Total Pageviews

Wednesday, December 28, 2011

yang baru vs yang lama

hmmmmmmmmmmmm...........tak tau apa nak komen.  Tak terucap apa yg dirasai kala ini.......nak kata kecewa, mungkin jgk.......entahlah, dah nasib badan.  Betul2 gpk 1 buat apa yg dia rasa patut sedangkan org lain rasa kurang patut, malah ada yg memang tak patut pun......mama bimbang kalau2 tahun 2012 nanti banyak masalah akan berlaku.  Yelah, kalau dah guru yg ambil kelas tahun satu nanti adalah guru yg satu malaya dah tau, garang gila.....takut2 nanti ramailah anak2 tahun satu yg menangis tak nak dtg sekolah.  Telefon pejabat pulak bakal berdering saban hari oleh panggilan2 dr ibubapa yg tak puas hati...guru tu pulak dah mengadu kat mama yg dia rasa tak patut ditempatkan mengajar tahun satu sbb dia dah biasa dgn tahun enam....dah biasa jadi ajk disiplin lak tu....

mama jadi sasaran mereka mengadu rasa tak puas hati sbb mama org lama, dah senior dah..atau budak2 kata otai....gpk tu pulak masih muda belia lagi...guru besar agaknya serah keputusan bulat2 kat dia sbb guru besar akan pencen menjelang januari 2012......gb dah terbayang2 keseronokan berpencen dan dah ternampak2 lambaian pohon2 getah di kebun getahnya mintak ditoreh.....maklum, org banyak  kebun...ibarat kata gpk hem, mr k tempohari, gb pencen terus dpt jawatan baru --pensyarah kanan itm...ITM untuk INSTITUT TOREH MENOREH......kalau mr k yg pencen jawatannya hanya NGO - NOREH GETAH ORANG...hahaha....

 begini agaknya gaya pensyarah kanan itm....

hmmm.....apa2 pun yg kami rasa sekarang ni, terpaksalah dipendam saja...nak dilawan kami ni guru biasa......ibarat mentimun digolek terkena, menggolek pun terkena juga...kalau nak ikutkan rasa kecil hati, hmm lama dah mama terasa......sejak hari terakhir sekolah lagi....bila gpk 1 'offer' mama turun kelas.....dar kelas A ke kelas B.....tak apalah, turun kelas pun gaji mama naik jugak! Cuma yg buat hati jd 'terkucil' bila dia kata perubahan tu penting sangat demi untuk kecemerlangan murid2...terasalah yg mama ni dah gagal, tak mampu lagi beri kejayaan kpd sekolah....rupanya bukan mama sorang...mama setakat turun kelas je..tapi ada dua tiga org yg tak ada lagi dlm senarai mengajar th 6.....Terus turun ke tahun satu.....

terasa yang amat sangat oleh sebab selama ini mama dan kawan2 yg sama jgk yg berhempas pulas,..kami jatuh dan bangun bersama........zaman kegemilangan dan zaman merudum pun tenaga pengajar yg sama........kami dah lama di sini....gpk tu saja org baru, baru masuk setahun lebih......tapi nampak gayanya dia nak 'tawan' semua 'portfolio'.....nak kawal semua org.....semua kena dgr cakap dia saja....jarang sekali dia ikut pendapat kita...sesuai kalau kami gelar dia si queen control....mulalah terdengar sosek2 yg mengatakan begitulah kalau perempuan jadi pemimpin.  Ye ke? Tak semua perempuan yg jadi ketua tu suka kontrol org...cuma kebanyakannya iyalah kot.....

kepada kawan2 mama, mama hanya mampu beri nasihat....usah hilang semangat..pedulikan si queen control tu..yg penting adalah anak2 didik kita.....tanya balik diri dan hati, yang sebenarnya apa tujuan kita bekerja..apa niat kita dan kerana apa.....insyaallah kalau kita bekerja kerana ALLAH swt, segalanya akan dipermudahkan......anggap saja perubahan yg turun naik tu sebagai satu lagi cabang pengalaman utk kita timba dan gali...mama pun tengah belajar untuk cuba melenyapkan segala rasa kecil hati......nak cuba ikhlaskan hati ini demi anak2 didik jugak...mereka tak tau apa2...kalaulah kita turutkan rasa kecewa, takut2 kita hilang semangat dan yg rugi anak bangsa kita juga...betul tak? betul, betul, betul kata upin dan ipin...
 
 cikgu, ajarlah saya....


2 comments:

notie said...

Wah nampak gaya ko pun ada tokoh jadi kaunselor ler boleh pujuk2 hati dan kengkawan yg dok kecik hati. Inilah nasib kita sebagai org kecik jadi manjang je kecik hati. Nak buat macamana kan dah rezeki kita camtu.

Kat opis aku pun macam tu juga ada ke patut kerani (lelakilah)tu manjang je MIA kadang timbul kadang tengelam tapi tup-tup dicalunkan cemerlang. Nampak sangat ini tidak adil tapi oleh kerana big boss aku tak boleh di sangkal hujahnya kalau tak nanti kita juga yg teruk di asaknya jadi biorler dia terjun dengan labu-labunya. Biarkan biarkan bior di jawab di sana nanti. Walau pun kadang geram dengan ketidak adilan yang berlaku siapalah kita kan nak perbetulkan. Berdoa ajelah semuga Allah menunjukan kebenarannya semuga yg batil dapat di nyahkan. Tapi balasan tu sebenornya lambat sungguh nak nampak kan.

Doa je lah semuga aku dijauhkan dari di aniaya oleh orang yg zalim. Buat lah kerja sedaya mungkin. Nak kecik hati ke nak bengkek ke biorlah mereka-mereka itu jawab nanti di sana. Apa pun berdoa je lah semuga rezeki yg di terima di berkati dan di rahmati allah SWT. Amin

mama aini said...

Amin...tq.