Total Pageviews

Monday, December 12, 2011

Kesiaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnn.................

Waktu mama kecik2 dulu, ada sorang nenek kat kg yg mama tak ingat namanya, tapi ingatla nama glamor dia...EMBAH KESIAN....[nenek kesian].  ....sebab setiap ayat yg dituturkan oleh nenek ni mesti dimulakan atau diakhiri dgn perkataan , kesiaaaaaannnn..................

Baru2 ni mama curi masa balik ke rumah....ingat nak jahit baju yg dah lama bonar tertangguh tu....tiba2 kak maimon jiran depan rumah panggil, katanya ada benda nak tanya....bermulalah kisah........................... kesiaaaaaannnnnnnnnnnnnnn..................

Kak maimon tanya pasal ana. Memang patut pun dia tanya sebab dialah yg rekomenkan ana dulu kat kami.  Kak maimon meluahkan rasa marahnya sebab ana berhenti tiba2.  Mama kata tak kisahlah, kami tak ada hak nak halang ana utk cari pendapatan lain. Maklumlah kerja 'guard' pun dah naik gaji. mulai Disember ni..rupa2nya selama ni, ana yg menanggung perbelanjaan rumah.  Mana nak bayar sewa rumah, mana nak makan dsb.  Suami ana kerap ada di rumah, maknanya tak kerjalah.  Suami dia kerja bila tauke panggil sebab nak suruh hantar barang.  Sebulan adalah dua tiga kali je dia kena hantar barang.  Yang selebihnya cuma makan tidur terbongkang kat rumah.  Sewa rumah dah tiga bulan tak bayar. Bateri kereta pulak dah 'kong'.....insuran dan cukai jalan pun tak bayar lagi....Tak lama lagi naik sekolah, nak kena jugak sediakan pakaian dan buku2 anak2.....Mana ana tak pening kepala. Itu yang ana sanggup kerja siang malam tu. Malam dari jam 11 pm sampai 7 am di hospital ,kemudian terus sambung di sekolah pulak sampai 7 petang.  Bayangkan berapa jam saja yg ana free.....cuma ada tiga atau empat jam je...anaknya yg sulong baru 11 tahun, lelaki tapi dah pandai masak, uruskan rumah....jaga dua org lagi adik berumur lapan dan tiga tahun.....apa yg suami ana buat? kesiaaaaaannnnnnnnnnn...........

 
Duit,duit...dimana kau duit...

Patutlah ana berhenti jaga yah....dan patutlah dia nak pinjam duit....rupanya bukan setakat nak bayar sewa rumah yang dah tertunggak tiga bulan, tapi juga nak bayar duit muka motosikal baru utk suaminya....ish, ish, ish, ....................kak maimon marahkan ana sebab terlalu 'sayang' kat suami dia, ikut je kemahuan suami...sampai  ana sanggup tebalkan muka pinjam duit sana sini hanya kerana suaminya nak pakai motor...yelah, kalau motor cuma sebuah, ana pulak pakai dari jam 11 malam sampai 7 petang esok.., susahlah sang suami nak bergerak...nak pakai kereta, banyak guna minyak....hmmm, apa jenis lelaki ..ops, suami macam ni.... ..kesiannn ana....

Kata kak maimon lagi, ana cuba pinjam duit dia, tapi memandangkan ana pernah pinjam rm1000 lepas tu liat nak bayar balik tak delah kak maimon bagi pinjam lagi.  Aduyai, macam ni macam nak kena 'burn' je duit yg ana pinjam ari tu....kesiaaaaaannnnnnnn....

Betul kata kak maimon, kalau ana sayang sangat kat suami sepatutnya ana boleh mintak suami dia je yg kerja guard......hmmm, kesiaaannnnnn bila dengar cerita dia ni.  Akhirnya ana dapat pinjam duit adik dia sendiri.  Dengar cerita adik dia baru je kawin, entah2 duit hantaran kot [sbb adik dia perempuan]...Ana balik kampung sorang2 masa adik dia kawin ari tu sebab suami dia tak ngam dgn keluarga ana......yelah, keluarga sesiapa pun tentu marah kalau awak jadi suami tapi perah keringat isteri.....tak de perasaan ke tengok isteri bertungkus-lumus cari duit...kesiaaaaannnnnnnnn............

Hidup di Malaysia ni kalau rajin, insyaallah boleh hidup senang..Contohnya jiran mama Kak Ros dan Abg Tumadi, asalnya Indon....suami-isteri merantau ke Malaysia ....selepas hampir 30 tahun di sini, mereka berjaya beli rumah.  Kereta pun ada dua buah, sekarang walaupun Kak Ros tak kerja lagi, tapi hidup dia pun tak susah.......sebab dia rajin pulak buat makanan ringan di rumah iaitu kuih gunting.  Ada pulak 'kaki' yg tolong jualkan kuih gunting kak ros....abg tumadi pulak kerja di stesen minyak dekat dgn rumah.....pagi sebelum kerja, dia ambik upah toreh getah...petang2 dan hujung minggu dia bersihkan kebun.....ada sorang org kampung yg amanahkan abg tumadi utk jaga kebun dia...dapatlah dia tumpang menanam jagung dan ubi......ubi kak ros buat kerepek dan jual,,,,jagung pun diorang jual jugak.....mamalah yg untung sbb selalu dpt makan ubi dan jagung free...kalau musim buah sukun, ada lah kerepek sukun pulak....kebun tu ada pokok sukun....tuan tanah pun tak banyak kisah, asalkan abang tumadi jagakan kebun dia....

Ada sorang lagi, Hosni warga Mesir.  Dia kawin dgn org kg ni, sekarang tinggal kat sini, menyewa rumah abg..isterinya ustazah....dulu Hosni kerja di stesen minyak, malam buat 'part time' ajar budak bahasa arab...termasuklah yasin dan habib... kemudian kerja kat MYDIN MITC kat gerai tudung.....sekarang ni dah kerja tetap kat syarikat percetakan. Kebetulan pulak dia ada diploma bidang tu.......dah hidup senang, kereta pun ada.  Hosni puji Malaysia sbb aman, kaya, hijau.........mula2 datang dia kagum tengok kehijauan tanah air kita....katanya bumi Malaysia ni mcm emas....campak apa pun boleh hidup.....berbanding dgn negara asalnya yg sering bergolak, tanah pun tandus.....dia tak ada pun rasa nak balik Mesir sbb rezekinya, anak isterinya di sini. kalau rindu kat kg, bila2 masa boleh telefon.

Epi, pembantu baru kami ni pun sama jugak.......dia tak kisah kerja jaga yah yg gaji tak berapa lumayan sbb dia dah lama kat sini, anak2 dah dua org bekerja............dia tak hidup susah......motor dan kereta pun ada, tak ada pun berhutang dgn org....Bila dibandingkan kisah diorang dgn suami ana, hmmmm kesiaaaaaannnnnnnnn.......bukan kesian kat suami dia, tapi kat ana........... terkini, mama dengar dari kak maimon, ana mintak tolong carikan org yg boleh beli kereta dia....jenis proton saga lama......kalau tolak kedai, cuma rm 1000........kak maimon marah lagi, katanya ini dah kali kedua ana jual kereta sbb susah, tak mampu nak bayar insuranlah dsb.....  nanti ada duit sikit beli kereta lagi, bila susah jualkan balik...ish, ish, ish, kesiaaaannnnnnnnnnnnnnn...........geramlah dgn lelaki2 aka suami2 yg pemalas ni.......yang jadi mangsa, anak2 dan isteri jugak, kesiaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..................

No comments: