Total Pageviews

Wednesday, November 21, 2012

Kembara Rohani : Catatan 1

Alhamdulilah, hari ini Rabu 21 Nov 2012 genaplah sepuluh hari mama kembali dari tanah suci.  Petang tadi sempatlah berkunjung ke Lembaga Tabung Haji Jasin daftarkan haji utk anak2.  Hmm, percaya atau tidak, tahun yg mereka dapat adalah 2055.  Bermakna usia masing2 50an.  Menurut kakitangan TH, mereka boleh buat rayuan kalau nak cepat dan kalau dah cukup duit.




Sepuluh hari.  Percaya atau tidak, malam2 mama masih lagi diulit mimpi2 tanah suci.  Setiap mimpi belum ada yg mama berada d Malaysia.  Latar tempat mimpi mama masih lagi di tanah suci.  Benarlah kata org, sekali kita berkunjung ke sana, terasa nak selalu ke sana.  Itu yg mama rasa saat ini. Baru sepuluh hari tapi mama dah merindui suasana dan 'bau' tanah suci.  Setiap kali teringat terasa menitik airmata kerinduan


Oleh sebab ingatan itu masih segar, mama rasa elok juga kalau mama buka 'rumah' ini semula dgn cerita2 dan pengalaman di sana yg bagi mama manis2 belaka.  Semoga cerita2 mama nanti mampu memberi motivasi utk semua yg membaca atau mengembalikan nostalgia manis kpd yg pernah ke sana.
 
Mungkin tak adil kalau mama tak selitkan cerita dari awal sebelum keberangkatan, kerana ada juga yg bertanya perasaan sejak dapat 'jemputan' sebagai tetamu Allah.  Ya, memang saat menrima SURAT TAWARAN MENGERJAKAN HAJI pd awal Februari 2012, mama rasa amat terharu, bangga, seronok dan macam2 lagi rasa. Mulai hari itu minda kami dan anak2 kami 'setkan' supaya sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan.  Setiap Ahad, mama dan abang sibuk dgn kursus2 haji.  Kawan2 sekerja pun mama beri 'bayangan', maklum mama akan berangkat sebelum sesi persekolahan berakhir.  Sudah tentu banyak kerja sekolah dan pentadbiran yang terpaksa diambil-alih oleh mereka.  Alhamdulillah, kawan2 mama 'very supportive'.

Dua hari sebelum hari raya, mama dan abang terima gelang besi yg kami kena pakai sepanjang berada di tanah suci
  inilah rupa gelang tu.  kalau celup emas ni tentu cantik...

Lepas raya dapat pulak SJP [ surat jadual penerbangan].  Tarikh lapor diri di Kompleks Kelana Jaya adalah pada 27 Sept jam 1.30 pagi. Kemudian kena pergi ke pej TH untuk ambil beg. Banyak benda dlm beg tu termasuk kitab2, vitamin dan alat penjagaan diri sumbangan badan2 korporat.  Alhamdulillah, rezeki tu




Kebetulan seminggu sebelum tarikh bersejarah itu, pihak sekolah adakan majlis utk mama di City Bay View Melaka.  Sebenarnya jamuan tu khas utk Kak Ti yg naik pangkat GPK, jadi pihak sekolah raikan mama sekali.  Terharu jugak.  Hujung minggu itu juga, kami buat majlis doa selamat di rumah abah. Alhamdulillah ramai kawan yg datang.  Guru besar pun sudi juga dtg, Alhamdulillah. Yng lagi terharu tu bila kawan2 lama sanggup dtg dr jauh.  Notie drive dr KL, Norkh dr JB,walaupun tak datang pada hari kenduri.  Terima kasih kepada semuanya.

Cuti haji mama diluluskan.  Tapi cuti haji cuma 40 hari sedangkan mama di sana 46 hari, jadi yg 6 hari lagi tu terpaksa la cover dgn CRK [ cuti rehat khas].  CRK lak cukup2 je.  Jadi hari Rabu 26 Sept tu mama masih lagi ke sekolah cuma dptlah pelepasan balik awal dr biasa.

Sampai kerumah jam 11 pagi, mama pun kemaskini lg apa2 yg patut  Masa tu nak call sesiapa pun dah tak sempat sebab 'jiwa' agak 'kacau'...dan selepas Asar, mama dan abang diraikan lagi di surau, imam baca doa dan laungkan azan dan kira2 jam 5.00 ptg bertolaklah kami meninggalkan pekan Bemban menuju ke Kompleks Kelana Jaya.

 

Cerita akan bersambung esok, insyaallah.




No comments: