Total Pageviews

Tuesday, September 10, 2013

Buat baik : cerita seterusnya........................

Sambung lagi cerita buat baik ni.  Mama banyak pengalaman dan cerita pasal bab buat baik ni, tapi tak payahla cerita semuanya...sebab kalau cerita semua, takut2 mama terperasan mama ni baik sgt..bila dah perasan baik, takut2 riak pulak.  Riak itu salah satu sifat mazmumah, yg mesti kita hindari.  Setiap hari mama tak lupa berdoa kepada-nya, agar mama mampu mengeluarkan sifat2 mazmumah dlm diri seterusnya menjadi insan yg bersyukur dan tawaduk.  Insyaallah.

Pada tahun 1996, mama bertukar ke Muar.  Ada seorang kawan tu sama masuk dgn mama ke situ.  Masa tu mama baru berani memandu ke tempat kerja.  Kebetulan kawan yg seorang ni baru balik dr UK, selepas bercuti setahun kerana mengikut suaminya yg melanjutkan pelajaran di sana.  Oleh sebab baru balik ke Malaysia, dia belum ada kenderaan lagi.  Menurut ceritanya suaminya ada beli sebuah kereta di UK.  Biasalah, kalau kereta beli diluar negeri, mesti guna kargo, paling cepat pun dua bulan baru sampai.  Suaminya bermotosikal kapcai pergi kerja.  Oleh sebab kesian kat dia, kebetulan kami dari satu arah, dan satu sesi, mama offer dia tumpang mama ke sekolah.  Mulanya dia segan, dia jalan kaki je...selalunya mama akan bertembung, Nampak dia jalan jadi mama berhenti dan bawak dia sekali.  Begitulah hari2 pergi dan balik.
 
Tak lama lepas tu, keretanya sampai dari UK.  Wah kereta mewah tu..Mercedes benz. Sejak itu, dia pandu keretanya sendiri manakala suaminya masih bermotor.  Setahun berlalu.  Tahun berikutnya, dia ke sesi pagi, mama masih lagi sesi ptg.  Anak sulongnya tahun satu di sesi ptg.  Satu minggu tu, mama bertugas.  Di sekolah tu, kalau kita bertugas, kenalah tunggu sampai semua murid selamat balik terutamanya kami di sesi ptg ni.  Banyak kali jugalah, kami kena hantar murid balik ke rumah bila parents tak dtg ambik.  Kalau tak hantar alamt sampai ke senja kami kena tunggu. 
 
Suatu petang tu, anak sulong kawan tu tak balik lagi..  Jam dah pukul 6.40 ptg.  Dah hamper maghrib.  Biasanya suami dia dtg dgn motor.  Atas dasar nak tolong dan nak balik segera, mama tumpangkan anak dia nak hantar balik ke rumah. Sampai kat rumah dia, suami dia baru nak keluar. Tengok2 muka suami dia mencuka.  Sudah. Marah ke kita tolong hantar anak dia?  Esoknya, lusa, tulat, si kawan ni buat2 tak Nampak je bila bertembung dgn mama. Dua tiga minggu kemudian baru dia bercakap.  Katanya, suami dia marah bila mama bwk anak dia balik.  Hari itu, suaminya terlambat sbb terleka menghadap computer.  Dia pun sama kot, kalau tidak, takkan dia tak peringatkan suami dia suruh ambik anak.  Anak tu balik kol 6 ptg. Masa mama hantar tu, dah dekat kol 7.  Mama terkedu dan rasa bersalah.  Sejak hari itu, seboleh mungkin mama cuba elak dr tolong dia atau anak dia lagi. Yelah, org ada Mercedes, mana nak naik proton saga lg....kan, kan, kan...

Satu kisah lagi baru lagi berlaku.  Mama ada kwn yg boleh dikatakan rapat juga di sini.  Ke mana mama pergi, disitu juga dia ada.  Semua benda kami buat sama2.  Baju pun bnyk yg sama.  Kwn2 lain gelar kami kembar siam tak seiras.

Raya lepas, kwn2 buat segmen 'terjah raya sampai pengsan' dr rumah ke rumah.  Kat notice board terpampang nama2  dan giliran rumah2 yg akan diterjah.  Rumah mama mlm Jumaat, rumah dia esok mlmnya.  Dia tak dtg pun ke rumah mama.  Alasannya ada tamu...tak pela, dimaafkan. sedangkan org2 lain semua Tanya mana dia tak dtg ke? Masa rumah dia, mama dan abang dtg walaupun terlewat sikit sbb abg gi kenduri dulu. Dua hari lepas tu, adik2 abg buat kenduri kat rumah abah.  Jadi mama dan abang jemput sekali kwn2 yg tak sempat dtg hr tu.  Mama jemput sekali kawan tu.  Dua tiga kali mama pesan suruh dia dtg. Malam tu mama sms lg ingatkn dia.  Tak dtg juga...alasannya penat.  Mama dah terasa hati dah.  Lagi mama terasa bila dpt tau rumah2 org lain semuanya dia attend walau jauh dan tak kira waktu.  Kenapa rumah mama dia tak boleh dtg...

Bila dah terkucil, mulala teringat satu peristiwa lgi.  Masa tu dia kabarnya kena turun kelas B.  Wah, dia punya marah, dia ajak mama sekali turun kelas.  Tapi bila mama lak yg kena turun kelas, dia snyap, tak de pun kata nak sama turun kelas.  Macam ada agenda dan kepentingan sendiri.  Selama ni byk benda yg mama selalu buat utk dia.  Kdg2 terasa juga mcm dipergunakan.  Tak payahla sebut benda2 tu, tp byklah. 

Mungkin bg org lain, kes dia tk dtg ke rumah tu tak besar mana..tak perlu nak kecil hati.  Tapi bg mama ia sedikit menyakitkan.  Selepas byk benda kita tolong, konon kawan baik, tapi rumah kita dia tak sudi nak jengah.  Kalah YB pulak sbb jemput berkali2.   Skrg ni mama tgh berusaha nak 'lepaskan' diri dr jd kembar siam dia...betulla kata org buat baik berpada2, kalau baik sgt kat org, dia buat silap sikit je kita dah terlalu kecewa....

Teringat kata2 abg suatu ketika dulu.  Abg pernah juga kecil hati dgn kwn2 sbb kami selalu beraya rumah diorg, tp diorg nk jejak kaki kerumah kami pyh bonar.  Abg kata, org kalau dah duduk rumah sebuah [banglo] mana nak dtg rumah teres......rasa semacam le nak ke rumah kwn2 yg dok rumah taman ni. 

Moral of the story:  Kalau org dah jemput kenduri, usahakan utk attend...terutamanya kalau ckp berkali2, maknanya mmg dia hrp kita dtg.  Mama lak, tak yah le nk terasa hati sgt,  apalah ada kt rumah mama pun.  Sedo2 le diri sikit....  Kalau mama ni mak datin ke YB ke, hari2 org dtg kot...maklumlah org ada 'benda', ada jawatan.....hmmmmmm

Anak mama lak kata, peribahasa  tu salah.. sepatutnya BUAT JAHAT BERPADA2, BUAT BAIK JGN SEKALI....pulak dah... sesekali fikir betul jugakan...kalau nak buat jahat tu kena ingat2, buat baik pulak jgn sampai memakan diri...

2 comments:

notie said...

Manusia biasa le jenis memandang kete besor, rumah besor tapi dia tak tahu hutang pun besor. hahahahaha

aku kan kalau org jenis lagu tu lagi le aku tak sua... bukan aku mintak makan dgn dia tuhan yg bagi rezeki. One org yg aku tergur buat dek sampai la aku tak tegur pun. Lorat kan. Habis tu yang aku dah termalu tegur dia tapi dia buat tak kenal tu apa? Hah lepas tu memang madang le aku tak kenal.

Aku pun banyak jumpa org macam tu yang baik dgn kita hanya kerana kepentingan diri sendiri. Mula-mula memang lah sakit hati lepas tu aku kata kat diri sendiri ada aku kesah.... hahahahaha ko nak highlight ko pun kuasa ke ko pun banyak duit ke besor kete ke besor rumah ke huh aku buat la lagu tu ada 'aku kesah'. Kadang dia highlight kan benda tu semua nak menjeleskan aku huh silap orang la.

Aku yg respek lagi kaya lagi menunduk hah tu aku pandang tinggi. Lagi humble dia walaupun pangkat lagi besor dari yg cikai tak sedar diri tu. Sebab pada aku semua tu Allah bagi pinjam je. Ko nak tayang ke apa ke buat apa la ngabehkan boreh je pi tayang Allah punya yang dipinjamkan kepunyaan aku pun Allah bagi pinjam juga jadi sama je. Bukannya semua tu hakmilik kekal. Tul tak? Tu yang aku terapkan dalam jiwa aku untuk tangani kes-kes yang berlagak bagai ni. hahahahaha

mama aini said...

betul sgt tu notie..aku pun buat mcm ko juga, sekali kita senyum org tk balas, tak yah nak senyum2 lg...sekali kita tegur org tak layan, tak payah nak tegur2 lagi, sekali org sombong kat kita, maknanya dia mmg sombong! Kalau dilayankan sakit hati kita, lama2 kita pun sakit. Maknanya kita ni sama juga dgn dia, kan, kan, kan...