dekat dengan kipas, dapat pandang kaabah dan dekat dengan air zam2.  Insyaallah, Allah maha mendengar

8.  Dalam kesesakan [terutama musim haji] beri ruang kepada jemaah lain jika mereka hendak duduk dekat dengan kita. Kita mudahkan orang, Insyaallah, Allah mudahkan kita.  Pendek kata, sentiasa bertolak ansur.

9.  Banyak jemaah kaki rokok.  Sepatutnya inilah masa sesuai untuk berhenti merokok.  Rokok mahal, kena sembunyi2 kalau nak beli sebab rokok haram di Saudi.  Biasanya pekerja hotel yang 'seludup' untuk jemaah.   Wahai perokok, berhentilah merokok sebelum ke Mekah.

10.  Bercampur saf lelaki dan perempuan di Masjidilharam.  Kena pandai cari tempat yang sesuai supaya tidak hilang fadilat saf.

11.  Ramai yang mengeluh panas ketika di Arafah.  Jemaah lelaki dilarang ke kemah wanita tapi ada juga yang 'terlepas' atas alasan mencari isteri.  Hai Pak Aji.......

12.  Cabaran dan cubaan sebenar adalah ketika di Arafah, Mudzalifah, Mina... Ada yang tak mampu mengawal emosi, lalu marah, maki hamun dan 'histeria'.  Memang gambaran padang Mahsyar.  Bersempit, bersesak dan celaru emosi.  Haji adalah Arafah.....

13.  Terkesima tengok banyaknya pokok semambu di Arafah dan Mina.  Tukang2 masak dan pekerja muasasah ramai dari India dan Bangladesh...Hmmm, patutlah banyak pokok semambu kat sini. Dulu bila anak2 demam campak, selalulah cari daun pokok semambu ni buat bedak sapu kat badan.  Daun semambu kalau di kisar dan diminum airnya dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis.

14.  Selepas melontar, tak lepaskan peluang makan aiskrimnya yang lembut dan gebu, SR2.  Lepas tu pekena roti canai panas2, sedap walau tak berkuah SR5.   Siapa buat?  India mari jugaa....

15.   Ketika bertolak ke Arafah, ada seorang Pak Aji tercari2 isterinya di lobi hotel.  Rupa2nya si isteri dah naik bas lain dengan kawan2.  Bila nak balik ke Mekah semula, giliran isteri pula tertunggu2 si suami.  Giliran si suami pulak naik bas lain dengan kawan2.  Tinggallah si isteri keseorangan.

16.  Ada seorang jemaah wanita yang datang dengan suami dan kakak sepupunya.  Kakak sepupunya selalu terabai.  Terpaksa ikut jemaah lain ke masjid.  Sebarang urusan kena buat sendiri.  Jemaah wanita ini pula selalu diabaikan suami, terpaksa pulak ikut orang lain ke masjid.  Macam diatur-atur pula.

17.  Sukar mencari biskut creamcracker, roti sandwich biasa, susu pekat dan kopi.  Semua biskut dan roti rasanya manis. 

18.  Berhati-hati dengan pengemis.  Kalau nak bersedekah, pastikan pengemis lain tak nampak.  Kalau tidak, alamat tak cukup duit nak sedekah kat pengemis lain yang serbu kita.  Ada lebih baik kalau sedekah kepada pekerja2 masjid.

19.  Pekerja2 masjid sangat berdisiplin.  Beratur turun dan naik bas pekerja.  Pelbagai bangsa ada.  Nampak harmoni sungguh.  Indahnya Islam.....menyatukan semua bangsa di dunia.

20. Jemaah2 wanita semuanya biasa2 sahaja ketika naik kapal terbang .  Bila mendarat di airport, masyaallah,...merah sangatlah mak ngah!  Tiba2 bibir menyala, kelopak mata biru dan pipi pun merah juga.  Mak Aji oh Mak Aji............................

No comments: