ok, ini sambungannya....
Jam 9.15 mlm, ada sesi taklimat oleh petugas TH di tingkat Mezanine…..taklimat tentang ziarah ke maqam nabi dan kawasan raudhah….kami dikehendaki berkumpul di hadapan hotel jam 6.00 pagi iaitu selepas subuh dan minum pagi Wah, ramailah yg excited, maklum, nak ziarah raudhah.....tempat makbul doa....mama pun dah berangan-angan dah mengarang doa yg mama nak pohon di raudhah.........o ya masa taklimat tu mata ya rabbi, mengantuk sungguh....maklumlah waktu Malaysia kan 2 pagi......!!! Ya Allah, mudahkanlah aku, janganlah Kau susahkan aku...itu doa mama setiap saat......
JUMAAT 28 SEPT. 2012:
kami bangun seawal 3.00 pagi dan bersiap utk solat subuh. Pagi itu kami minum di café hotel ..... abang beli roti di kedai hotel. Kedai2 makan di sini tak seperti di
Malaysia. Tiada kerusi meja pun. Kiranya beli utk dibawa pulang waima secawan
teh panas.
Jam 6.00 pagi semua berkumpul di hadapan hotel. Mutawif dan petugas TH sibuk memberi arahan dan pesanan. Sedang beratur seorang
pengemis dtg minta wang. Hairan, tadi
mama pengemis ni di kawasan masjid.
Mama berikan dia roti yg abang beli tadi. Hmmm……dia cuma senyum sinis….oh, nak duit dpt
roti…..hasil pengamatan mama sepanjang 46 hari di tanah suci, para pengemis tak
gemarkan sumbangan makanan. Mereka lebih
suka duit……hmmmm, macam2....sejak hari itu, kami dpt lihat 'kebanjiran' pengemis terutama di Mekah nanti...
Lebih kurang 6.45 pagi kami bergerak ke masjid. Kaum Adam akan terus ke dalam masjid dan
ziarah maqam nabi manakala kaum hawa di bawa ke luar masjid dahulu. Kami ditunjukkan arah ke pintu babus-salam,
perkuburan baqi’ dan kubah hijau tempat rasulah dimaqamkan. Kemdian kami ambil
wudhu’ dan masuk ke dalam masjid menuju ke raudhah. Ramai betul jemaah, jadi
kami terpaksa menunggu giliran.
Jam 10.30 pagi barulah kami dpt masuk. Itupun berasak dan bertolak2.
Mama terpaksa pegang mak kuat2. Tiba di
kawasan karpet hijau di raudhah, mama suruh mak solat sunat dulu sementara mama
jaga mak . Maklum, orang ramai dan
bertolak2. Mama bimbang keselamatan mak. Sambil menjaga mak sempat juga mama berdoa di
situ. Selesai saja mak bersolat, petugas
masjd terus arahkan kami keluar.
Terkilannya mama sbb tak dpt solat di raudhah. Tapi, mujur mama jaga mak sebab tak lama
selepas itu, mama terdengar berita yg seorang jemaah Indonesia meninggal dunia
di raudhah kerana patah tengkuknya dipijak orang ramai semasa bersujud. INNALILLAH….
Jam 11pagi kami tiba semula kehotel. Oleh kerana hari itu hari Jumaat, maka
kawasan raudhah ditutup lebih awal.
Petang tu mama dan abang bawa mak makan angin sekitar hotel
tapi tak lama sebab mak cepat penat dan sakit belakang. Jam 10 malam, mama dan abang keluar ‘window
shopping’……ha kalau nak tau, pak2 arab yg berniaga kat sini semuanya pandai
cakap melayu……kita tanyalah harga barang dlm bahasa arab atau inggeris, diorang
akan jawab dlm bahasa melayu……ayat yg selalu kita dengar ialah, “ mari,mari,
lihat dulu..” dan “Malaysia bagus….” Wah
bukan main ‘jek’ lagi pak2 arab ni…
**ramai yg berpesan supaya kami shopping d madinah dan poskan
ke kampung supaya di mekah nanti kami fokus kpd ibadah sahaja. Kos pos SR14 setiap satu kilogram. Oh ya, matawang SR ini rendah sikit dr RM. SR100 sama nilainya dgn RM84. Dan di sana tiada duit syiling. jadi nilai terendah ialah SR 1 [ 1 riyal]. Air tea secawan SR2………mahalkan? Roti murah di sini. Capati 5 keping baru 1 riyal tapi, tak de
kuah……kuah semangkuk harganya SR8.
**ada seorang pembantu kedai pakaian
tu wajahnya seiras betul dgn MAHER ZAIN. Cuma dia ni muda sikit dlm
lingkungan awal 20an. Dia tergelak besar
bila mama panggil dia MAHER ZAIN.
Katanya, “ Maher Zain cantik, saya tak cantik…”
**kesal dgn sikap setengah jemaah Malaysia terutama dr negeri ****.......mereka ni suka sgt berebut terutama waktu naik lif, maklumlah kat rumah mana ada lifkan....yg mama kesal tu mereka sanggup bersesak dan bergesel walaupun berlainan jantina..dah nampak lif sesak, kalau kat dlm tu perempuan yg lelaki pun cuba gak nak menyelit...sabo jela kalau dah terbatal wudu' akibat senggol-senggolan.....hmmmmmmm
2 comments:
Itu semuanya dugaan Allah bagaimana kita menanganinya. Tapi tu lah kan kadang sebagai manusia tetap terdetik juga dalam hati pada benda-benda yang tidak sepatutnya kita remehkan dalam fikiran. Agaknya memang di tuntut supaya bersabar banyak2 kan.
memang sangat kena banyak sabar.....apapun yg berlaku depan mata, kalau terkena kat kita ke, kita diam jela...sambil tu istigfar banyak2.....aku mmg cukup2 tak berkenan dgn org2 dr ++++++++++++ kita taula diorang dr mana dr dialek diorang tu.....kat tmpt ambik makanan pun diorang tak reti nak beratur.... SAMPAI KAT DLM MASJID PUN ADA ORG DIA YG TAK LEH TOLAK ANSUR...hish, kekdg rasa nak sekolahkan diorang tu.. tapi SABARRRR...
Post a Comment