Total Pageviews

Saturday, August 26, 2017

Nak Pi Vietnam? Jom study dulu.


Kinh chao quy khach = selamat datang / welcome

Awal tahun 2017 iaitu pada 20 Mac , mama berpeluang join trip ke Vietnam.  Trip 5 hari 4 malam dengan kos cuma RM1100 seorang termasuk makan dan penginapan.  Excited nak pergi trip tu. Bukan senang nak dapat .  Kebetulan kawan mama kata ada kosong lagi utk trip tu.   Agen yang bawa kami tu Encik Ramadhan.  Kebetulan jugak ada promosi.  Biasanya paling kurang pun RM 1500.  Kira rezekilah utk mama ni. So pujuklah cik abang sayang sekali . Mujur dia bagi tapi dgn syarat dia ikut sekali. 

Oleh sebab tak pernah gi trip overseas, kecuali Singapura, so mama search dulu .  Tanya kat pak cik google kot2 ada apa2 petua atau pantang larang kt sana. Sebelum tu asyik dengar cerita dari kawan2 yg dah pernah pergi ke sana. Oleh sebab nakkan kepastian, mama google lah,  Jumpa plk artikel oleh Artika Hassan ni.  Memang berguna sebagai peringatan untuk kita. Jom kita study.  Maaf ye Artika, mama copy paste dan edit.  Hihi..

Kredit untuk Artika Hassan.

Tips bagi mereka yang berminat nak ke Vietnam(Ho Chi Minh, berikut beberapa info yang diharap dapat membantu anda sebelum ke sana.
Ibu negara: Hanoi
Bandar terbesar: Ho Chi Minh
Bahasa: Vietnamese
Matawang: Vietnamese Dong (VND)
Masa: Sejam lewat daripada Malaysia tapi 6 pagi macam 7 pagi di Malaysia. 6 petang macam 7 petang di Malaysia
1. Teksi (pesanan ni banyak sikit sebab kalau tak ikut, anda akan mudah ditipu)
1.Bila sampai ke airport, ada banyak sangat syarikat teksi. PASTIKAN anda hanya guna 2 syarikat sahaja iaitu Mai Linh dan Vinasun. Kalau keduanya takada, tunggu juga sampai ada. Ia jauh sedikit dengan gate, di platform 1&2.  Mama dan rombongan beruntunglah sikit sebab pengangkutan disediakan oleh Travel Agensi kelolaan Encik Ramadhan ni.  Tak payah susah2 cari teksi.
Teksi Mai Linh

Yang ni Vinasun

2. Pastikan anda gunakan teksi BERMETER SAHAJA. 2 syarikat tu je yang guna meter. Yang lain, ada meter, masuk kereta, dia off meter. Bila cakap English, mereka tak faham. Kalau nak kena tipu, boleh cuba guna yang tak bermeter. Phew!
3. Pastikan anda ambil nombor plat kereta dan nama pemandu (ada di tengah dashboard). Kalau mereka buat hal, senang anda nak buat laporan.
4. Pastikan anda jangan duduk dekat dengan pemandu. Duduk di belakang. Pemandu belah depan kiri, tak sama macam di Malaysia. Jangan pula nanti masuk pergi duduk di tempat pemandu.
Ok.  Tadi tu tips untuk yang ke sana sendiri ye.  Kalau yang ikut pakej macam mama biasanya ada bas disediakan. 
5. Pastikan anda dah keluar duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak sampai VND 200,000 lebih kurang RM40. Kalau lebih memang anda dah kena tipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 je untuk persediaan kalau anda ditipu.
6. Pastikan pemandu langsung tak nampak duit anda berapa banyak.
Tips nombor 5 ni, alhamdulillah masa tu diorang sangat terima duit Malaysia.  Mama tukar duit Vietnam 4 juta je.. Betul, 4 juta VND [ sebut DONG].  Banyak tu... tapi matawang Malaysia bersamaan dengan RM286.  Untuk pengetahuan , VND 10,000 cuma dapat beli air mineral 500ml sahaja.
Ok sayang-sayang.  Mama stop dulu.  Lain kalai kita sambung ye.

xin kam en -= terima kasih


2 comments:

notie said...

oh pergi Ho chi mei... ni aku lum sampai lagi. Tapi memang lah bila nak belanja guna dong emm jenuh le dok congak harga. Masa aku pergi dulu duit RM masih lagi tinggi dibandingkan sekarang. Jadi memang shopping seronokle. Yang kelakor tu wakil negara lain dah habis shopping tapi orang malaysia aku dan Kak ct yang masih lagi tawar menawar harga sampaikan wakil vietnam terpaksa menyusul kami. Kalau tak entah sampai bila nak habis shopping.

Ni kalau pergi pakai pakage lagi sonang, siapkan duit je untuk belanja. Tak payah fikir pasal transport lah pasal makan lah. Agen dah siapkan tinggal shopping je. Itulah seronoknya pergi vietnam sebab murah harganya. Tapi kalau beli kain pastikan lerang yang besar sebab dulu aku tak check dah berkenan terus je beli. Sekali bila balik malaysia nak buat baju....huhuhu lerang 45 kecil dan tak cukup. huhuhuhu. Sutera vietnam pun cantik.

mama aini said...

Hmmmm next time nk g trip ke berguru dulu ngn kau ni. hihi