Total Pageviews

Tuesday, December 18, 2012

Seterusnya...................

SELASA 16 OKTOBER 2012

Alhamdulillah....,hari2 yg dilalui semakin indah dan dimudahkan.  Setakat ini, apa saja yg mama mohon telah diberi perhatian oleh Allah.. tak pernah lagi mama rasa tidak selesa sewaktu menunaikan solat di masjidilharam.  Petuanya mudah, sentiasa yakin dgn Allah, jangan sesekali berperasaan negatif kerana Allah maha tahu.  Dan, seperkara lagi, selalu mudahkan orang lain.  Insyaallah Allah akan mudahkan urusan kita.

RABU 17 OKTOBER 2012

Kak Timah dan Kak Piah ikut sekali ke masjid.  Mak tinggal dgn Kak Munah.  Sahabat baik kak Timah hantar sms dr Malaysia.  Pesannya, hari ini 1 Zulhijjah, selepas subuh kelambu kaabah akan ditukar, jadi ambil peluang untuk menyaksikannya.  Mama tak tunggu pun.  Abang dan mama terus ke Safwa Towers, ke Restoran D' Saji beli makanan utk sarapan pagi.

D' Saji Felda di Mekah.

Kalau nak cari makanan Melayu, di sinilah tempatnya.  Mama paling suka nasi lemaknya.  Sedaapp.....mahal sikit tapi biasalah..., tempat orangkan. Kalau cerewet sgt, tak payah beli.  Masak sendiri!

Kak Timah dan Kak Piah yg beriya-iya nak tunggu kelambu kaabah ditukar, balik juga akhirnya jam 7 pagi.  Tak ada apa pun yg bertukar, kata mereka.  Mungkin belum masanya.

Jam 7.30 pagi, kami dengar ada kematian di Tingkat 1.  Dengar khabar jemaah wanita dr Melaka.  Mama temankan Lin dan Kak Ida pergi melawat.  Bukan org Melaka rupanya, tapi org Perlis, lelaki berusia 60an.  Sedihnya bila tengok kakak yahg kematian suaminya itu.  Mujur ada adik iparnya yg menemani.

KHAMIS 18 OKTOBER 2012

Ceramah khas utk wanita di tingkat Mezanine.  Bermula jam 9 hingga 11.30 pagi.  Abang dah pergi ke masjid jadi tak dptlah ikut.  Tapi tak apalah tu, sebab banyak ilmu yg dititipkan oleh ustazah.

JUMAAT 19 OKTOBER 2012

Program bacaan Yasin dan ceramah oleh Ustazah Zuhorah.  Sekali lagi banyak nasihat dan pesanan beliau.  Rugi kalau tak hadir.  Jam 10 pagi abang dah keluar untuk solat Jumaat, itupun terpaksa berjemur dan solat atas jalan sebab dah sesak dimasjid.

SABTU 20 OKTOBER 2012

Dah lama rasanya tak minum kopi o atau milo.  Ajak abang cari di kedai, tapi tak jumpa pun.  Yang ada teh saja.  Beli juga sebotol kecil indocafe.  Susu pekat pun tak ada.  Heran juga. Agaknya org Arab suka minum teh saja, gunakan susu cair kot.

AHAD 21 OKTOBER 2012

Taklimat persiapan ke Masyaeir.  Macam2 pesanan ustazah dan pegawai kesihatan.  Berkali2 ustazah beri penegasan tentang persiapan mental dan fizikal utk ke Masyaeir.  Bukan mudah utk menghadapi dugaan di Arafah , Mudzalifah dan Mina.  Kami dijadualkan akan berada di sana selama 5 hari.  Ustazah menceritakan macam2 pengalamannya menguruskan dgn jemaah setiap tahun. Macam2 masalah yg berlaku dan beliau amat berharap jemaah tahun ini tidak akan mengulangi 'sejarah' pahit tahun2 yg lalu.

Jam 8 malam ada slot Forum Perdana di Mezanine.  Sayangnya mama tak dpt masuk sebab dah terlalu sesak.  Kami turun ke lobi .  Ada seorang perempuan muda asyik perhatikan mama dan abang.  Kami berbual-bual.  Siapa sangka rupanya perempuan tu bekas anak murid abang di Tg Sedili dulu.  Kecilnya dunia ini.  Dan mama terasa tua tiba2............!!..




2 comments:

notie said...

Hahahaha kelakor lah ko... cerewet sangat hah buat sendiri tapi masalahnya buat sendiri tak sesedap orang lain masak.

Masa aku kat UK dulu baru beberapa hari je kita orang dah rindu masakan Malaysia. Pergi restoren malaysia sambal belacan dia rega RM4 tapi sebab dah rindu sangat belasah le walaupun mahal. Kalau asyik fikir mahal je sampai sudah pun tak merasa makanan malaysia di tempat orang lain. Nak puas sangat dalam hati hah balik malaysia nanti belasah semua sampai tak larat tapi bila dah balik malaysia huh takde sangat pun nak makan semua yang kita teringin kat UK dulu. hehehehe saje je nafsu ni mengoda-goda.

Sebenarnya bila depan mata kita tak hargai tapi bila dah jauh baru kita rasa betapa berharganya makanan yang biasa kita jumpa di malaysia. Begitu juga dengan manusia.

Tapi masa night malaysia yang sempat aku pergi yang buat di Trafalgar square, mat n minah saleh makan makanan malaysia begitu seronok sampai makanan cepat habis. Cayalah makanan Malaysia the best.

mama aini said...

tabik kat kau....semua yg kau ckp tu mmg betul. kdg kita ni terlalu ikutkan tekak kita, jadi bila berubah je sikit menu dr kebiasaan kta tu,dtg la ngada2nya... itu tak selera,ini tak selera... kat mekah tu ada juga jual sambal belacan... tupun ada gak yg komplen mahal... hmmm..manusia...