Total Pageviews

Wednesday, December 26, 2012

Yang Akan Di Kenang

SELASA 30 OKTOBER 2012

Sesi basuh-membasuh pakaian bermula.  Mana2 pakaian yg tebal kami hantar dobi.   Kebanyakan jemaah haji ambil peluang untuk berehat selepas banyak menggunakan tenaga di Mina. Baitullah sesak semula.  Kami dapat lihat di tv betapa ramainya jemaah yg sedang bertawaf haji.  Mama terpaksa berehat lagi tiga atau empat hari kerana uzur syar'ie.  Jemaah haji warga emas kebanyakannya mula demam dan batuk semula.  Ramai yang dah mula rindukan kampung halaman, termenung, sedih dan macam2 lagi kerenah dan ragam yg dpt dilihat.  Makan dan minum pun sudah tidak dihiraukan.  Kami yg masih sihat ni risau melihat keadaan itu.  Sedih pun ada dan dalam masa yg sama bersyukur kpd Allah kerana masih mampu bertahan dan masih mampu ke masjid. 




Ada seorang haji yg mama dapat tahu tidur di lobi hotel sahaja pada waktu malam.  Bukan saja2 suka2 tapi katanya tak mahu mengganggu kawan2 sebilik kerana batuknya yg agak kronik.  Saat orang lain tidur lena, dia tak mampu tidur kerana masalah kesihatannya.  Sejak dari Mina lagi haji ini tidak mampu menelan sebiji nasi pun.  Sambil menangis, dia bercerita bahawa itu mungkin berpunca dari dirinya sendiri.  Ketika di Mina, dia mengutuk makanan yg diberi.  "Apalah, asyik lauk sama saja.  Tak tertelan aku..."  Sejak itu betul2 haji ini tak lalu makan nasi.  Dia hanya makan roti dan biskut. 

Alhamdulillah, mama dan abang masih berselera menjamah makanan di sana.  Kadang2 kakak2 di bilik yg masing2 tak selera makan sebab demam tu beri lauk dan makanan mereka kpd kami.  Tak terhabis dibuatnya. 

Alhamdulillah sebab mama lihat abang banyak berubah.  Abang kurang marah, kurang 'berangin' malah dalam banyak keadaan abang lebih sabar dari mama.   Syukur..... ya Allah, kurniakanlah kami haji yang mabrur..!!!

RABU 31 OKTOBER 2012

Pergi ke cafe dan berjumpa dengan Syukri, anak muda Patani yg lahir di Mekah.  Syukri dan kawannya Anas bersetuju untuk membawa mak dan kak Piah utk tawaf dan saie haji.  Mereka juga yg akan membantu kak Misah, sepupu abang nanti.  Mak dan kak Piah pun sukakan Syukri sebab dia amat membantu jemaah yg dibawanya dgn 'wheel-chair'.  Dia ajar mereka doa2 yg perlu dibaca.

Bercerita tentang 'wheel-chair' ni, ramai jemaah muda yg risau dan gelisah apabila ibu bapa atau warga emas yg bersama mereka enggan menggunakan 'wheel-chair'.  Mereka berkeras nak buat tawaf dan saie sendiri walaupun uzur dan tidak berdaya.  Tetapi kebanyakannya akur setelah mendpt nasihat doktor. 

KHAMIS DAN JUMAAT: 1 DAN 2 NOVEMBER 2012

Klinik TH dibanjiri oleh ratusan jemaah.  Kebanyakannya warga emas yg mungkin stress atau tidak mampu menahan rindu utk pulang ke tanah air.  Teringat pesan ustaz, katanya, "janganlah keterujaan untuk pulang itu mengatasi kesedihan untuk meninggalkan kota suci ini."  Terngiang-ngiang kata2 ustaz itu di ingatan mama.  Bagi mama pula, memang rasa sedih dan tidak bersedia langsung untuk meninggalkan tanah suci.  Terlalu banyak kelebihan dan keindahan yg tidak mampu digambarkan dgn kata2. Kalau boleh, ingin benar rasanya menetap terus di sini.  Keindahan beribadat pasti akan dirindu dan akan dikenang hingga hujung nyawa.


No comments: