Total Pageviews

Monday, December 10, 2012

Kisah Air Dan Itik

SABTU 13 OKTOBER 2012

Hari ini waktu solat zuhur, mama berpeluang sembahyang bersebelahan dengan ruang solat jenazah.  Kali ini dah masuk tiga kali mama dapat solat di sini. Tempatnya taklah luas pun, sebenarnya itu ruang laluan jemaah.  Hanya apabila sudah hampir waktu solat sahaja kami dibenarkan solat di situ sebab ianya adalah tempat lalu lalang dan di situ juga ditempatkan deretan tong2 air zam2.  Mama dapat tempat di sebelah seorang mak cik jemaah Malaysia. Bezanya cuma mak cik tu ikut pakej RAYHAR.  Raut muka mak cik tu tak ceria langsung.  Senyum mama pun tak dibalasnya. Mama berkata juga dlm hati, agaknya mak cik ni bayar pakej, mahal, mana nak layan jemaah muasasah macam mama ni....Hmm... mak cik ni menaikkan graf bengang mama dgn jemaah2 yg sama negeri dgn dia saja, yg selama ini mama perhatikan suka pentingkan diri dan mereka inilah yg selalu bertolak2 dlm lif hotel. ASTAGFIRULLAH..... ampunkan aku ya Allah kiranya aku telah melabel tetamu-Mu....

  *lautan jemaah di luar masjidilharam

 Dia bentang sejadahnya dan dr perlakuannya itu fahamlah mama yg mak cik tu tak mahu org duduk rapat dgnnya.  kemudian datang seorang jemaah Indonesia.  Dengan lembut dia minta izin mama dan makcik itu utk menumpang solat / menyelit di sebelah kami.  Maklumlah jemaah dah makin ramai, sedangkan ruang solat semakin penuh.  Kebetulan disebelah kiri mak cik tu adalah deretan tong air zam2.  Dengan angkuh dia membetul2kan sejadahnya dan kata tak muat lagi, nanti sejadahnya basah kena air.  Melihat situasi itu mama panggil jemaah Indonesia itu untuk menyelit di sebelah kanan mama.  Dia amat berterima kasih lalu memperkenalkan diri sebagai Ibu Rina dr Jogjakarta.  Selesai solat tahiyatulmasjid, kami sempat berbual2.  Katanya di Masjidilharam ini, kita tak boleh pentingkan diri.  Kalau kita mudahkan orang, Insyaallah ALLAH akan mudahkan kita.  Mama mengiyakan sahaja.

  *deretan tong air zam2 di dalam masjid.

"Ibu yg disebelah itu kan org Malaysia juga kan bu," tiba2 dia bersuara lagi.  Entah apa tujuan soalan itu, dia sahaja yg tahu.  Makcik disebelah senyap sahaja.  Tak lama kemudian azan zuhur berkumandang. Tiba2 ada seorang jemaah yg mama agak dr India datang dan terus menyelit di sebelah mak cik tu. Mak cik tu betul2 disebelah tong, sejadahnya jadi basah dan duduknya pun tak selesa tapi dia tak mampu buat apa2 sebab Imam dah mulakan solat.  Ibu Rina pandang wajah mama dan kami sama2 senyum, faham apa yg sama2 terdetik dlm hati kami..  Sebelum berpisah sempat juga Ibu Rina mempelawa mama ke Indonesia boleh mnginap di rumahnya.  Sayangnya kami sama2 tak bawa handphone atau pen dan kertas.  Tak dptlah bertukar alamat.
  
*pekerja2 masjid membawa tong yang sudah kosong

9.15 malam, ada taklimat masyaeir iaitu tentang perjalanan dan persiapan untuk ke Arafah dan Mina.   Pengurusan TH mengingatkan jemaah supaya berjimat menggunakan air di hotel tempat kami menginap.  Katanya, pengurus hotel pening kepala sebab air selalu tak ada.  Memang pun, dalam seminggu mesti ada dua atau tiga kali bekalan air terganggu.  Kalau jemaah negara lain, tak pernah pulak benda ni berlaku, lalu pihak pengurusan hotel menggelarkan jemaah Malaysia sebagai ITIK, suka main air!!!  Oh ya, di sini tak macam di Malaysia.   Setiap pagi ada lori tangki/ kontena yang akan datang ke hotel dan masukkan air ke dalam tangki bawah tanah.  Maknanya satu hari satu lori tangki.  Kalau hotel tu cepat kehabisan air, terpaksalah kontena air ni datang lagi.  Masalah berlaku bila jemaah haji dah ramai, jalan raya akan sesak, susah lori2 tu nak datang.

*lori isi air d depan hotel, waktu subuh

Cerita tentang air ni, mama memang perasan jemaah Malaysia banyak guna air.. sebab kita dah biasa dapat air banyak... kalau buka paip air tu mesti nak besar, air melimpah sedangkan air yg kecil pun dah cukup kalau setakat nak berwuduk...Kita dah biasa mandi dua atau tiga kali sehari, sedangkan di sini kita tak digalakkan kerap mandi.. itu belum bab membasuh kain lagi..  kalau gitu tak bolehlah nak marah kalau orang Arab kata kita ni itik...!!!

*pekerja2 di masjid amat cekap dan sentiasa bekerja.  Kalau mereka bertugas mengelola air zam2, susah kawasan tong tu nak basah sebab asyik kena mop..

*dalam banyak2 tong tu, cuma ada dua atau tiga sahaja air zam2 yang tak sejuk, tongnya bertulis 'not cold'. Abang selalu pesan jangan minum air yg sejuk takut batuk tapi mama 'belasah' je.... pertama air yg sejuk lebih lazat dan nikmat, kedua, kadang2 susah nak pergi dekat tong yang 'not cold' sebab kesesakan, jadi mana yg dapat jelah.. itupun bertolak, berebut, berhimpit...hmmmmm..

*ALLAH mudahkan dan makbulkan doa kita.... setiap kali masuk ke masjid, mama akan berdoa, 'Ya ALLAH ya tuhanku, bantulah aku, mudahkanlah aku, aku nak tempat solat yg dekat dgn air zam2 dan alquran ya ALLAH..., berilah aku keselesaan beribadah ya Allah,...' ALHAMDULILLAH, setiap kali solat mama dapat tempat bawah kipas, dekat dgn alquran dan air zam2...jadi, mama akan isi tiga atau empat botol air zam2, bawa balik ke hotel dan beri kat mak serta kawan2.. kira macam pembekal air zam2lah.....

2 comments:

notie said...

Wah udah dapat kenalan org jogja ya buk... waduh kalau macam tu boleh libur ke jogja. Asyik dong. hehehehe

Kat sana kita tak boleh terlalu berbangga dengan darjat dan kedudukan sebab semuanya sama di sisi Allah. Kiranya itu satu pengajaran hidup yang harus kita tauladani kan. Sebab itu motto aku supaya aku selalu permudahkan urusan orang lain semuga Allah mempermudahkan urusan aku. Amin

mama aini said...

betul 3x....