Total Pageviews

Friday, December 21, 2012

Arafah, Mudzalifah, Mina

ISNIN 22 OKTOBER 2012

Sekali lagi TH beri taklimat untuk persiapan ke Masyaeir [ Arafah, Mudzalifah, Mina].  Hati ini berdebar setiap kali memikirkan bagaimanakah agaknya dugaan dan suasana yg bakal dihadapi di sana... Setiap hari hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan setiap urusan.  Sedikit demi sedikit kami buat persiapan mental dan fizikal.  Tiada lagi umrah2 sunat dan TH pun tidak menggalakkan jemaah melakukan umrah sunat lagi kerana dibimbangi akan letih bila tiba di Masyaeir sedangkan di sana tenaga fizikal amat penting.

SELASA 23 OKTOBER 2012

Mempersiapkan diri dan mental utk ke Masyaeir.  Ustazah berpesan agar kami membawa sedikit bekalan makanan dan minuman.  Hari itu ramailah yg ke kedai runcit.  Biskut dan air kotak habis stok...... Farmasi pun dikunjungi ramai utk membeli bekalan ubatan yg perlu.

RABU 24 OKTOBER 2012

Bertolak ke Arafah pada jam 2.30 petang.  Alhamdulillah, perjalanan kami lancar.  Smpai di Arafah lebih kurang sejam kemudian.  Rahmat Allah, sebab ada antara jemaah yg terkandas berjam2 akibat kesesakan.  Kemah kami dekat dgn bilik air. Lebih kurang 16 buah bilik air dan tandas utk dikongsi oleh ribuan jemaah.   Di sini kesabaran memang amat penting.  Bukan setakat sabar tapi tolak ansur juga amat perlu.  Warga emas khususnya wajar didahulukan kerana kerana kdg2 terpaksa beratur panjang di tengah panas terik. Malam itu kami tidur di kemah tanpa bantal atau tilam empuk.  Beg pakaian jadi bantal paling empuk.  Sabar........ 



KHAMIS 25 OKTOBER 2012.

Hari wukuf.  Pada hari ini disunatkan berpuasa kpd org yg tidak menunaikan haji.  Bagi jemaah haji pula, hari ini adalah kemuncak haji kita.  Wukuf adalah puncaknya haji, puncak berkumpulnya seluruh jemaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa di Jabal Rahmah setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Jabal Rahmah

Menjelang maghrib, teringat pesanan ustazah untuk keluar dari kemah, berdoa menghadap kiblat dan memandang ke langit...ketika inilah para malaikat sedang mengaminkan doa kita. Setiap kali selepas solat para jemaah menangis tersedu2 kerana teringatkan dosa2 masing2.  Kebetulan Ustaz Sairozi yg membaca doa dgn penuh perasaan hiba dan membuatkan setiap yg mendengar terasa syahdu dan sedih sekali.  Semoga setiap doa kami dimakbulkan Allah, amin.

Jam 7 malam, kami bertolak ke Mudzalifah.  Kami berkumpul mengikut nombor bas.
 

Kami tiba hampir tengah malam.  Bukan sebabjauh tapi sebab sesak.  Macam2 bas yg membawa jutaan jemaah.  Terpandang bas tanpa bumbung.  Sah, itu bas jemaah Iran.

kutip batu di Mudzalifah.  Kemudian duduk dalam kesesakan menunggu bas ke Mina pula.
Batu2 untuk digunakan waktu melontar di jamrah nanti.

Selepas tengah malam bertolak ke Mina.  Alhamdulillah, bas mama sekali lagi antara yg terawal tiba.  Rahmat dan rezeki dari Allah sekali lagi kerana bas yg terdahulu bertolak pun belum tiba lagi.  Sungguh mama amat bersyukur sebab semuanya ALLAH mudahkan untuk mama.  Terima kash ya Allah  !!! Terasa amat kerdil diri ini di sisi-Mu...tetapi dalam masa yg sama aku amat terharu kerana Kau telah memuliakan aku sebagai tetamu-Mu.

Di Mina kami ditempatkan dlm kemah berhawa dingin.  Tetapi bersesak-sesak.  Pesan ustazah agar kami hayati keadaan sesak dan sempit di Mina sebagai gambaran kebangkitan manusia di padang Mahsyar kelak.  Suasana sempit tidur itu umpama kita di alam kubur nanti.  Tak mampu mengiring atau menelentang.  Muat2 badan saja ruang yg ada. Di sini dugaan utk mama sebab tersinggung dgn seorang kakak.  Dia seperti tak boleh bertolak ansur.  Akhirnya mama mengalah, tidur saja di hujung kaki orang lain.  Semoga kesabaran mama dihargai Allah.  Betul, apabila jemaah lain amat perihatin.  Masing2 pelawa mama menyelit di celah mereka, tapi mama menolak memandangkan masing2 ada keuzuran sendiri.  Ada yg batuk teruk, semput, muntah2 dan warga emas . Rasanya dalam kemah itu mama masih lagi antara org yg paling sihat, jadi biarlah begitu.

*berkenalan dgn kak Yong.  Pesakit kanser yg kuat semangat dan amat positif.  Kagum betul dgn dia.  Dia juga selalu beri kata2 motivasi utk kami.   Kak Yong juga pembakar semangat mama utk terus sabar menghadapi dugaan.
 


No comments: