Total Pageviews

Wednesday, December 7, 2011

Bantuan

Alhamdulillah Epi dah setuju nak tolong kami jaga yah.. Epi akan mula kerja Isnin depan...Mama bersyukur sgt sbb minggu depan mama dah mula sibuk ke sekolah.  Maznah dah telefon beritahu tentang kedai buku sekolah yg akan mula beroperasi minggu depan.  Epi kata dia akan berhenti kerja di medan selera.   Bila kami dengar, kami rasa serba salah pulak, tapi bila Epi kata dia memang dah lama nak berhenti, barulah lega hati.  Mungkin Epi lebih rasa nak balas budi aruah mak yg mmg terlalu byk utk dia.  Apa2 pun harap2 Epi ikhlas nak bantu kami.  Dan harap2 lamalah Epi bantu kami.  Dia pun dah janji kalau tiba2 nak berhenti nanti dia akan beritahu awal dan akan terus bantu selagi kami belum dpt pembantu lain. Kami lebih suka sebut 'pembantu peribadi yah' daripada amah ke, org gaji ke....pengasuh pun bukan...Oleh sbb Epi dah selalu dtg bantu mak dulu, Epi dah masak dgn kerenah yah.  Yah ni macam baby umur setahun yg kdg2 kita susah nak faham kerenahnya.  Memang org2 yg sabar saja yg boleh uruskan yah..................Syukur ya Allah kerana Kau mempermudahkan urusanku....


3 comments:

notie said...

Alhamdulillah semuga Allah permudahkan apa jua yang berlaku. Di harap juga Epi tu ikhlas nak membantu kerana mengenangkan budi aruah MIL ko. Apa pun semuga perjalanan menjadi mudah dengan izin NYA. AMIN

mama aini said...

AMIN.....ada dua org anak epi yg tak sekolah sbb tak de s.branak. Anak2 dia lahir kat indon. Surat branak indon pun tak de...anak2 dia yg lahir sini sekolah, pandai2 belaka, Sorg dah masuk uitm pun. Yg dua org ni anak suami lain, umur 8 n 10 th. Mcm mana nak tolong ek?

notie said...

Pergi Pejabat Pendaftaran le macamana nak daftar surat beranak? Tapi kalau surat beranak Indon pun takde emm tak tahu kena tanya pejabat pendidikan le camne nak sekolahkan anak Epi tu. Prosedur sekolah macamana bagi anak2 warga asing ni? Kalau dah tahu prosedur sekolah baru lah tahu langkah seterusnya. Andai sekolah nak surat beranak jika tiada tak boleh ke dokumen pengenalan lain digunapakai? Tang tu aku tak tahu lah camno? Epi pulak tu ada surat pengenalan diri tak? Andai takde huh sah warga tak sah silap haribulan boleh ditangkap imegresen sebab tiada dokumen sah dok malaysia.