Total Pageviews

Tuesday, November 27, 2012

Ceritalah Lagi...


SABTU 29 SEPT. :
Hari ketiga di madinah.  Kami menyertai rombongan ziarah luar. Tambang trip tu SR25 seorang.  Bas bergerak jam 6.15 pagi.  Ada enam tempat termasuk tempat2 dan masjid2 yg bersejarah yg akan kami lawati.  Pemandu bas merupakan warga Mesir yg kerapkali tersesat tak jumpa jalan…..tak taula samada dia betul2 tak tau atau nakkan sesuatu.  Pemandu pelancong kami merupakan seorang pelajar Malaysia yg sedang menuntut di Universiti Madinah.  Baik budak tu.  Sepanjang perjalanan macam2 penerangan yg diberi.  Dia siap ingatkan kita supaya jgn beri apa2 wang atau tips[ [kalau tak silap baksis ] lg kpd pemandu bas.  Pemandu bas dah dbayar.  Kami akur saja.  Alhamdulillah sesat2 pun sampai juga ke destinasi yg nak dituju.

Mula2 kami singgah di Masjid Kuba.  Kalau tak silap ini masjid pertama yg dibina semasa hijrah Rasulullah saw.   Sunat berhenti dan buat solat sunat di situ. Lebih baik lagi kalau ada wudu' dr rumah kerana ada diceritakan dlm hadis nabi.   Di situ pun kami bersesak2.  Mama dan mak hampir tersepit di pintu masuk.  Tersepit oleh puluhan umat yg berebut juga nakkan tpt solat.  Sekali lagi mama terpaksa jaga dan pegang mak.  SUBHANALLAH…..betapa besar kuasa ALLAH.  Ramai sungguh tetamu-Nya yg dtg dr seluruh dunia.  Kadang2 ada juga benarnya, wajar juga kita ikut pesanan TH supaya tidak terlalu mengejar amalan yg sunat kalau boleh memudaratkan diri sendiri dan org lain.  Bagaimanapun ALHAMDULILLAH...mama selamat dan dpt juga menunaikan solat sunat walaupun kdg2 terasa badan kena langgar dan kena langkah....
*masjid KUBA'

Kemudian kami ke bukit Uhud, bukit terbesar di Madinah.  Bukit yg bersejarah tempat berlakunya perang Uhud dan tempat persemadian para pejuang Islam yg gugur.  
 
 




*Bukit UHUD
 *tempat persemadian sahabat2 nabi dan tentera2 Islam

Selepas itu kami ke ladang tamar atau kurma.  Nyaman cuaca di situ, di bawah rimbunan pepohon kurma.  Sempat juga menikmati hidangan teh panas kalau tak silap dipanggil shaie....dan meninjau ke dalam kedai kurma.   Ada juga dijual buah Adam atau buah zuriat. Peniaganya org Indon.  Kami beli sedikit utk adik2 dan kawan2 yg mintak kami doakan dpt zuriat. 

 
 
*Ladang kurma di Madinah seakan berada di ladang kelapa sawit. Gambar kanan ialah buat zuriat yg keras macam buah kelapa kering.
 ..
Dlm perjalanan pulang kami melalui masjid Kiblatain, sebuah lagi masjid bersejarah. 
Sampai di hotel lebih kurang setengah jam sebelum zuhur.   Mama sempat berbual dgn jemaah Indonesia.ketika menunggu waktu solat.  Mama tanyakan kos jemaah Indonesia untuk menunaikan haji....wah, juta2 bu    Ada yang 33 juta, 35 juta dan 50 juta.......Dengar juta2 tu macam banyak benar.... kira2 RM12,000 kalau 33 juta rupiah.....  Kesian juga bila mereka kata makan minum kena beli atau cari sendiri...  tambang juta2 tu tak termasuk makan minum rupanya....  Syukur, kita jemaah Malaysia tak perlu bersusah begitu lagi. Ramai diantara jemaah Indonesia yg muda2 belaka.... dari belasan tahun sehingga awal dua puluhan..kalau ada yg tua pun mungkin tak sampai 30%.  Rupanya mereka boleh buat pinjaman utk menunaikan haji....  

Lepas makan tengahari abang ajak mama jalan2... sementara mak berehat dlm bilik.  Kami jumpa restoran dan kedai makanan Indonesia juga kedai2 makanan org2 patani.  Adalah citarasa Malaysia sikit ...sesekali boleh juga pekena bakso atau nasi beriani.... Cuma mahal sikitlah makanan di sini... semangkuk bakso harganya SR8 - SR10.  

Malam tu cuba nak ke raudhah, malangnya tak dapat masuk sebab ditutup....

AHAD 30 SEPT.:

Selepas Subuh, mama dan abang jalan2 lagi.  Kami pusing2 kawasan berdekatan hotel dan masjid.  Jalan raya tak sibuk langsung.  Hasil pemerhatian, kami dapati org2 sini banyak guna kenderaan yg besar..hampir semua kereta dan kenderaan adalah dr jenis TOYOTA.  Abang beli tasbih dan ketayap untuk buah tangan org kampung.  Rata2 peniaga jalanan di sini adalah org2 Yaman, India dan patani.  

Petang tu kami pergi ke pasar kurma [ tamar souk].  Kami naik teksi jenis TOYOTA CAMRY.  Wah, macam2 jenis kurma ada..semuanya memikat jiwalah....  .

ha...ada cerita menarik berlaku Isnin.....tungguuuuuuuuu...

2 comments:

notie said...

wah ada buah zuriat ek... tak penah dengor pun org cerita. Tak naik unta ke?

Akak aku yg tua yg dok Parit Sulong tu penah cerita masa dia tgh sujud, bila bangun je dia rasa gelap rupanya dia termasuk dalam kain orang Arab yang besor2. Bau usah cakap lah. hehehehe Almaklumlah oran malaysia walaupun pada kita dah besar rupanya orang Arab lagi besor.

mama aini said...

ahahaha...lawaknya, camana boleh termasuk dlm kain arab tu? mula aku baca ingat dia pitam ke sbb gelap...