Total Pageviews

Thursday, November 29, 2012

Selamat tinggal Madinah..


RABU 3 OKTOBER 2012:

Kak Timah masih sakit.  Kesian tengok dia yang tak berdaya.  Doctor nak hantar ke hospital Aziziah tapi suaminya tak izin. Terpaksalah berehat di bilik. 
Jam 9.00 pagi ada taklimat pengurusan dan ulangkaji ibadah haji.  Para jemaah diingatkan supaya melakukan ziarah wada’ sebelum bertolak ke Mekah Jumaat nanti. Wanita yang uzur pun boleh ziarah dari luar masjid.  Beri salam kepada Rasulullah dan mohon kpd ALLAH agar dapat dtg lagi ke sini.  Mama berdoa semoga esok atau lusa mama dah boleh solat, jadi bolehlah ziarah dan mauk ke dalam masjid lagi. 
Petang itu, mama dan abang uruskan kotak2 barangan utk diposkan.  Kami punya ada tiga kotak termasuk sekotak air zam2.  Mak ada sekotak.  Kos pos semua tu hampir SR800.  

  *pos  jangan tak pos....jangka masa sampai dlm masa 10 hari..  baguskan, barang dah sampai sebulan awal dr tuannya..
  
KHAMIS 4 OKTOBER 2012:

ALHAMDULILLAH.  Kak Timah dah beransur sihat, dah boleh pergi solat di masjid.  Suaminya pulak yg tba2 sakit tak boleh bangun.  Demam dan muntah2.  Katanya dia dah terlepas cakap dgn doctor tempohari.  Bila kak Timah nak dimasukkan ke hospital, suaminya kata nanti susah dia nak uruskan isterinya. Betul2 dia dapat susah walaupun isteri dah sembuh.

Kami semua dapat sticker perumahan utk penginapan di Mekah.  Kesian kak Kamariah yg terpisah dr kami.  Tapi tak apa lagi sebab masih di tingkat yg sama. Lepas minum pagi, kami uruskan bagasi pulak.  Beberapa jam lagi kesemua bagasi besar akan dihantar ke Mekah terus di hadapan bilik masing2.  Selesai urusan, abang ajak mama jalan2 lagi.  esok dah nak ke Mekah, jadi inilah hari terakhir kami yg harus dimanafaatkan utk menikmati keindahan sekeliling dan melihat pelbagai ragam manusia.  Seorangpekerja hotel warga Indonesia beri taklimat tak rasmi tentang masjid2 dan bangunan2 yg ada di sini.  

JUMAAT 5 OKTOBER 2012:
ALHAMDULILLAH...mama dah 'bersih'...   jam 7.30 pg mama dan abang serta rakan2 sebilik kami sama2 buat ziarah wada'...  masih terkilan dihati ini kerana hari ini pun mama masih tak dpt masuk ke raudhah.  Tak apalah.  ALLAH lebih tahu, mungkin DIA nak beri mama peluang dan kesempatan utk datang lagi di tahun2 akan datang atau sekerap yg mungkin, AMIN....

Jam 9.00 pagi, kami ke dewan di tingkat Mezanine.  Ada slot ceramah oleh Prof Kamil, penulis buku Travelog Haji dan juga dulunya dia ialah Pengarah UITM Segamat.  Kini beliau dan keluarga dah menetap di Madinah.  Banyak motivasi yg diberi olehnya dlm slot itu. Alhamdulillah, mama dapat dengar juga dari luar dewan sebab org dah penuh sesak.
  *Prof  dgn bukunya.*mama ada ni

Lepas Asar kami bertolak ke Mekah.  Kami dijadualkan tiba jam 1 atau 2 pagi .  Kami semua mengenakan pakaian ihram.  Kemudian bas berhenti di sebuah masjid di Bir Ali dan kami solat jama' magrib dan isya' serta berniat umrah di situ.  Kami diminta bertalbiah sepanjang perjalanan.  Di sini satu ujian utk mama dan abang.  Waktu bas nak bergerak semula, abang masih belum ada atas bas.  Mama cuba telefon, rupanya abang dah tak jumpa bas!!!  Cemas betul dibuatnya.  Sebenarnya sejak bas dr Madinah lagi mama dah marah sikit kat abang sebab abang leka bersembang dgn kawan2nya.  Mama cuba ingatkan dia utk zikir dan talbiah tapi masih lagi dengar suara2 sembang di belakang.  Yang pelik tu, kawan2 lain tak pulak 'sesat' waktu nak naik bas...!! Mungkin sebab kawan2 lain tu tak de sape yg marah kot...  hampir setengah jam mama dan petugas cari abang, barulah jumpa balik...sesungguhnya peristiwa itu meninggalkan kesan kpd kami....   perjalanan seterusnya abang banyak diamkan diri saja, begitu juga kawan2nya....  kemudian terdengar suara2 talbiah dr mereka, alhamdulillah.....  mama menangis dlm gelap [malamkan]...  minta ampun dr ALLAH andainya ada kesilapan yg kami lakukan..  Sesungguhnya hanya ALLAH yg tahu segala-galanya...

  *masjid Bir Ali

**Di bumi suci ini, bukan suatu yg pelik kalau kita lihat orang2nya bersolat di mana2 sahaja.  Malah ada yg solat tanpa alas kepala pun, yakin sungguh mereka dgn kesucian tempat ini.  Kucing2 yg mama nampak hari itu tak pernah kelihatan lagi, ke mana agaknya ye?

**Oh ya, ada cerita menarik tentang ragam jemaah  Malaysia.  Ada antara pasangan suami isteri yg lepak2 di luar bilik. Mulanya sepasang, lama2 ramai pulak yg join, jadi kawasan luar bilik dah jadi macam kawasan perkelahan.  Di situlah mereka bertemu, bersembang, makan dan minum dgn pasangan masing2.  Yelah, dah biasa tidur sebantal, kat sini terpaksa dipisahkan....jadi  masing2 macam bercinta dan berdating kembali.....  ramai diantara mereka yg mungkin tak pernah berpisah dan tak biasa berjauhan agaknya, terutamanya mak cik2 dan pakcik2 .....

**ALHAMDULILLAH, sepanjang berada di Madinah, abang amat ‘caring’.  Setiap kali nak ke masjid, abang pasti akan tunggu.  Begitu juga selesai solat , dah ada ‘port’ tempat kami bertemu.  Semoga sikap ‘caring’, ‘loving’ dan prihatin abang ni berkekalan ke akhir hayat.  Amin. 

**Waktu makan tengahari hari itu, Amin anak buah mama yg sedang menuntut di Mesir telefon , bertanya khabar kami bertiga.  Wah, gembira betul mak dpt bercakap dgn cucunya tu...

**hari pertama di Madinah ada seorang hamba Allah dtg kat mama....dia tanya, "awak ni adik-beradik dr Muhaya ke?" ish,ish, ish.......... jauhnya kalau nak kata seiras pun! Malu mama kat Dr Muhaya....
 *ni baru betul Prof Dr Muhaya...
  
cerita mama masih panjang........sabar ye... detik2 memandang kaabah...................., dan doa pertama yg mama pohon seperti yg mak cik Pah pesan.  Apa dia? Tunggu.....

2 comments:

notie said...

Haah lah bila aku renung Dr Muhaya tu lelama ada mirip muka ko lah hehehehe femes pulak member aku ni.

mama aini said...

wah, femes beno tu