Total Pageviews

Saturday, December 3, 2011

Villa Harapan

sejak ketiadaan ana, mama memang agak sibuk.  walaupun cuti sekolah, mama tetap bangun spt biasa dan selepas subuh akan uruskan yah.   kalau dulu, mama boleh rehat sikit, sekarang situasi sudah berubah.  semua kerja yg ana buat terpaksalah mama ambil alih.  kira mama ni macam bibiklah...penat tak payah cakaplah terutamanya kalau yah mengamuk tak mau ke tandas.  abah nampak macam susah hati sangat.  kebetulan mak cik pah ada dtg ke rumah.  mak cik pah cadangkan utk hantar yah ke rumah kebajikan swasta dgn bayaran rm400 sebulan.  itupun kalau susah nak cari pengganti ana.

bila mama beritau ani dan cah, diorang tak setuju.  hantar yah ke rumah kebajikan cuma pilihan terakhir.  abang dan abah serahkan semua kpd mama utk buat keputusan tapi mama tak boleh memandai, kena tanya jgk pendapat adik2 abang dulu.  abang pulak kata bukan diorang yg tanggung semua [selepas ketiadaan ana].  mama yg kena buat semua tu.  sekali fikir, betul jgk kata abang.  

petang semalam, mama ajak abang survey dulu rumah kebajikan tu. kami pergi, kebetulan hujan lebat.  itupun selepas mama siapkan yah dan kebetulan ani pun ada balik.

mulanay kami pergi ke bkt baru.  rupanya itu rumah utk kanak2 sindrom down berumur sehingga 20 tahun.  penyelia rumah tu beri kami kad tertera alamat dan nombor telefon rumah untuk org cacat akal macam yah.  tanpa buang masa, kami cari rumah tersebut.  hari dah petang, dah hampir pukul 6 ptg.  cari punya cari, tanya punya tanya, akhir kami sampai ke tempay yg dituju.  jauh di hujung kampung. sunyi dan sepi jalan ke rumah tu.  dekat dgn sungai dan dusun.  tempatnya cantik. selepas meredah dusun dan kebun getah kami nampak satu bangunan berpagar dan bertembok tinggi ala2 penjara.
 
lepas sungai ada ladang getah
sebahagian kawasan yg berpagar. luas kawasannya dan bangunan pun besar.  satu bangunan utk wanita dan satu lagi utk lelaki. tapi kami tak boleh masuk sebab dah habis waktu pejabat.  dpd maklumat guard di situ, penghuni wanita ada 46 org.  lelaki dah terlalu ramai, jadi mereka tak boleh terima lagi penghuni baru lelaki.  rumah ni di bawah pengurusan NGO.  tapi kalau mama jadi yah mungkin mama akan bertambah stress tinggal di sini.  maklumlah, yah dah biasa bebas bergerak dlm rumah sendiri, tiba2 kena kontrol pulak dan duduk dalam satu dorm beramai-ramai.  kawasan sekeliling pulak bertembok lebih kurang 1 meter tinggi [jadi boleh nampak dari luar jgk] dan berpagar tinggi.  ikut cerita guard, pernah berlaku penghuni lelaki yg potong pagar dan cuba lari.

petang tu mama tengok dari luar pagar, penghuni wanita semua ok saja.  kata guard, mereka diberi ubat dua kali sehari.  sewaktu kami reverse kereta nak balik, kami nampak bebrapa org penghuni lelaki di luar dorm mereka.  terkejut mama bila terpandang seorang dpdnya yg telanjang bulat.  duduk stail bos atas sofa yg ada di luar bangunan.  dua tiga org lagi mama tengok duduk termenung tepi longkang sambil menyandar di dinding, mungkin sedang memikirkan masa depan..... kesian diorang.

mama tak dpt bayangkan macam mana agknya pekerja2 di rumah itu nak melayan mereka.  terutama org2 mcm yah yg tak boleh urus diri sendiri.  hasil maklumat kami dpt tahu ada sebahagian yg macam yah, terpaksa pakai pampers.  yg terjerit2 mengamuk mcm yah pun ada juga sorg dua.

balik kami cerita apa yg kami nampak kpd cah dan abah.  abah macam serah keputusan pada mama, hinggakan abah dah keluar rumah nak ke surau pun boleh patah balik semata-mata nak tanya pendapat mama.  taulah yg abah risau dan mungkin kesian kat mama yg dah seminggu 'berhempas-pulas' di rumaha abah.  cah kata nak tanya bos dia sbb bos cah ada 'kaki' yg  uruskan maid. minggu depan mungkin mama dah mula sibuk uruskan kedai buku utk jualan.  cah biasalah sibuk dgn klien2 dia.  kerja marketing di construcrion office, swasta lak tu, mesti kena juga jaga reputasi. kalau banyak klien yg berurusan dgnnya, banyaklah bonus cah.... mama tau cah tak akan mungkin berhenti kerja.  
hmmmm.........mudah2an Tuhan permudahkan urusan kami...jauh di sudut hati, mama tak sampai hati nak hantar yah ke villa harapan.......

No comments: