Total Pageviews

Tuesday, January 22, 2013

Menuju Perubahan

Sejak pulang dari Mekah dan memegang title hajjah, walaupun bukan mama minta gelaran itu, mama terasa-rasa yg kawan2 sekerja selalu memerhati gerak-geri, tindak-tanduk yg mama buat.  Kadang2 rasa tak selesa.   Tapi ada bagusnya juga, sekurang-kurangnya mama akan sentiasa ingat dan waspada.  Dan sekurang-kurangnya, diri ini akan sentiasa ingat akan Allah, sentiasa bersyukur kpd-Nya.  Sentiasa juga berhati-hati agar tiada kesilapan dari segi tutur kata dan tingkahlaku jangan sampai menyinggung perasaan org lain.

Ada seorang kawan bangsa India di sekolah mama ni.  Nama saja India tapi tak fasih pun bahasa Tamil sebab dia bersekolah di sekolah kebangsaan masa kecilnya dulu.  Cukup rajin dan kuat bekerja.  Suatu hari tu, mama panggil seorang kawan dari kantin.  Biasalah, kenalah jerit sikit sebab kawan tu jauh juga dari mama.  Tiba2 kawan India ni boleh pulak tegur, "Akak, akak sudah lupa ye? Akak kan dah hajjah...mana boleh menjerit...."  Pulak....!!!  Habis tu takkan nak berbisik, sah2 la kawan tu tak dengar ..

Yang pasti, tahun ini mama rasa lebih tenang, lebih mudah kawal emosi dan Alhamdulillah, cerita2 menarik dari Mekah pun kadang2 boleh mama gunakan semasa mengajar dan budak2 pun suka mendengar.  Betul kata orang, kalau sudah menunaikan rukun Islam kelima itu, kita akan rasa 'ringan' kepala.  Terasa macam satu bebanan dan hutang sudah kita langsaikan.  Alhamdulillah...  Jadi, kepada kawan2, sahabat2, adik2 mama, cepat2lah sempurnakan tuntutan ini jika sudah ada kemampuan...  Pasang niat dari sekarang, Insyaallah Allah maha mendengardan semoga Allah memperkenankan doa kita..aminnn..

Mama pula, mudah-mudahan Allah mudahkan untuk mama mempersiapkan diri menuju perubahan.  Perubahan ke arah menjadi muslimah sejati, berazam menjadi yang lebih baik, yang boleh pula menjadi contoh kepada orang lain.  Insyaallah....



2 comments:

notie said...

Alhamdulillah semuga perubahan itu menambahkan lagi ketaqwaan dan juga keimanan.

Aku pun nak sentiasa berdoa lah semuga Allah memberikan aku rezeki dan mempermudahkan niat dan harapan aku nak menjejakkan kaki menunaikan Rukun Islam ke 5 tu. Tapi apa pun mudah-mudahan aku dapat menunaikannya berdua bersama-sama macam ko dengan Am. Amin.

mama aini said...

aminnnn....ya Allah, Kau kasihanilah sahabatku ini...!!!