Total Pageviews

Wednesday, November 28, 2012

Kisah Kucing dan Pisang


ISNIN 1 OKTOBER:
Hari ini mama uzur.  Terkilan juga sebab tak dpt nak ke raudhah lagi.. hati rasa tak puas sbb tak dpt solat di sana tempohari.  Terima kasih kpd kak Kamariah yg sudi bawa mak ke masjid, mama akan tunggu mak di luar masjid saja.  Sambil menunggu dapatlah melhat suasana di luar…sebaik saja azan berkumandang semua kedai akan ditutup.. peniaga jalanan pulak akan terus solat di tapak perniagaan mereka…  itulah pengalaman dan pemandangan yg amat istimewa dimata mama.. betapa manusia umat Islam di sini amat peka dgn solat mereka..  sebaik selesai solat semua akan sibuk seperti biasa…  biasanya mama akan duduk di depan kedai STARBUCK…   dpt bau semerbak kopi, hmmmm..harum dan segar baunya..

 




 

 **peniaga2 di luar masjid Nabawi...simple, barangan kdg2 dibawa dlm troli kecil atau kereta sorong bayi sahaja..  harga memangla murah dan selalunya barangan buatan China.

 Dah masuk hari kelima di sini.. mama rasa kurang selesa sbb cuaca panas yg kering… bibir kering, tekak pun perit… kdg2 sembelit…  hari ini mama teragak nak makan pisang.  Ada peniaga buah di luar hotel.  Mulanya abang kata tak elok makan pisang sbb tekak perit, takut batuk… mama beli jugak supaya lawas buang air.  5 biji pisang berangan harganya SR10.  Nampak 'sihat' dan gebu pisang2 tu...Sampai di luar bilik, abang letakkan pisang tu atas meja  sementara mama masuk ke bilik sekejap nak letak beg.  

  

Sebaik mama keluar, kawan2 sebilik abang tengah ‘kerjakan’ pisang2 tu… kat sini dah selalu dengar org beri sedekah dan ‘wakaf’kan makanan…selalunya diorang letak atas meja bersama nota ringkas bunyinya ,’ wakaf, halal’…. Jadi bila nampak pisang atas meja, sorang tu tanya, “eh, sapa punya pisang ni? wakaf ke?” Abang pulak selamba je jawab, “ ha,, wakaf…halal, makanle…” Habis diorang tibai…. tiba2 mama rasa sedih sangat…. Sebab ,mama nak sangat makan pisang tu..  abang kata lepas solat zuhur nanti, abang akan belikan pisang lagi.  ALHAMDULILLAH, kebetulan tengahari itu kami disajikan pisang sebagai buah pencuci mulut.  Kebetulan juga pekerja yg membahagikan makanan beri mama pisang lebih [2 biji] . Mak pun tak nak , jadi mama bawa pisang2 tu ke bilik.  Sampai di bilik kebetulan lagi, kawan sebilik semuanya batuk tak nak makan pisang… nah amik kau…. mama dapat 7 biji pisang hari ini.. ALLAH maha mendengar….. mama ‘hilang’  5 biji pisang, ALLAH ganti 7 lagi… subhanallah…. Kenduri pisanglah mama .  Syukur  ya  ALLAH.. betullah kata org, di tempat suci, tanah haram ini, apa yg terlintas akan muncul depan mata…

Sambil makan, kami sempat juga sembang santai….  mama sebenarnya rasa hairan sebab di sini mama tak nampak binatang lain kecuali burung merpati…. Lipas ke, semut, lalat waima kucing pun mama tak jumpa…. Anjing apatah lagi, memang tak de anjing di tanah suci.  Kak Timah pun setuju dgn kata2 mama tu..yelah, makan apa pun dlm bilik tak de pun semut atau lalat hurung, tak mcm kat rumah.. kalau air manis tumpah, sekejapan semut dtg., di sini subhanallah memang tak de langsung… betullah ini tanah suci, ALLAH tak mau tetamu-NYA kurang selesa kalau tempat tak bersih... sebab tu di sini org akan solat di mana2 pun... di tepi jalan, dekat ngn longkang pun jadi.  

 SELASA 2 OKTOBER 2012:

Pagi itu macam biasa mama duduk di hadapan STARBUCK sementara menunggu mak dan abang selesai solat subuh.  Tiba2 tiga ekor kucing melintas di hadapan mama. Yang dua ekor tu siap bergaduh lagi.  Tak lama lepas tu ada pulak seekor lipas di hujung kaki mama.  Dan burung2 pulak berterbangan dari bumbung hotel berdekatan.  Ampunkan aku ya ALLAH.  Baru semalam sembang pasal binatang yang susah nak jumpa tetiba tuhan tunjukkan hari ini.  Percaya atau tidak, itulah juga kali pertama dan terakhir mama nampak kucing2 tu di Madinah.  

*kucing2 yg susah nak dilihat di Madinah; gambar hiasan

 Yang menarik dan tak leh lupa;

**peniaga2  selalunya letak harga, kita kena pandai tawar-menawar.   Kalau kita tak jadi beli, diorang akan berusaha pujuk kita sampai kita beli barang tu... jadi kenala hati2... nampak apa2 jangan terus tanya harga...

**peniaga2 jalanan sibuk berniaga di luar masjid.  Mereka akan lari lintang-pukang bila penguatkuasa buat rondaan... masa tu, kalaula kita beli barang dan lom sempat dpt duit baki, ‘halal’ lah jawabnya duit baki kita tu peniaga bawa lari....

**dapat tengok payung kembang lepas subuh....  suasana yg amat indah.. mama ambil video dan gambar.. tapi  ALLAH tak izin kot... kamera kena virus, tak dpt kongsi...   

**malam tu Kak Timah tak sihat.   Suaminya hantar ke klinik.  Mamapun bawa mak sekali sebab mak sakit pinggang... org sgt ramai, jadi mama belikan mak ‘koyok’ saja di farmasi...Mama beli berus gigi, harganya buat beruk mama terkejut....SR18 sebatang...berus gigi biasa je tu.....

**pekerja hotel ketuk pintu... bila pintu dibuka dia kata, "kirim, kirim.." sambil menghulur sesuatu...  rupanya dia nak beri krim, hand and body lotion..!!

2 comments:

notie said...

Ya Allah begitu besarNya kebesaran Allah. Agaknya kan bila kat sana kita kena muhasabah diri setiap hari kan. Apa juga yang berlaku kenalah redho aje. Sentiasa menginsafi diri dengan apa juga yang berlaku kan.

Tu lah ada kawan penulis aku cerita masa dia buat umrah, dia ni jenis suka menegur sesuatu yang dia tak berkenan jadi katanya balasannya dia asyik terkena dan akhirnya dia kena mohon ampun banyak2 pada Allah diatas ketidakpuasan hatinya. Kena redho banyak2 jangan asyik nak menegur je.

mama aini said...

betul tu.....mcm2 ragam org yg kita jumpa kt sana. kita kenala byk sabo dan redho mcm ko ckp tu.... apa yg terdetik dihati tup2 berlaku terus... sbb tu org selalu ckp kat sana apa yg kita buat dpt 'cash'... kita buat kebaikan dpt kebaikan dan begitulah sebaliknya.. minggu2 terakhir kat mekah org tua2 ramai yg tak lalu makan sbb mulut asyik ckp tak lalu dan tak de selera..