Total Pageviews

Saturday, December 22, 2012

Mina, Melontar , Tragedi Oktober

JUMAAT 26 OKTOBER 2012

Lepas Isya', kami bertolak ke Jamratul-kubra.  Jauhnya lebih kurang 7 km pergi dan balik.  Kami berjalan mengikut mutawif dan petugas TH yg membawa bendera Malaysia serta papan maktab.  Oleh sebab mak tak kuat berjalan, kami jauh tertinggal di belakang.  Mak kerap berhenti dan mama urut pinggang mak yg sakit.  Tongkat yg mama belikan sebelum ke Masyaeir nampaknya tidak mampu membantu. Kerusi roda tidak dibenarkan utk melontar, jadi mahu tak mahu terpaksalah kami teruskan perjalanan perlahan-lahan, mengikut jemaah2 dari maktab lain.  Kadang2 tak jumpa jemaah Malaysia, terpaksalah ikut jemaah Indonesia yg sudah pasti menuju arah yg sama. 

Gambar dari google images, jemaah bergerak ke jamrah.

Terowong Muassim
Kesesakan ketika melontar

Di kawasan melontar, jemaah berebut-rebut dan bertolak-tolak.  Walhal mereka tidak perlu kelam kabut.  Sepatutnya bertenang dan beri laluan, pasti keadaan akan lebih baik. Lagipun jemaah dari Asia Tenggara melontar di tingkat ketiga, tidak bertembung dgn jemaah2 lain yg masing2 di tingkat 1 dan 2.   Mama dan abang cari tempat yg agak lapang.  Alhamdulillah, mudah utk kami melakukan ibadah tersebut. 

Keluar saja dari jamrah, pak2 Arab tunggu dgn kerusi roda masing2.  Hampir sepuluh org.  Lega, kami upah seorang pak Arab utk bawa mak balik.  Sepanjang perjalanan pergi dan balik itu kami melalui beberapa terowong.  Kata Pak Arab yg kami upah itu, panjang setiap terowong lebih kurang 1km.  Terasa penat juga menapak. 

Sepanjang perjalanan juga macam2 yg kami lihat.  Kami jumpa ratusan pengemis, juga ratusan jemaah entah dari mana yg berkhemah di tepi2 jalan, di lereng bahkan di atas bukit.  Masyaallah, subhanallah.  Ada juga yg berkhemah di tepi longgokan sampah.  Yang peliknya, sampah2 di sana tidak berbau langsung.  Seekor lalat pun tiada tak macam di Malaysia. 

Keadaan tandas di Mina.

  Suasana dalam khemah di Mina

. Pemandangan Mina, bandar 3 hari...

 SABTU 27 OKTOBER 2012

Lebih kurang jam 9.30 pagi mama ke tandas.  Masyallah, beratur panjang.  Mama terdengar suara seseorang sedang marah2. 

"China out!!! Malaysia here..!!!" jerit suara itu.  Terkejut mama bila melihat seorang kakak sedang menengking seorang jemaah dari China.  Kemudian dia menolak jemaah itu hingga jatuh terduduk tak jauh dari tempat mama berdiri.  Kemudian macam2 lagi kata2 yg kurang enak terdengar.  Jemaah dari China itu pula diam sahaja.  Lama dia terduduk sehingga seorang jemaah Malaysia yg lain membantunya berdiri.  Masyaallah....dapat dilihat betapa sudah hilang kesabaran seorang hajah dari Malaysia dan betapa tinggi pula kesabaran jemaah dari China itu yg langsung tidak melawan dan berkata apa2 pun.  Sebelum ini ramai yg bising2 kerana tandas yg sama juga digunakan oleh jemaah Indonesia.  Bagi mama, tandas ini tandas awam.  Kalau dah namanya tandas awam, faham2 sajalah.  Sesiapa pun boleh masuk.  Di tandas itu pun tidak ada tertulis 'Untuk jemaah Malaysia sahaja".  Sabar sajalah. 

AHAD 28 OKTOBER 2012

Dalam  tazkirah selepas Subuh hari ini, ustaz menegur sikap pentingkan diri dan tidak sabar para jemaah.  Ustaz menasihatkan supaya para jemaah ingat semula tujuan ke tatnah suci.  Ustaz ingatkan juga tentang dugaan2 yg ditempuhi.  Setiap kesukaran itu sepatutnya dijadikan iktibar utk diri sendiri.
Mama harap benar kakak yg marah2 semalam tu  dengar tazkirah ustaz.  

Rupa-rupanya pada pagi semalam juga berlaku satu insiden lain melibatkan jemaah dari China juga.  Kisahnya seorang jemaah lelaki Malaysia , pak haji lah kiranya, sudah marah dan siap tarik tangan jemaah China itu dengan tujuan menghalangnya dari menggunakan tempat wudhu' .  Pelik juga, macam mana pak haji ni boleh masuk campur hal tandas wanita.  Bukan saja, marah, malah berdosa lagi sebab sentuh tangan wanita China tu.  Kemudian dengar cerita pak haji ni tak tutup aurat, hanya berkain pelikat, berlengging dan nampak pusat.  Macam2 hal yg memalukan. 

Kalaulah kakak dan pak haji tu tahu.........yg sebenarnya, pihak muasasah menetapkan tandas2 itu utk kegunaan 3000 jemaah.  Jemaah haji Malaysia maktab 94 cuma ada 2500 orang.  Sebab itulah jemaah Indonesia dan China guna sekali sebab khemah mereka dekat dgn tandas tersebut. 

Itulah sebahagian kisah tentang sikap tidak sabar kita.  Bolehlah diibaratkan macam tragedi Oktober.......  Terbayang2 lagi wajah kakak dan jemaah China tu. Tak boleh nak salahkan pihak TH atau muasasah sahaja.  Bayangkan tiga juta umat Islam seluruh dunia berkampung di tempat dan hari2 yg sama.  Tiga juta itu adalah yg berdaftar.  Dengar khabar ada hampir 2 juta lagi jemaah yg datang tidak berdaftar.  Itu yang kita lihat ramai berkhemah dan bergelandangan di jalanan dan kaki2 bukit.  Kadang2 tak terbayang bagaimana agaknya mereka mendaki bukit yg curam, berbatu, dengan debu dan angin yg kuat tu..... dan satu lagi, tiada pula kemudahan tandas dan makanan.  Jadi, mama amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadat di Arafah, Muzalifah, Mina walau tanpa tempat tidur empuk, makanan sedap dan tandas yg selesa.  ALHAMDULILLAH.  Terima kasih Allah....!!!!!

No comments: