Total Pageviews

Friday, January 18, 2013

Aku Kembali

AHAD 11 NOVEMBER 2012

Tepat jam 8.30malam, Saudi Airbus yang kami naiki selamat mendarat di KLIA..  Kebanyakan jemaah tak sabar2 nak bertemu keluarga.  Mama dan abang masih rileks lagi sebab ahli keluarga yang bakal menjemput kami masih belum tiba.  Maklumlahkan, kami sampai sejam lebih awal.  Jadi, kesempatan itu kami ambil untuk ke surau dan tunaikan solat.  Sedihnya tak sampai 10 orang jemaah yang bersama-sama kami. Sangka yang baik sajalah. Betul kata ustaz tempohari, bila dah jejakkan kaki ke bumi Malaysia semua orang seakan lupa untuk menunaikan tanggungjawab kpd Allah.  Sepatutnya kita 'bertemu' Allah dahulu, sujud syukur kerana selamat sampai.  Tapi macam mama kata tadi, think it positively...

Sesungguhnya terlalu banyak kenangan ketika berada di bumi Mekah dan Madinah.  Sesekali terbit rasa rindu itu, yang kadang2 menimbulkan rasa sebak bila teringatkan Kaabah.  Alhamdulillah, kini mama rasa lebih sempurna....tidak ada 'hutang' lagi yang masih belum tertunai.  Doa dan harapan semoga suatu hari, suatu ketika nanti mama diberi rezeki dan peluang oleh Allah untuk kembali ke sana, jika boleh sekerap yang mungkin..., Insyaallah...Ya ALLAH, KAU perkenankanlah..!!!!  Tentu lebih indah lagi kalau dapat ke sana dgn kawan2 rapat kita, keindahannya pasti lebih terasa nikmatnya jika nak dibandingkan dgn alumni dan reunion...



 

Dan, keindahan ibadah di Baitullah juga pasti lebih terasa jika kita berpeluang ke sana dengan orang-orang yang kita sayangi, cintai....iaitu ahli keluarga, suami, anak2.......Ya Allah, Kau dengarlah doa hamba-hamba-Mu..... kurniakanlah rezeki kepada adik-beradikku, anak2ku, sahabat2ku..... Kau kurniakanlah mereka jodoh yang baik yang soleh yang selalu mengingati-Mu...........Kau berilah aku rezeki agar aku dapat ke Baitullah-Mu bersama2 orang2 yang aku cintai....Amin.....................







No comments: