Total Pageviews

Monday, January 21, 2013

Hamba-Mu

Seminggu selepas mama kembali, seorang kawan menelefon untuk memberitahu khabar gembira.  Katanya berkat doa mama, dia berjaya mengandung di usia lewat 30-an.  Ini kandungn pertamanya.   Gembira sungguh dia.  Mama pun tumpang gembira juga.  Iyalah, sebelum berangkat, ramailah yang berkirim doa.  Yang nak tambah anak, yang nak anak, yang nak jodoh pun ada juga.  Mama hanya tolong doakan.  Selebihnya adalah atas kuasa dan perkenan Allah.  Selain doa mama, mereka pun kena berusaha dan doa untuk diri sendiri. 

Tuhan lebih mengetahui.  Nak dijadikan cerita, Sya, kawan yang baru dapat berita gembira tu tiba2 dirundung malang.  Pagi2 tadi, seorang kawan lain mengkhabarkan yang Sya dinasihatkan oleh doktor untuk menggugurkan kandungannya yang telah mencecah 4 bulan.  Khabarnya, janin dalam rahimnya sudah kembung dan kepalanya berair.  Bila2 masa sahaja janin itu akan 'meletus' keluar.  Jalan terbaik adalah dengan menggugurkannya.  Apalagi, berderai air mata Sya dan suami.  Anak angkatnya yang berumur 9 tahun itu pun turut sedih.  Impian untuk dapat adik berkecai akhirnya. Kata doktor, kalau janin itu membesar dan lahir nanti pun akan cacat [kepala besar].  Sedih mama mendengarnya.  Begitulah, besarnya kuasa Allah.  Kita ini hanya hamba-Nya yang kerdil. 



No comments: