Total Pageviews

Saturday, December 24, 2011

mulut longkang

 
 Apa beza mengumpat dgn gossip?  Rasanya keduanya sama saja.  Mengata org........ibarat kata peribahasa, menjaga tepi kain org......sibuk jaga tepi akin org, kain sendiri berlubang pun tak sedar. 

Tengoklah dua makcik ni....bukan main muncung lagi bibir diorang, seronok cerita pasal org lain.... maknanya bergossip atau mengumpatlah...
 APA ITU MENGUMPAT?
Perbuatan menyebut sesuatu YANG BETUL tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahui, pasti akan marah.. kalau menyebut sesuatu yg tak betul pulak maksudnya MEMFITNAH. Nauzubillah. Moga kita terpelihara daripada sifat mazmumah tu.

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat : "Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?"
Para sahabat menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia marah sekiranya dia mengetahui."
Sahabat bertanya : "Sekiranya apa yang saya sebut itu benar-benar wujud, adakah dikira sebagai mengumpat juga?"
Rasulullah s.a.w menerangkan: " Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar-benar wujud, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya tidak benar, maka kamu dikira memfitnah."
 
Dalam kitab Ihya' Ulumuddin, setelah Imam Al-Ghazali menjelaskan panjang lebar berkenaan larangan mengumpat, dinyatakan 6 keuzuran yang diharuskan mengumpat.
  1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
  2. Meminta pertolongan  untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya wajib pendedahan ini apabila melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan akan datang)
  3. Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w. tentang suaminya yang kedekut.
  4. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan hamba yang bakal dibeli dan seseorang yang akan diserahkan amanah. Demikian juga sekiranya seseorang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukan sekiranya ada. Terdapat 3 golongan manusia seandainya diceritakan keburukan mereka maka tidak dikira mengumpat iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seorang yang terang kefasiqannya.
  5. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti buta, tempang dan sebagainya.
  6. Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan seperti lelaki yang mengubah jantinanya, minum arak, berzina dan sebagainya. Tapi, jika dilakukan secara tersembunyi, maka tidah harus menyebut tentang mereka.
Namun, 6 situasi di atass mestilah dikawal yang bermaksud setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat sahaja. Lebih baik sekiranya nama seseorang tidak disebut.
 
Petang tadi epi dtg mengadu kat mama....nampak macam marah betul dia.......Kata epi ada jirannya yg dah bercerita tentang epi yg dtg kerja kat rumah abah ni.......jiran tu sibuk mengata epi.....katanya epi bukan nak tolong yah sangat pun, tapi nak goda abah....maklumlah abah dah menduda, epi pulak janda......adus, panas juga telinga mama dengan perempuan2 mulut longkang macam jiran epi ni......depan kita bukan main baik lagi, memuji epi.....rupanya belakang, lain yg dikatanya.....yg buat mama keliru tu sebab yg mengata epi ni bini ustaz.......hmmm......................................................agaknya dia ni tak de kerja lain, sibuk jaga hal org....sedangkan bukan org kg tak tau, suami dia si ustaz ni pernah buat kes besar dulu...kes mahkamah lagi sbb mencabul anak murid dia......akibatnya ustaz ni kena pecat dari jawatankuasa masjid, JKK dan banyak jawatan lagi...nampaknya tak serik bini dia ni......maklumlah kes suami dia senyap begitu saja.....dah masuk tiga tahun kes tu tertangguh, tak dibicarakan lagi....org kg pun tau yg si ustaz ni ada kekasih gelap...janda anak tiga......dah banyak kali org kg terserempak ustaz ni bersiar2 dgn kekasihnya di Muar.....pandai ustaz tu, kalau jln2 kat pekan jasin atau bandar melaka, ramai yg kenal dia....sebab tu jln2 kat tangkak dan muar.......tapi mungkin bini ustaz ni yg belum tau 'kegatalan' suami dia......kalaulah dia tau macam mana agaknya ye....jadi HULK betina kot....

kesian epi...........begitulah dugaan bila jadi janda macam dia......epi kata kalau dia ni janda gatal dah lama dia cari suami baru.........tapi sebab dia serik berlaki lah yg dia masih menjanda sekarang ni.....dia sedar dia ada tanggungjwb yg lebih besar iaitu membesarkan anak2 seramai lima org tu..dua dah kawin....anak ketiga masih di UITM, anak keempat dan kelima ni yg jadi mangsa perceraian...
sorang tu 11 tahun yg sorang lagi 9 tahun...dua beradik ni tak sekolah sbb tak ada dokumen....bekas suami epi tak buat surat beranak utk dua anaknya itu......lahir saja anak kelima, suaminya kawin lain dan tinggalkan dia...mama rasa rugi betul anak2 epi tak dpt peluang bersekolah kerana kesilapan dan kealpaan ayah mereka...yg sedih tu, si ayah tak kenal pun dgn anak2nya lagi......ada sekali anak sulung epi terjumpa ayahnya di kedai motor, si anak menegur memanggil ayah......si ayah garu kepala dan tanya, engkau siapa? Oleh sebab sedih, anak epi terus berlalu dan tak jadi nak berurusan dgn kedai motor tu...

Hai, dunia, dunia.........puaslah mama nak menggaru kepala yg tak berapa gatal ni........pening, tambah pening kalau nanti tiba2 je epi berjauh hati dan terus nak berhenti.......harap epi dapatlah bersabar dan tak ambil pusing kata2 org2 mulut longkang tu.........katanya, lepas ni dia akan bawak sekali anak2 dia yg tak bersekolah tu setiap kali dia dtg uruskan yah............dugaaaaaannn.....



2 comments:

notie said...

Fuh ayat memang sadis tul tapi biasa le. kadang org ni nampak salah org je kain dalam dia yg koyak rabak tak nampak. Jiran akak aku ada sorang mcm tu kalau anak dia boyfren duk serumah tak pe malahan anak dia pakai seluar pendek dlm rumah berendut dgn pakwe dia takpe tapi anak org baru boyfren datang rumah je dah mengata mcm2 lepas tu keluar dgn baju tidur pun dah ngata mcm2. Hish hish. Baru2 ni kelakor lah pulak merajuk dgn jiran depan rumah tak di pelawa tgk wayang Ombak rindu. hehehehe kami dgr pun dah gelak mcm budak2 je gayanya.

Bini Ustaz tu kalau ler dia tau lakinya ada kekasih gelap rasanya boleh pecah rumah kena hamput. hehehehe manusia ni mcm2 gaya.

mama aini said...

hmmmm..betul kata kau...kekasih gelap ustaz tu dah jd bini org tau...bole pecah tongkang kat selat melaka kalau bini ustaz dn laki kekasih gelap dia dpt tau....