Total Pageviews

Thursday, November 22, 2012

Kembara Rohani : Catatan 2


 Rabu 26 Sept 2012 jam 6.30 ptg.  Nazar;pemandu van yg kami sewa khas utk menghantar kami ke Kelana Jaya memberhentikan vannya di R & R Seremban.  Di situ adik2 mama, Udin, Idah dan Esah serta sepupu kami Layla dr Singapore sudah menunggu dan berhenti utk solat asar.  Mama lihat mak macam tak ceria, hanya diam saja. Yang nampak excited dan sesekali 'over excited', cucu2 mak...hehe..yelah, budak2lah katakan..


 Dan mungkin KT 38 ni banyak benar kebetulannya.  Yelah, dua org sepupu abang [Kak Misah dan Kak Nor ; kedua2nya ibu tunggal], mak cik dan pakcik sebelah abah [ Pak Cik Aziz dan Mak Cik Salmah] serta mak cik dan pakcik abang sebelah aruah mak [Mak Cik Lamah dan Pak Cik Dollah] akan turut berangkat dgn KT 38 juga.  Kebetulan pula kami jumpa semuanya di R & R .

 Kemudian kami teruskan perjalanan.dan berniat utk solat jama' takhir maghrib dan isya'.  Tiba di kompleks tersebut lebih kurang 8.45 malam.  Kami bergilir ke surau kompleks utk solat.  Tak lama kemudian abang long sekeluarga sampai.  Diikuti oleh Aei, Mak Cik Pah, Mak Uda dan ramai lagilah suku sakat kami.  Betul kata pegawai2 TH, yg pergi haji sorang yg hantar satu bas!!  KT 37 bertolak jam 9.30 mlm.  Jadi ruang menunggu lapang sikit dan dapatlah kami berlonggok sekeluarga di kemah yg disediakan.  Meriah juga walau dlm hati mama penuh debaran dan sedih utk meninggalkan anak2.  Kami sama2 makan bekalan yg dibawa.  Mama tempah nasi impit dan rendang ayam kat Enab.  Idah dan Esah pulak ada bawak mee hoon goreng dan kuih2.


*Gambar mama ambil dr google suasana menunggu di kompleks kelana jaya.

Kemudian, pengumuman demi pengumuman untuk jemaah KT38 kedengaran. Lebih kurang jam 10 mlm, abang dan Ariff bergilir beratur di kaunter utk melaporkan diri.  Kami terima beg sandang dan macam2 lagi cenderahati TH.  Alhamdulillah, murah rezeki kami sejak menerima tawaran haji macam2 dah yg mama dan abang dapat  Dari excolah, YB lah, persatuan, JKK...dan orang perseorangan.  Bukan setakat kain batik, kain pelikat, kain ihram atau telekong malah matawang Arab Saudi pun kami ada terima. Mama dan abang masing2 dapat SR250 seorang.  Ribuan terima kasih kpd penyumbang dan syukur kpd Allah atas rezeki tersebut.

* ini SR50.

Tepat jam 12 malam kami diminta memakai gelang pengenalan TH, lencana dan mengisi dokumen2 penting ke dalam beg sandang.  Mama smpat berwudhu; lagi dan cepat2 pakai sarung tangan.  Maklum dlm ramai2 tu takut tersentuh tangan abang atau saudara mara.  Dah batal wudhu'.  Bukan setakat nak jaga wudhu' saja tapi nak pelihara juga takut tersalam dgn yg bukan mahram.[ sebab Aei dan pak cik2 abang 'suka' beno bersalaman ngn mama...].  betul tekaan mama sbb tak lama lepas tu Aei tarik tgn mama dan sumbatkan RM 200. 

Kemudian pengumuman kedengaran lagi minta semua jemaah bersedia masuk ke dewan menunggu utk sesi taklimat.  Bermulalah drama air mata...memang suasana ketka itu sangat mengharukan....anak2 mama pun dua tiga kali peluk kami, adik beradik kami pun sama.....paling lama abahlah...tangkap syahdu betul....kemudian masing2 berebut2 nak tolong hantar bagasi kami dgn harapan dpt masuk ke dalam......tapi hampa hanya jemaah haji saja yg dibenarkan masuk...bermulalah sesi lambai-melambai....yg mama nampak paling sedih ialah anak dara mama dan abang longnya.  Habib dan Yasin kontrol macho je...

Dalam dewan menunggu, kami dengar taklimat berupa pesanan dan nasihat dari ustaz dan pegawai TH. Kemudian doa dibacakan dan kami bergerak masuk ke bas2 yang disediakan utk ke KLIA. 
Bila bas2 mula bergerak, kami lhat pasukan polis trafik mengiringi setiap bas menjadikan laluan kami lancar saja.  Masa tu terasa betapa diri kita dimuliakan sebagai tetamu ALLAH....Subhanallah.  Air mata terharu dah menitik tengok kenderaan lain terpaksa berhenti utk beri laluan kpd kami.  Terima kasih TH dan anggota polis trafik bertugas...

Proses check in berjalan lancar dan akhirnya tepat jam 5.00 pagi kami bergerak masuk ke pesawat Saudi Airlines dan berlepas dari KLIA jam 5.30 pagi.  Kami hanya solat subuh dalam pesawat.  Jika tiada wudhu' cukuplah solat menghormati waktu dan setibanya di Madinah nanti kenalah qadha' solat tersebut.  Tapi yg mama lihat, kebanyakan jemaah tak buat pun solat tu......tak tau kenapa...sedangkan TH dah ingatkan kami..


Khamis 27 September pesawat selamat mendarat di lapangan terbang Madinah jam 9 pagi waktu Saudi.  Di situ mama lihat pemandangan yg baru, tak banyak pokok, yg ada cuma batu2 dan debu.......
 
  Namun, Alhamdulillah...selamat sampai ke Madinah bumi barakah, tanah suci tempat Nabi Muhammad saw di maqamkandan juga bumi kesayangan baginda. 

 
Insyaallah, lepas ni banyak lagi cerita2 menarik yg mama akan kongsikan.  Mama faham cerita2 tanah suci, keajaiban, dan sebagainya tentang tanah suci amat digemari . Mama sendiri ada buku2 kisah pengalaman di tanah suci.  Banyak yang boeh kita pelajari dan jadikan pengajaran serta iktibar.  Dan ada 1001 kisah yg berlaku, yg mama akan coretkan nanti....sabar ye...Insyaallah.....





2 comments:

notie said...

Ya Allah sedihnya aku baca. Bila lah aku boleh jadi tetamu Allah ya. Belum pergi lagi aku dah bercucuran airmata membaca coretan ko apa lagi bila Allah izinkan aku menjejakkan kaki.InsyaAllah adalah rezeki aku ya. AMin.

mama aini said...

insyallah notie...kat sana aku seru2 nama ko dan kawan2 lain juga adik beradik yg lom pegi...semoga Allah makbulkan suatu hari nanti