Total Pageviews

Thursday, September 5, 2013

Buat baik - cerita 2 dan 3

Masih cerita kat maktab perguruan juga.  Waktu di semester 1, mama sebilik dgn Faridah bdk Kelate.  Bilik tu sebelah je dgn surau asrama Lembah Pantai.  Hampir setiap kali waktu sembahyg, bilik kami pasti kena 'terjah' oleh kakak2 senior yg Nampak baik2 dan alim2 belaka.  Diorang bagi tazkirah, bg mcm2 nasihat.  Mama 'enggih' je sbb maklumlah bdk baru dtg KL kan...perlu juga bimbingan dan sokongan.  Entah mcm mana, mama boleh pulak terjoin group ni..... mulanya mcm bagus, ada usrah ada kuliah subuh dan magrib.  Selalu juga lah mama ikut diorang keluar malam2 ke Sg Pencala, mengikuti usrah2 dr pemimpin mereka.  Masa tu mama tak tau sgt psl pertubuhan al-****m ni.  Sebab Nampak mcm bagus sgt.  Diorang ada perniagaan sendiri.  Ada syarikat printing, makanan dsb. Masa tu lom ada sgt usahawan Melayu dlm perniagaan makanan halal.  Yg mama pelik tu nape mama je ek yg terikut, kwn mama si faridah tu kuat betul, tak terpengaruh langsung.  Oh ya ada sorg lg 'mangsa' iaitu Ita kwn bilik sebelah. 

Lama2 mama tengok kumpulan ni makin pelik...sikit2 berubah dr segi penampilan.  Yg lelaki pakai serban, yg perempuan pakai purdah walhal pihak maktab dah byk kali bg warning psl penampilan.  Bila Ita pun dah mula berpurdah, mama dah serba-salah.  Mulalah cari alasan nak elak dr terikut diorang lagi.  Sebab kerap keluar ke Sg Pencala, ada satu paper yg mama fail dan terpaksa buat periksa ulangan.  Ita pulak makin berubah, bila mama tak ikut berubah macam dia, dia kata mama dah lain.  Sebenarnya siapa yg dah lain ek?

Aruah abang ngah dpt tau psl ni, so abang ngah marah mama.  Dia kata pertubuhan tu bahaya.  Jgn ikut sgt.  Masa tu tak Nampak apa bahayanya.  Skrg dah jelaslah.  Dulu masa mama ada ikut diorang, mmg diakui diorang tu baik sgt.  Sentiasa ambil berat dan sentiasa ingat-mengingat tentang program kumpulan.  Tapi bila mama cuba2 keluar, diorang pun tuduh mama dah sesat.  Sedih juga masa tu.  Tapi, Alhamdulillah..sebab mama cepat keluar.  Yang mama tau, kebanyakan kakak dan kawan kumpulan tu, masih lg kuat dgn pegangan diorang walaupun kerajaan dh haramkan. 

Cerita 3:
Waktu mama di semester 5 adasorang mamat tu...suka berkias dgn mama.  Dia kata dia suka kat sorang awek, so dia tanyalah pendapat mama apa nk buat.  Mcm mana nak tackle awek tu.  Mama pun bgla mcm2 idea..kebanyakan ikut dlm novel2 kisah cinta yg mama baca lah.  Mama desak dia nak tau siapa awek tu...dia pun kata sipoaln bt sipolan.  Oh, itu senang....mama kata mama baik dgn sipolan tu.  Simamat ni suruh mama sampaikan salam.  Apalagi, tak yah tunggu lama, mama terus jumpa sipolan citer pasal simamat.  Sipolan terkejut..dia kata takut dan tak nak sbb dia dah ada calon kt kg.... la, melepaslah simamat.  Mama pun konon nak buat baik kan, bgtau la kat simamat td.  Esoknya, terkejut beruk mama [ sekali lagi sebut; beruk mama..hehe] bila simamat tiba2 nak jumpa mama kat lobi asrama katanya ada hal penting.  Antara hidup dan mati....wah parah ni....yg mama ni pun bendul sgt, turun jumpa dia.  Tup2 simamat bg mama sejambak bunga.....mcm idea yg mama bg kat dia utk tackle awek tu...!!! Tiga kuntum ros merah tu......!!!

Lepas tu, sekali lagi beruk mama terkejut...sebab simamat kata sebenarnya awek yg dia suka tu bukan sipolan pun..tapi mama la orgnya.....!!! Aduyai.....yg tak sedapnya simamat ni mcm nak paksa mama terima dia, Dia kata, mama nak ke tak nak, dia tetap nak mama jd aweks dia....siap ugut lg, nak hntr keluarganya dtg meminang cuti semester nanti.....tung sebulan lepas tu kawin....mak ai... hari2 dok kejar mama, paksa mama ikut cakap dia.....

Apa ni bro.., mama kalau org paksa2 gitu, rasa tak sedaplah..belum apa2 dah paksa kita..ish.  Balik kg, mama ngadu kat mak..rupanya idea mak brilliant juga...mak gi pekan Pt Sulong beli cincin belah rotan....jeng2.... bermulalah penyamaran dan babak penipuan, kononnya mama balik kg bertunang.....
  

Mama bukan apa, simamat ni muda setahun dr mama..dah tu kdg2 Nampak sgt perangainya yg mcm bdk2.... kerja pun lom, baru nak praktikal.....mama bukan nak memilih sgt, tapi masa tu adala berkwn dgn seseorg yg sorang pun tak tau kecuali Ina, teman sebilik mama.  Sejak peristiwa tu, mama takut nak baik sgt dgn bdk2 lelaki...mama pun kekok sebenarnya dgn diorang sbb mama dulu sekolah perempuan... simamat ni mama boleh ngam [pd mulanya] sbb dia tu bdk lagi....hehe....lgpun dia org jauh, Perak nun....mama dok bayangkan keluarga mama yg susah masa tu..aruah bapak sakit....adik2 sekolah lg..sebagai anak ketiga yg dah nak bekerja, rasanya mama kena utamakan keluarga dulu.  Semester 5 dan terakhir, mama dpt tau simamat ni mintak posting ke Sabah...bawak hati kononnya....sempat juga dia ucap tahniah sbb mama dah 'bertunang'.....

*Moral of the story:  bercinta, bertunang, bernikah, bukan perkara main2...tak boleh main terjah je...setiap org kena tahu sama ada diri tu dah bersedia ke belum utk memikul tggjwb...

2 comments:

notie said...

Sebut pasal Al-***** akak aku nora hampir saja terjebak semasa dia menuntut di ITM. Kan masa tu memang tengah kuat tarikannya seperti yang ko alami lah. Nasib baik kita orang bawa dia balik lepas habis belajar kalau tak dia nak terus dok kat sana mengajar anak org tanpa bayaran hanya tempat tinggal dan makan je. Dah lah berabis belajar takan lagu tu je. Sampai sekarang kadang aku kesian juga kat dia ya lah belajar tinggi2 kahwin dok rumah je padahal dlm family aku dia yang paling pandai dan dia yang pertama masuk ITM.

Kes kedua yang ko cerita dulu kan? hehehehe aku pun ada adegan mengurat yang aku tak suka. hahahaha memori zaman muda-muda. Macam2 cara depa mengurat ada tu dok kirim salam bagai dengan member staf sekali tup-tup pi daftar anak hah anak ke 3 pulak tu kat pejabat aku. Tak padan muka nampak baik je padahal laki org ada hati nak ngurat aku. Bila buat surat beranak hah tak angkat muka bila datang pejabat aku daftarkan sijil kelahiran anak dia. aduhaiiiii kelakor kelakor bila teringat.

mama aini said...

I. Masa aku gi ke sg pencala tu aku pernah gak masuk rumah2 diorang, sempoi sgt....perabot pun tak ada....yg ada cuma tabir, bila nak bercakap dgn lelaki kena bisik2 balik tabir. Makan ramai2 dlm dulang..seadanya sahaja. Mula2 Nampak mcm bagus sgt...tp lama2 aku terfikir juga, yg kaum perempuan memerap kat rumah, makan bercatu, lepas tu bermadu..kalau satu tak pe, tp selalunya madu empat sekaligus. Yg lelaki bebas kemana2 berdakwah, tp anak isteri tinggal kat rumah, makan pakai apa yg ada je.. swatu lagi, bila dah selalu berbungkus badan, tak jaga kebersihan pulak..berbau hapak satu badan, sbb kdg2 jubbah dan purdah yg sama pakai hari2.

ii. hahaha....lawaklah ko...nasib baik ko tak masuk babak empat madu tiga ...hihi...