Dari Lapangan terbang Madinah,kami naik bas menuju ke hotel. Turun saja dari flght terasa angin yg kering dan berdebu. Hidung dan tekak serta merta jadi perit. Selawat dan istigfar jadi bekalan. Hanya kpd ALLAH mama panjatkan doa semoga kami tabah dan kuat menghadapi cuaca baru ini.. Inilah cabaran pertama kami. Pegawai TH maklumkan bahawa bagasi kami akan teus dihantar ke hotel di hadapan bilik penginapan. Alhamdulillah. Semua proses setibanya di Madinah berjalan mudah dan lancar. Cuma satu saja yg mama perhatikan,.org2Malaysia ni selalu gopoh dan suka berebut. Apa salahnya sabar menunggu. Ikut saja barisan dan beratur elok2. Semua org akan sampai ke destinasi, tak de sesiapa pun yg akan ditinggalkan atau dibiarkan.
Selepas setengah jam perjalanan, kami tiba di hotel AL HARAM… Cantik dan nampak mewah….hotel lima bintang rupanya…ALHAMDULILLAH. Mama di tempatkan di bilik 332, abang bilik 330…sebelah saja.
Hotel ni cuma kira2 lima puluh meter saja dari masjid Nabawi. Dekat sangat, boleh dengar dgn jelas suara azan. Bermula zuhur hari itu kami beramai-ramai ke masjid utk solat. Alangkah indahnya suasana di masjid Nabawi. Mama rasa terharu, tak sedar menitis air mata. Sempat buat sunat syukur, rasa bangga dan bertuah kerana sampai ke sini. Kami ke masjid setiap waktu solat. Selalunya abg akan tunggu mama dan mak dan kami akan turun bertiga. Waktu solat di sini awal. Subuh 4.50 pagi, zuhur 12.09 pm, asar 3.32 pm, magrib 6.05 pm dan isya’ 7.35 pm.
1 comment:
Ya Allah syahdunya dapat jejak kaki di Madinah. Membaca pengalaman orang yang dah pergi pun dah rasa seronok apa lagi kalau benar-benar menjejakkan kaki di Madinah.
Post a Comment