Total Pageviews

Saturday, September 7, 2013

Sampaikan salam rinduku....

450 jemaah haji pertama berlepas ke Arab Saudi

PETALING JAYA 6 Sept. - Seramai 450 jemaah kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang awal pagi esok.
Pengarah Operasi Tabung Haji Kelana Jaya, Md. Ridza Md. Zain berkata, kesemua jemaah itu akan menaiki penerbangan SV5501 Saudi Airlines pada pukul 1.30 pagi dan dijadual mendarat di Madinah pada pukul 11 pagi waktu Malaysia.
"Seramai 27 petugas Tabung Haji juga akan bersama-sama dengan kumpulan jemaah pertama yang terdiri daripada 216 lelaki dan 234 perempuan," katanya ditemui di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini malam ini.
Kesemua jemaah terlibat akan diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi Kumpulan Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ismee Ismail tengah malam ini.
Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 22,320 jemaah haji Malaysia yang akan mengerjakan ibadat tersebut tahun ini mengikut kuota yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi.
Sementara itu, seorang suri rumah, Rosminah Abdul Kadir, 68, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana terpilih menjadi tetamu Allah SWT.
Katanya, dia dan suami Amran Bahri, 74, tidak sabar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan berharap mendapat haji mabrur.
"Saya dan suami telah mendaftar haji pada 2008 dan bersyukur terpilih untuk menunaikannya tahun ini," katanya.
Bagi Zainuddin Ismail, 40, pemergiannya ke tanah suci seorang diri memberi seribu satu perasaan yang sukar digambarkan.
"Saya mendaftar haji sejak umur 18 tahun. Alhamdulillah tahun ini terpilih untuk menjadi tetamu Allah," katanya yang berasal dari Kelantan.
Seorang lagi jemaah, Zainal Abidin Wagiman, 67, dari Teluk Panglima Garang, Klang bersyukur kerana hasrat untuk menunaikan haji bersama isteri Marpunga Omar, 63, akhirnya tercapai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_27/450-jemaah-haji-pertama-berlepas-ke-Arab-Saudi#ixzz2eCaCko65
© Utusan Melayu (M) Bhd

ALHAMDULILLAH........musim haji telah bermula.  Mama doakan agar para Jemaah haji kita selamat pergi dan selamat kembali.  Diam tak diam, dah setahun berlalu.  Masih teringat lagi kemanisan dan keseronokan saat menjejakkan kaki ke bumi suci ALLAH........... terbayang-bayang lagi saat2 manis sewaktu melambai kaabah....aduhai, kalaulah ....kalaulah ada peluang, ada rezeki, mahu saja mama ke sana sekerap yg mungkin.

Kebetulan semalam mama menonton program Al-Hidayah di tv3, tetamu undangan ialah Prof. Kamil yg menetap di Madinah selama 2 tahun.  Kata2 prof amat menusuk jiwa...........katanya setiap tahun tak kurang dari 100,000 umat Islam dari Malaysia menunaikan umrah dan juga haji.  Ada yg pergi umrah pun berkali-kali...Beliau suka bertanya Jemaah, sebutkan 5 perkara yg akan dibuat selepas balik dari Mekah.  Kebanyakannya tak pasti apa yg akan mereka lakukan.  Tentulah teruskan hidup macam biasa, tapi apa 5 perkara yg akan dibuat yg istiqamah dan tidak akan ditinggalkan.  Kalau prof Tanya kat mama, Insyaallah mama cuba jawab, tapi tak tau la jawapan itu menepati kehendak prof atau pun tidak.

Beliau balik bercuti selama dua bulan.  Sepanjang pemerhatiannya ketika singgah di mana2 masjid, Jemaah yg dtg utk solat berjemaah paling banyak pun satu saf sahaja.  Beliau tertanya2, mana perginya 100,000 Jemaah umrah tadi?  Kalau setahun 100,000 org, lima tahun mesti banyakkan, sepatutnya penuh masjid2 di Malaysia.  Tang ni mama tak nak komen apa2.  Fikir sendiri jela.

Mama cuma nak menumpang rasa gembira, terharu dan seronok menerima jemputan menjadi tetamu ALLAH.  Kepada para Jemaah 2013, gunakan sepenuh masa dan peluang utk beribadah sepuas-puasnya di sana.  Jangan fikir tentang perkara lain dan banyakkan bersabar.  Disana cabarannya amat besar, banyak ujian yg kdg2 menguji kesabaran.  Apa yg penting yakin dan percaya ALLAH sedang menguji kita, jadi banyakkan zikir dan istigfar.  Kepada kawan2 mama yg berpeluang tahun ini, selamat jalan mama ucapkan, semoga dipermudahklan dan mendapat haji yg mabrur.  Tolong sampaikan salam rindu mama ketika anda ke masjid Nabawi ziarah makam Rasulullah dan setiap kali memandang kaabah.. seru2lah nama mama ye.....rinduuuuuu amat.


2 comments:

notie said...

Sekejap je dah setahun kan. Mudah-mudahan aku ada rezeki menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta (huh yang belum muncul2 lagi ni) sambil beribadah sambil mengeratkan kasih sayang boleh gitu. hehehehe itu cuma harapan dan impian aku je.

Awal tahun ari tu hampir saje aku kena tipu dek nak buat umrah. Nasib baik duit tak cukup dan lagi aku nak penuhkan dulu tabung buat haji sebelum nak buat umrah. Sekali rupanya tipu beb. Orang perempuan pulak tu malahan muda lagi dah berani menipu org yg berhajat nak buat umrah. Hish hish berani sungguh. La ni dah masuk jel sebab yg kena tipu dah buat repot polis. Kesian memeber2 aku yang mengharap supaya duit mereka dapat dikembalikan. Nasib baik duit aku tak cukup kalau aku korek juga mana yang ada sampai cukup alamat hangus gitu je lah. Apa pun aku doa banyak2 supaya aku dimurahkan rezeki dan dapat tunaikan ibadah haji dan umrah. Amin. Ko doakan aku ya mak Haji

mama aini said...

notie, aku selalu doakan kebahagiaab buat kau, tapi Allah itu lebih tau apa yg terbaik buat kita, so, sabarlah sentiasa..bab gi umrah dan haji...aminnnnn.....semoga satu hari nanti ko dpt ke sana dgn org sebelah aka suami...aminnnnnnn